Wednesday, July 29, 2009

Muslim Boy and Girl Applique Felt

Assalamualaikum...

Finally siap juga custom made order Kak Ana for her children. I've made two. One for her daughter and another one for his son. This is my first attempt to do complete human appliqué. A bit challenging as the image are small. So today ayah will hand it over to Kak Ana on behalf of me (ayah's colleague lagi pun). Ummi hope Kak Ana will like it. So here are the pictures. If you are interested with any of my handmade, do send me an email.


Front view.


My handmade label.

Unfortunately ummi unable to upload picture one of auntie Liza's order (butterfly theme), ayah accidentally erased it while he formatted his camera.

Now Kak Lily's turn for herself and her daughter!

Friday, July 24, 2009

Yahudi masuk Masjidil Aqsa

Assalamualaikum readers..

Berita ini dipetik dari Berita Harian Online. Teruskanlah usaha memboikot produk yahudi kerana mereka semakin berani menceroboh dan menidakkan hak rakyat palestin..Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah melindungi kita dari kekejaman dan kezaliman..

--------------------------------------------------------------------------------------------

Yahudi masuk Masjidil Aqsa



REMAJA Palestin melaungkan slogan anti Israel ketika berhimpun di depan Masjid Kubah Batu bertentangan Masjidil Aqsa, baru-baru ini.

Rejim Zionis rancang bina semula kuil di tanah suci ketiga Islam

BAITULMAQDIS: Polis Israel membenarkan 45 rakyat Israel memasuki kawasan Masjid Al-Aqsa, tanah suci ketiga Islam, dalam apa yang disifatkan rakyat Palestin sebagai satu cubaan untuk menimbulkan kemarahan ummah.

Kumpulan penduduk Yahudi terbabit melawat kawasan berkenaan sempena bulan kesembilan dalam kalendar Yahudi dipanggil 'Av', bagi memperingati kemusnahan kuil Yahudi pertama dan kedua, yang dikatakan di bawah Masjid Al-Aqsa.

Masjidil Aqsa terletak bertentangan Masjid Kubah Batu iaitu lokasi Nabi Muhammad diangkat ke langit dalam peristiwa Perjalanan Malam (Israq Mikraj).

Masjid Kubah Batu yang disebut juga sebagai Masjid Omar adalah kawasan yang disifatkan sebagai maruah rakyat Palestin.

Ia amat sensitif berikutan kumpulan pelampau Yahudi mahu memusnahkan masjid yang ada pada masa ini dan membina 'Kuil Ketiga'.

Pengarah pejabat Waqf Islam di Baitulmaqdis, Sheikh Azzam Al-Khatib berkata, polis Israel turut mengiringi penduduk Yahudi terbabit dan melindungi mereka.

Beliau memberitahu, kumpulan penduduk Yahudi itu berada dalam kumpulan antara 12 hingga 15 orang. Tiada pergaduhan meletus setakat ini.

Sabtu lalu, Azzam dipetik sebagai berkata: "Jangan harap orang Yahudi akan dapat bina kuil mereka di tanah suci al-Aqsa. Ia tidak akan berlaku. Mereka hanya bermimpi di siang hari jika menganggap orang Islam akan lepaskan masjidil Aqsa."

Kata-katanya disambut jeritan dan tepukan gemuruh beribu-ribu kanak-kanak Arab yang berada di sekitar masjid itu bagi menyambut pesta tahunan Dana Kanak-kanak Al-Aqsa.

Selasa lalu pula, kumpulan sayap kanan Israel berarak di Baitulmaqdis berhampiran kawasan al-Aqsa.

Polis menutup jalan Al-Wad bagi melindungi mereka dan memudahkan demonstrasi terbabit. Pemilik kedai Palestin juga diarahkan menutup perniagaan mereka pada 6 petang.

Ada rakyat Israel menyerang penduduk Palestin dan harta benda mereka berhampiran sekolah perempuan Silwan dekat Pintu Mughrebi yang menjadi laluan ke al-Aqsa. Enam warga Palestin cedera dalam kejadian itu.

Perkembangan di Aqsa menyusuli tindakan kerajaan Israel membuang perkataan 'bencana' atau 'al-Nakba' dalam buku teksnya yang digunakan kanak-kanak Arab.

'Al-nakba' merujuk pembentukan negara Israel pada 1948 sekali gus menandakan permulaan penjajahan Yahudi tanah Palestin. � Agensi

Saturday, July 18, 2009

And The Results....

Assalamualaikum...

Well today is the contest..Started around 2.40pm with 10 participants...Umair was the first contestant..ala hehe malu2 kucing gitu bila naik ke pentas...

