Sunday, April 6, 2014

Selamat Hari Lahir Umair - 10 Tahun

Assalamualaikum,

Lama tak update blog..

Hari ini genap usia anak sulung Ummi iaitu Umair 10 Tahun. Ummi, Ayah dan adik-adik doakan Umair semoga menjadi anak yg soleh berjaya dunia dan akhirat. Perbaiki akhlak hiasi peribadi. Semoga menjadi contoh terbaik buat adik-adik. Paling penting jaga solat.


Ummi tempah kek dengan jiran setaman..Tema JDT sebab Umair peminat JDT..dialah satu-satunya anak ummi yg lahir di Johor..Terkejut dia dan speechless bila tgk kek deco mcm ni :-).



Ummi dan ayah bawa anak-anak ke taman untuk raikan harijadi abang sambil main layang-layang, tapi angin takda nak naikkan layang-layang so kami gantikan dengan bubbles :-)

Saturday, January 18, 2014

Amigurumi : Little Muggles Free Pattern Try Out

Assalamualaikum,

Ummi cuba Violet Kitty dari Little Muggles..tapi terpaksa ubah warna yarn dan deco muka sebab Ummi tak ada safety eyes..buat last year finish this year hehe sebab mood ami ke laut waktu tu... so share gambarlah yer.






Monday, December 16, 2013

Pencarian Penang Street Art 2013 (11 Dec 2013)

Assalamualaikum,

First of all warning! Mind my bahasa rojak okay :-). Now let's continue. Last day in Penang selepas check out kami memulakan pencarian street art di Bandar Georgetown. Hajat yang tertangguh pada hari kedua dek kerana hujan.

I need to record it down here, yelah mana tahu in future nak pi Penang lagi nak penuhkan koleksi gambar street art ni.

Kalau ikut Street Art Map Brochure, kita sepatutnya bermula di Chew Jetty dan berakhir di Jalan Penang Bandar Georgetown or either way. Nota tambahan street art merujuk kepada mural yang dilukis oleh Ernest Zacharevic di dinding bersama props tertentu. Terkini ada juga lukisan mural lain yang dapat kita lihat, it's not from Ernest but from other artist. Contohnya lukisan kucing besar dan Bruce Lee like fighting with a cat. Lukisan kucing ini banyak terdapat di Lebuh Victoria/ Lebuh Gat Armenian dan ini merupakan project 101 Lost Kitten (public funding project for stray animal shelter) . 

Anak Ummi yang hensem tengah berposing..model terpaksa :-)

So if you an art lover you might be enjoying all of it. Disamping street art ini terdapat juga arca besi kartun yang ditempa. Terdapat 24 dari 52 arca kartun yang telah dipasang (ini ikut kata brochure) but when we were there ada 2-3 sculpt baru yg tidak disenaraikan didalam brochure.  



Jangan pijak kami!!!!!
 
Cepatlah gerak korang ni....beratnya....
Ini saja street bergambar yang kami sempat cari..Okay di bawah ini gambar arca-arca besi pula..and somes art here and there.


Merungut Ahmad waktu kami jalan-jalan cari gambar...so kenalah upah ayaq teh ais...coklat bagai..

Di Jalan-jalan dan lorong-lorong Bandar Georgetown memang banyak seni yang menarik. Berjalan kaki atau berbasikal lebih adventure dan menarik.


Setakat ni jelah koleksi kami.. jam pun dah pukul 3pm. Masa untuk balik Rawang.
 Sesiapa yang hendak mencari street art ni kalau tak jumpa maps ker, brochure ker, gps ker janganlah risau...street art ni byk terdapat di Lebuh Armenian, Lebuh Muntri, Lebuh Ah Quee dan beberapa jalan lain. Kalau kita jalan kaki atau berbasikal di antara kedua jalan pasti kita nampak art street ni. Kalau nak cepat pakai GPS, kalau tak berapa nak cepat sedang-sedang boleh download maps yang ini www.tourismpenang.net.my/pdf/street-art-brochure.pdf . (Ini Ummi google yer dah balik Rawang baru jumpa hehe).

Ada juga khidmat sewa basikal di antara jalan-jalan ini tapi Ummi dah lupa jalan mana..maklumlah berjalan dengan anak-anak kecil ni fokus lebih pada anak. Mana tidaknya ada lorong yang kecil satu kereta je bolehlah lalu so bila kereta selisih dgn anak kita yang cuak.

Anyway semoga berjaya kepada yang nak mencari tu..Insya Allah jumpa punya.. Next post adalah Entri 3 hari 2 malam di Penang..

