Sunday, December 19, 2010

Personalized Felt Frame & Roasted Chicken??

Assalamualaikum,

Hemm what is the connection between frame and chicken..Well no connection at all. Nak cerita 2 benda so kena masukkan 2 tajuk..

First pasal craft dululah. Ni personalized felt frame yang ummi siapkan utk ibu2 kepada kawan-kawan anak2 ummi. Ni sebelum pindah hari tu dah siap..Tapi tak dan nak upload gambar bila keadaan dah macam ni hehe.

For 3 different customers.

Now memandangkan ummi tak boleh memandang skrin lama-lama, nanti kepala start pusing, so kena cerita pendek2. Semalam birthday suami kesayangan , En. Amirulshakir. So sambutan ringkas untuk En. Amir. Ummi masakkan roasted chicken, with some boiled veggie, boiled and baked potato and slices of garlic bread with some brown sauce my style. Since I am so into food now, so my mood is into cooking or baking..But work still need to be done. I am trying harder to find time to finish off my work. Camera sling for my friend dah siap but it will be posted in my next entry.

Tuesday, December 14, 2010

Saya...

Assalamualaikum,

Sudah 2 minggu tidak berblog. Yer alhamdulillah saya dah selamat pindah ke rumah baru dan sedang cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan keadaan baru. Bukan satu perkara yg mudah yer.

Sebelum berpindah, saya positive for pregnancy test...meaning ummi berbadan dua...haha macam skema jer ayat kan..dalam keadaan bersedia dan tidak bersedia kena juga menyediakan diri dengan keadaan ini. Tapi disebabkan ummi berbadan dua, sedikit sebanyak terdapat perubahan juga dengan jadual kerja ummi dan jadual kerja rumah..

Dengan mood yg tidak stabil, dan kesan sampingan yg lain walaupun tidak teruk tapi still affect my work. Rumah pun baru 85% siap kemas, bila berkemas badan rasa penat sangat, dengan nak melayan karenah anak, house chores macam2lah...dulu house chores boleh siap sebelum pukul 12pm then me boleh concentrate pd kerja but now after 12 pun belum siap lagi..maybe dulu spaces kecik sekarang dah besar sket (sket jer) plus with my condition...Can u imagine dulu I can stay up till 12am at night tapi sekarang pukul 9pm dah tido..I am not sure why my body feel too tired, is it really becoz of the pregnant thingy or else..

But to my precious customer yg dah bayar deposit don't worry insya allah ummi akan cuba juga siapkan tempahan anda.. amanah ni. Cuma harapan keadaan tidak menjadi semakin teruk jer..Otherwise kalo teruk sgt then I have to refund your deposit.

Sebelum pindah juga ummi dah siapkan 3 personalised frame tapi gambar2 tu pun masih tersimpan dalam camera ayah..hem...

Semoga Allah bagi saya kekuatan extra utk bangkit..and to overcome this phase amin..

Tuesday, November 23, 2010

Boxy Pencil Case & Multipurposes Felt Pouch Again..

Assalamualaikum,

Recently ummi dapat siapkan boxy pencil cases lagi dan Felt Pouch. So just wanna share the picture for promotion purposes.

Ordered by Sha from http://shazclozet.blogspot.com/. Hope she satisfied and this pouches dlm perjalanan berjumpa tuan baru, maybe besok baru sampai. Thanks for your purchase Sha.

Boxy pencil case - theme racing car.

Boxy pencil case - theme garden bugs for girl.

Dan kedua-dua pencil case ini tempahan kawan sekolah ummi, but pencil case ini masih dlm simpanan ummi lagi coz she has not reply me yet..maybe cuti kot hehehe. So Pn. Murni reply email saya kat fb tu yer..

More details for each product at my Ummchak Store.

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum kawan2 blogger dan teman2 yg lain,

Ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha, semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Begitu juga dengan ummi setelah melansungkan perkahwinan banyak pengorbanan yg dilakukan untuk kebaikan. Semoga Allah mendatangkan rasa ikhlas yang sebenar-benar ikhlas dengan pengorbanan ummi.