Since ummi ader emergency, buyut umair is sick so we are heading kampung this weekend so ummi upload gambar jelah yer...kalo sempat balik nanti ummi citer lagi

Interview by judges... tanya kabare wak...tak tau nak jawab apa.. tgk tgn dia asyik pegang kain jer..


Sempat beraksi sekejap tapi macam kelam kabut..since he was the first one naik so macam tak tahu apa nak buat..takperlah Umair this is one of your experience in your lifetime...Tapi kalo goyang lama sket maybe ader chances menang kot hehehe...


Ni gambar sumer yang participate..yang menang girl yg pakai baju Sabahan..Second boy yg pakai punjab suit...and third girl hujung sekali yg pakai baju ala Puteri Gunung Ledang...pertandingan memang sengit...coz sumer pakai baju cantik2...but girl yang menang tu memang deserve coz she dance sekali and tak kekok lansung...

Tgk Umair yang poyo dihujung sekali...

And to teachers Cikgu Effa and Cikgu Ina..and principal Pn. June thanks for their support...


P/S : Cikgu kalo nak gambar yang lain2 nanti balik dari kg insya allah ummi will upload ya..

Thursday, July 16, 2009

Whooblebublyland Giveaway!!

Assalamualaikum..


Seperti tajuk di atas whooblebublyland ader buat giveaway. Ummi tak pernah join giveaway so far..and this is my first time joining giveaway..Hadiahnya 3 lena wristlet to 3 lucky persons..I wish I could be one of them..

Oh ya ada soalan kena jawab..what I like to sewn...hehehe ummi baru setahun je menjahit itu pun belajar sendiri2 jer..So far I've tried jahit baju tido my kids, baju solat ayah (this one jahit tangan and dijadikan hantaran lagi), jahit tudung...and ader lagilah...but so far I like to sew my handmade pencil case.

Last sekali disuruh leave comment at sikurus.

Wednesday, July 15, 2009

Umair in Tradisional Jawa Costume

Assalamualaikum..

Yesterday ummi jahit pakaian ni for Umair. Costume ni dipakai oleh penari kuda kepang dan merupakan salah satu daripada pakaian tradisi masyarakat Jawa. Memandangkan Umair memang berketurunan Jawa, so ummi decided Umair should wear this pada hari contest (pertandingan pakaian tradisional) tu nanti. So maybe ada chances untuk menang hehe hoping jer..

Ummi cuba juga cari deskripsi pasal pakaian ni di internet, unfortunately takder info lansung. But alhamdulillah waktu muda2 dulu ayah was kuda kepang dancer. So he knows how to dress Umair later especially bab ikatan kain dipinggang. So gambar ni untuk tatapan exclusive kawan-kawan Umair. Dress rehearsal before the actual contest this Saturday. So kawan-kawan doakan Umair menang yer..

So ini dia 3 Jawa Rangers ummi.

Gambar posing Umair. Ummi ader gak ajar simple moves. Saja nak tambat hati judges nanti.


Moustoffa pun nak gak posing. Baju ni sepasang jer ummi buat, so after abang try out Apa pun nak gak. He asking me to make one for him :p .



Gambar last of course si comel Ghazi. Comel tak saya? Wearing belangkon on his head.

Sunday, July 12, 2009

Hak pengguna..

Assalamualaikum..

Today entry ummi nak cerita hal yang berkaitan dengan isu kepenggunaan..Hari ni ummi pergi satu kedai di kawasan tempat tinggal ummi. Kedai ni menjual peralatan rumah. Ummi sebenarnya nak cari plastik alas meja warna putih. So ummi tanyalah kat tokey ni semeter berapa, dia kabor RM3.50. Pastu ummi pun minta semeter. Waktu dia ukur ummi perasan plastik kotor adalah dalam 20cm yang kotor.

So ummi cakap kat tokey tu :

Ummi : Tokey tu kotor saya tak mau aa..
Tokey : Oo..itu tak boleh maa..saya ukur kena bagi ngam 1m nanti saya rugi oo..
Ummi : You potong kasi extralah tu kotor takmo kira
Tokey : Tak boleh maa..itu macam saya rugilah. Awak boleh pakai atas. Itu bawah kotor takda nampak.
Ummi : Saya beli bukan untuk alas meja maa..saya beli sebab suami mau guna untuk tangkap gambar. Dia mahu sumer bersih. Cam ni you jual RM3.00 sudahlah..

So tokey tu start gulung balik . Ummi cakap okey takpalah..Ummi pun angkat kaki kuar dari kedai tu..