Sunday, December 8, 2013

Pengalaman Bershopping Big Bad Wolf 2013 di MIECC

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah seminggu bersabar akhirnya kami sekeluarga dapat juga pergi Big Bad Wolf Sales di MIECC, Mines.. sebenarnya kami dah pi MIECC last sunday, balik dari Terry Fox terus ke sana...siap parking semua, tanya punya tanya rupanya belum start lagi... Tapi alhamdulillah yesterday misi shopping buku berjaya walaupun apa yg Ummi cari tak jumpa. Okay kongsi sikit info Big Bad Wolf.. Jualan buku terbesar, dibuka 24 jam sehari bermula dari 6-15 Dec...diskaun buku dari 75%-95% (ini yg paling catchy)  diadakan di MIECC, Mines Seri Kembangan..
 
Posing dulu sebelum masuk dewan.

Tgn tukang amik gambar gegel hehe itu sbb tak sharp gambar ni.
 
 
Bersiap dari pukul 5.30am, around 6.30am kami bertolak dari rumah..sampai Bukit Jalil dalam pukul 8am. Lewat sikit sebab kami berpusing cari rumah makcik En. Ayah..then lepas pick up makcik dan anaknya kami pun terus ke MIECC...cari juga food court mcm tak jumpa pula...rupanya food court di bahagian dalam dewan..itupun jumpa bila dah habis ronda satu round and dah 95% pilih buku..pukul 10am baru nak break...takper-takper buku punya pasal.
 
Banyakkan buku! Dan ramai juga orang..alhamdulillah kami pergi pagi..dah masuk tengah hari nak tolak stroller dan bawa kotak pun susah..bila dah ramai pening nak pilih buku apa. Ni 3/4 dewan jer lagi 1/4 pun banyak dan ramai mcm ni.
Sampai jer situ semua berpecah ikut minat masing-masing...Ummi pun terus pergi section kraf, sebab nak cari buku amigurumi...owh hampanya hati. ... sebuah buku ami pun takder..yang ada hanya satu buku crochet...belilah juga walaupun buku tu basic jer..harga murah. Senang nak buat references.





One thing, I've noticed takder buku rujukan yg dijual..ada tapi hanya general knowledge. Kalau specific mcm buku engineering, medical, accountancy dan yg sewaktu dgnnya pun memang takderlah...yg ada general fiction, novel, art/craft, agama, self help, cookery, travel, manga/ young readers dan pictures. 
 
Walaupun buku yg Ummi nak cari tak jumpa tapi yg paling penting buku untuk anak-anak ada. Range harga yg Ummi beli adalah dari RM2.00-RM12.00. Buku anak-anak saiz besar hardcover harga RM12.00 pada Ummi berbaloi sangatlah kalau beli.

Hasil tangkapan semalam..

Nampak tak kat row belakang gambar kartun kiut miut...itu buku ilustrasi kak Emilia Yusof..kami beli dengan harga RM3.00 setiap satu..kalau ikut retail price yg tercetak belakang buku RM16.00. Berbaloi kan.

Happy sgt Umair sebab mostly buku dia..

So sesiapa yg teringin bolehlah pi BBW. Sales ended on 15 Dec 9pm... .tapi rancang dulu perjalanan anda :-) ..

 
 

 
 
 

Monday, December 2, 2013

Cerita Terry Fox 2013

Assalamualaikum,

Yesterday 1 december 2013..we participated in Terry Fox Run again.. Ini kali kedua. First time was last year.. Bertolak dari rumah pukul 7am...sampai Tasik Titiwangsa dalam pukul 7.35-7.40am.. kami main parking je di parking lot staf istana budaya...dah banyak-banyak kereta semua masuk situ, takut pula kalau depan lagi takda parking pula..kami pun bukan selalu ke tasik ni, so mcm ingat2 lupa berapa jauh tempat parking dengan tempat event..

Boleh tahan juga jauhnya kalau menapak..ini dah kira warm up jugalah..sampai di tempat berkumpul..En. Ayah pergi register di booth company dia..Ambil goodies bag..then tunggu sekejap...then start warm up balik then acara pun bermula. Kami pun lari juga but the other way around...sebabnya belum apa-apa lagi En. Ahmad yg kecik ni dah melecet kaki dek kerana perjalanan yg jauh tempat parking kereta dan tempat berkumpul.

Tapi boleh pulak nak balik ke kereta kami mcm salah jalan...end up kiranya kami dah mcm jalan sama dgn participants yg lain...emmm terpaksa pula mendukung Si Ahmad di belakang. Rasa mcm nak tercabut pinggang. Tapi walaupun kami tak dpt lari sama, but to be there early in the morning and from Rawang rasanya dah cukup untuk kami sama-sama menyokong tujuan larian ini dianjurkan.

Insya Allah kalau tiada aral kami juga akan menyertai mana-mana charity event for the good cause. Selain untuk tujuan yg baik dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami dan membentuk nilai-nilai murni pada anak-anak.

My soulmate.. :-)

Ramaikan...all in whites

Hehe tuuu kami di hujung sinun...