Kengkawan ummi nak tanya pendapat sedikit, kalau sudi atau ada experience sharelah yer..Ummi telah ditawarkan pekerjaaan 8-5 di office (sekarang ni ummi bisnes handmade kecil@ jer) dgn gaji yg ummi bakal dapat insya allah memberi sedikit keselesaan kepada keluarga, biasanya keperluan keluarga menjadi keutamaan tapi dgn gaji ini bukan sahaja keluarga malah keperluan diri sendiri pun dapat ditunaikan..Itu dari segi gaji...

Tapi yg runsingnya bila anak yg dilahirkan sebelum ini yang membesar sepenuhnya depan mata,kini perlu ditinggalkan dgn pengasuh..risau bagaiman nak pantau pelajaran anak2, sosialnya, perkembangan anak2 di sekolah, solatnya...macam mana agaknya ibu2 yg bekerja melakukan semua ini ya.. Tolong sapa2 boleh bagi pendapat..

Mana satu yg perlu dipilih..pekerjaan dan keselesaan seperti zaman bujang dulu atau harta saya dunia akhirat...bagaimana nak pilih kedua2nya...

Monday, November 15, 2010

Stripe Flowery Multipurpose Pouch

Assalamualaikum,

As promised earlier, hari ini ummi nak share gambar free gift yang ummi jahitkan for Puan Liza..She's been a loyal customer to me and as a token of appreciation and also for purchasing more than RM35 in single receipt I gave her this... Worth of RM12.


Note : Nilai barangan free gift akan diberi mengikut keputusan blog owner. Bergantung kepada jumlah dan kekerapan pembelian oleh pembeli. Terima kasih atas sokongan anda.

Friday, November 12, 2010

Mini Handcarry Bag 2nd and Personalized Frame

Assalamualaikum,

It has been few months since after raya, I did not make any craft or even sew. Alhamdulillah recently, ummi dapat few order and this is really helping me to overcome the mix feeling which I've wrote in my previous entry and help me to clear out my mind. Okay tidak mahu bercerita panjang, let's continue work done since last 2 weeks.

Firstly nak share this personalized frame for 8r photo. Photo taken during PASTI's sports day last week and edited by husband. Deco by me.


Below are Puan Liza's order i.e mini hand carry bag and felt keychain with teachers and her daughter's name. Selamat sampai kepada tuan punya today and she likes it. Thanks again to Puan Liza for her support and insya allah I'll share with you guys her free gift. Tak buat lagi coz tak sempat and I'll try to make it before Monday.


Bags with felt appliqués.


Felt keychain size approximately 3 1/2 inch (long) x 1 1/2 inch (height). RM4.00 each. I thought of using an eyelet and key ring but since the cover area is to narrow so I've to change it to ribbon.


From Alya with lots of loves....special gift for someone special.

Sunday, October 31, 2010

Orientasi Tahun Satu Sekolah Taman Desa 2

Assalamualaikum,

Seperti tajuk di atas, hai skema plak ayat yer...oklah teruskan Umair akan bersekolah di Sekolah Taman Desa 2, Country Homes. Hari tu kami sempat ke sana, sebenarnya hari ini pun ke sana lagi sebab ayah nak install lampu kat rumah...okay...okay ...sambung balik..hari tu ke CH (Country Homes) then lalu depan sekolah so nampaklah banner nih. Alhamdulillah hati tergerak nak lalu depan sekolah, kalau tidak mati-matilah kami ingat orientation day bulan Dec seperti yang kerani sekolah cakap..



Seperti gambar di atas, tarikh pada 20 Nov...hai kena sama tarikh ngan ihtifal sekolah Umair dan Papa..nak kena confirm balik ngan cikgu ihtifal pagi ke petang..Kalo petang sempatlah, kalo pagi tak dapatlah Umair hadir ihtifal 6 tahunnya..Selamat melangkah ke tahun satu dan alam persekolahan sebenar.

Saturday, October 30, 2010

Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI)

Assalamualaikum,

Sessi persekolahan hampir berakhir cuma tinggal beberapa minggu jer lagi..Ummi juga bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada anak-anak ummi kerana berjaya dalam periksa dan berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran..Umair mid term exam dapat no 9, final dapat no 5 dan Moustoffa midterm exam dapat no 7, final dapat no 4. Alhamdulillah.

