Monday, September 14, 2009

Kembali ke Rahmatullah...

Assalamualaikum...

Pada hari Jumaat malam Sabtu, kami mendapat berita dari kampung memberitahu Atuk Ki (Hj. Buang Bin. Kardin) bapa kepada mak mertua ummi...telah meninggal dunia di hospital Batu Pahat...Selepas berkemas kami sekeluarga bertolak balik ke Parit Jelutong Batu Pahat...Sampai sahaja di rumah arwah pada pukul 3pagi, kedengaran bacaan ayat2 suci sudah berkumandang...Selepas bersalaman kami melihat jenazah arwah...kemudian ayah hantar ummi dan anak2 ke rumah mak dan ayah kembali semula ke sana...

Arwah mengidap kanser paru-paru dan waktu beliau dimasukkan ke hospital doktor anggarkan arwah hanya boleh bertahan dalam 5-6 bulan sahaja...tetapi Allah lebih sayangkan beliau dan memanggilnya pulang lebih awal...

Disebabkan beliau menghadapi kesukaran bernafas so doktor suspect arwah mengidap H1N1 ...tapi kami sekeluarga tidak dapat kepastian dari pihak hospital..walau bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga...arwah telah dikapan di hospital dan diseal..

Dalam temph yang singkat mengenali arwah, beliau menrupakan seorang atuk yang penyayang dan begitu mengambil berat akan hal anak2 dan cucunya...

Semoga rohnya tenang di alam sana dan dimasukkan dalam golongan yang beriman...Al-Fatihah (Amin)



1 comment:

Wan Anis Sorfina said...

semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat ~ amiin