Sebenarnya kat sini kalo takmo bising ummi boleh beli jer..Orang mungkin cakap, ala baru RM3.50...apalah sangat..Kebiasaannya ummi tak kisah..Tapi entah tadi waktu tengah cakap2 ummi teringat pasal hak pengguna nih..kita pengguna ada kuasa..Lagi2 sebagai pembeli islam...ingat tak isu boikot produk Israel sampai harga produk boleh jatuh dek kerana diboikot..

Ummi sebenarnya bukanlah orang yang fussy sangat..dulu2 ummi tak kisah pun hak kepenggunaan nih..orang kelentong ker ..orang bagi barang tapi tak tip top ker.ummi terima jer..Tapi semenjak dua menjak nih ummi rasa macam baru nak bangkit dari tido..

Macam mana dengan anda? Adakah anda pernah melalui pengalaman seperti ummi..?

Friday, July 10, 2009

Award From Haida

Assalamualaikum

Terima kasih kerana awarded blog saya yang tak seberapa ini. Terima kasih Kak Haida.

Untuk info ummi sudah menyiapkan order untuk Liza but I still have 6 more to go. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.

Wednesday, July 8, 2009

My Amazing Baby...

Assalamualaikum..

I'm taking a break by writing this entry. Tonight wanna talk about baby Ghazi. He is I year and nearly 4 months old. Well compare to his brothers Ghazi's development is more faster than his brothers..He started to walk at the age of 11 months, his brothers only started to walk after 1 year old. Eat solid food i.e nasi at the age of 1 year and 2 months old (err I know baby should not eat nasi at this stage but he doesn't want to eat anything that look or taste watery - porridge or infant cereal. But ummi notice the faster I gave my kids eat solid food the faster their molar tooth come out.

I'd remember I've got chicken pox when Ghazi was still in my womb. I was pregnant 5 months and the doctor was a bit concern. Alhamdulillah Ghazi born healthy and well. Ummi nearly gave birth in a car..

Well now he knows how to hold a pencil and scribble. When I took this picture, each time the flash came out he said will dah.. ( meaning finish).. and for the very first time tonight he gave me his bottle asking for susu..hehehe..One more thing about Ghazi he will call everybody ayah including me!

So enjoy this picture..Just cut his hair (terpendek nih dek takut ngan india yang potong rambut tu)

Scrapbook at WiddlyTinks.com



Tuesday, July 7, 2009

More Pencil Case Coming...

Assalamualaikum..

A little update on what I am doing right now. Alhamdulillah orders for custom made pencil case amat menggalakkan it just me who can't coop with those request..Ni memang kena kejar laju2... disamping ummi yang nak buat preparation for Umair's tradisional costume parade this 18 July 2009..

Cadangnya nak jahit baju tradisional Jawa...so if I could not make it then tukar pakaian tradisional Melayu..

Back to my pencil case story, now ummi tengah siapkan yg motif butterfly...I'll upload the picture once it done ya..

Sunday, July 5, 2009

Kek Kukus Buah


Keterangan Lanjut
Hubungi Encik Mohd. Zaid Bin Che Mohd. Zin
No Tel: 017-2916 882
E-mail: amirulshakirrahmat@yahoo.com

Harga RM40
Saiz 5" x 5" x 5cm
Berat 1.2kg
Penghantaran dikawasan lembah kelang percuma dengan minimum 5 buku kek.


Assalamualaikum..

10%
dari setiap pembelian akan didermakan kepada tabung Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Hidayah, di alamat No, 53, Jalan Ros 1B, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Membeli sambil beramal.

Terima kasih.

Friday, July 3, 2009

Handmade Pencil Case with Ladybug Felt Applique

Assalamualaikum...

Finally after 2 stressful weeks ummi finished this cute pencil case (Oh..ummi not stress because of this order but I am stress with Ghazi's condition...We only heard his crying rather than his laughing)

Ordered by ayah's colleague.. One more to go and ummi hope auntie Liza will patiently wait for the other one..

Ummi also hoping and prayed Ghazi will be much more better..no more sick and no more crying...

There is improvement but still crying once he did not see me..

Comel tak saya?

Assalamualaikum...

Ni gambar percubaan... jiran ummi hehe Cik Effa minta tolong ajar cara nak paste gambar guna phototinks nih ke email... ummi pun tak tahu ... kalo paste ke blog dulu n after that save gambar ummi taulah.. anybody yg tahu how to paste the code directly to email so that we can save the pic from there ..do let me know...nanti leh ajar cik effa.. tengkiu in advance..


Cuba teka yg pakai tudung siapa n baju kurung tu sapa? ...

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com