Ada kawan ummi yang tanya ok tak hantar anak-anak ke PASTI. Actually ummi dah pun menjawab pertanyaannya di FB but this time ummi nak kongsi di blog. Tahun lepas ummi cuba cari info PASTI dan feedback2 dari parents but tak jumpa kat online, ker ummi yang tak pandai search (^_^) so hopefully dengan entry ini dapat membantu parents (yg tgh survey like me did last year) untuk memilih yang terbaik buat anak-anak mereka.

Ummi hantar Umair ke 3 tadika berbeza because Umair started schooling at the age of 4. So takut juga dia bosan buat dan belajar benda yang sama itu yg ummi decided hantar dia sekolah lain-lain setiap tahun. So far PASTI is the best school dan bukan ummi sahaja yang beri komen begini...ramai lagi parents i.e my friends...my auntie semua satisfied dengan PASTI.

For information PAS mempunyai satu Jabatan Pendidikan (I'm not sure apa terma sebenarnya untuk bahagian pendidikan ini). Jabatan inilah yang merangka silibus pelajaran, reviewing, memantau guru-guru dan aktiviti berkaitan serta, mengeluarkan soalan peperiksaan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan PASTI.

Bukunya sama satu Malaysia.. kalau soalan periksa pula dikeluarkan oleh PAS Negeri. Lebih kurang macam sistem pembelajaran sekolah rendah. Pembelajaran 5 tahun dan silibus 5 tahun dan 6 tahun juga berbeza. Kalau 5 tahun memang diajar perkara-perkara asas sahaja, 6 tahun pula dah belajar advance sikit. So Umair adalah tertinggal sikit because dalam text book dah tak cover lagi subjek 5 tahun tapi ada keluar 1-2 soalan dalam workbook. Tapi dah namanya pun basic so Insya Allah anak-anak umur 6 tahun boleh pick up easily. So kesimpulannya belajar di PASTI ini 5 ngan 6 tahun takderlah belajar benda sama dan buku sama..it's continuous learning dengan pengukuhan pembelajaran.

Alhamdulillah belajar di PASTI juga anak-anak sudah tahu dan boleh mengamalkan asas-asas fardhu ain. Perkara inilah yang paling penting kerana sebagai ibu bapa kita bukan sahaja mahu anak-anak kita tahun 3m tapi kita juga mahu melengkapkan anak-anak kita dengan ilmu-ilmu fardhu ain. Melentur buluh biar dari rebungnya. Takanlah dah besar baru nak ajar anak solat sedangkan umur 7 tahun kita dah sepatutnya menyuruh anak-anak kita solat dan 10 tahun boleh dirotan jika meninggalkan solat. Ini tanggungjawab ibubapa dalam memberi pendidikan agama pada anak-anak, kena tanya kat sana kalau tak buat..Ummi dan ayah tak mampu nak mengajar kesemuanya, sebab itulah kami cari guru untuk ajarkan.

Okaylah selain daripada bab belajar, anak-anak kat PASTI pun terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum antara sekolah. Kalau menang akan mewakili daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. So ini kali pertama ummi dapat baca Buletin PASTI dan ummi juga ucapkan tahniah kepada PASTI Selangor kerana berjaya di Pesta Sukan PASTI Malaysia, hehe sebenarnya dah over tapi nak congrats juga .

Buletin PASTI. Ada cikgu Umair dalam gambar ni from PASTI Ummi Sham Hulu Selangor.

Bab yuran pulak reasonable. Ummi cuma bayar RM75 sebulan dan pendaftaran RM350 seorang. Tapi ini bergantung pada lokasi dan management setiap tadika itu sendiri. Ada juga yuran PASTI serendah RM45 sebab lokasinya diwakaf oleh penderma. Kadang-kadang ada orang infaq makanan so management akan rendahkan sikit yuran bulanan. So depends.

So far overall PASTI memang tadika yang bagus. Kejayaan tadika juga bergantung kepada management dan guru serta kita ibubapa dan pelajar. Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi ummi sebagai seorang ibu yang menghantar anak-anaknya ke PASTI. Apa-apa pun ke mana sahaja kita nak hantar anak kita pastikan subjek, method dan gurunya bagus dan bukan main campur jer like rojak. Kalau mampu ajar sendiri takyahlah cari sekolah yg ada ajar asas-asas fardhu ain tapi kalau rasa-rasa tak mampu carilah yang terbaik untuk harta kita dunia dan akhirat.

Sunday, October 17, 2010

Ummchak Store

Assalamualaikum,

Hemmm...selepas sesi meluahkan rasa hari tu, lama juga tak update blog. Sibuk dengan perkara-perkara mencari pekerjaan. Rindu sangat nak berkraf ..insya allah kalo ada rezeki ummi start balik dalam masa terdekat. Just nak war-war hehe ummi baru update blog Store ummi.. Store ni pun dah lama ada cuma tak berapa dihebahkan.. Tapi takder barang barulah..Just masukkan barang lama di blog cerita ni ke blog store supaya lebih teratur. Anak-anak akan mula periksa besok, so ummi nak wish anak2 ummi buat yang terbaik and doa. Periksa tadika jer.

Tuesday, September 28, 2010

Apa aktiviti ummi selepas raya??

Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog ...last sekali sebelum raya...sekarang ni dah nak penutup raya...kesian blog kesayangan ini ditinggal-tinggalkan begitu saja...emm nuffnang pun dah merajuk...

Alkisahnya selepas raya ummi sibuk dengan beberapa perkara... malangnya tidak ada satu pun yang melibatkan kraf...sibuk cari kerja...sibuk hantar resume sana sini...cek email hari2 ... kot2 ada company yang sudi nak amik ummi...hai sebenarnya hati ni betul2 tertekan sejak akhir-akhir ini..

Selepas 7 tahun berhenti kerja dan walaupun hidup tidak semewah sewaktu bekerja dulu (al maklumlahkan tak pegang duit sendiri melainkan duit jual handmade ummi) tapi ummi rasa gembira sebab kebebasan bekerja sendiri dan tidak terikat dengan sesiapa...

Alkisahnya sekarang ummi jadik part time staff kat satu tempat ini.. Kerjanya alternate days cuma 3 hari seminggu. Hari pertama bekerja (Jummat lepas) ummi dikejutkan dengan sikap tidak professional empunya tempat ini kepada staffnya.. Marah kow-kow punya depan students and staff lain.....Hari kedua (hari ini Isnin) okay keadaan lebih terkawal tapi ada perkara2 yg ummi lupa... And here kerjanya kena pantas...kejar masa supaya all students balik on time and attend their session... depends kalo ada satu subjek legalah...kalo ada 2 lagi kena rush.. Kena check itu dan ini...kena guide students lagi..everything must be done on the spot...I admit semakin usia meningkat tahap ingatan ummi macam semakin kurang.. So bila perkara ini berlaku... terdetik dihati ummi mampukah aku nak bekerja sepenuh masa balik..Tekanan perasaan..tekanan perasaan... sekarang sudah pukul 2 pagi...walaupun badan letih tapi mata still tak boleh nak lelap coz otak masih berfikir...last week pun sama...itu yang dok tulis entry luahan hati ni pagi2 cenggini..

Ya Allah bantulah aku.... V_V

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya.


Assalamualaikum..

Lagi beberapa hari, umat Islam akan menyambut syawal pula..So dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin. Jika ada diantara entry2 ummi yang menyinggung hati anda, ummi pohon maaf. Ummi juga akan mula pulang ke kampung Insya Allah pada malam Khamis. So bagi yang nak memulakan perjalanan jauh juga seperti ummi sama2 kita pastikan kenderaan dan diri pemandu dlm keadaan yang terbaik..Insya Allah. Maaflah takder idea sangat nak menulis sebab masih banyak kerja yang perlu dibereskan sebelum pulang ke kampung..

Friday, September 3, 2010

Bullion Roses for Baju Raya...

Assalamualaikum...

In the making..


Partly finished.


To be continued...

Sunday, August 29, 2010

My Raya's Craft...

Assalamualaikum..

Sorry dear friends...

Accidentally press the publish post button without an entry inside it...Haha maaf ye...Sapa2 yg baca tanpa apa2 posting maaf yer..

Okay lama tak berfelting...rindu juga...asik2 pegang kain jer kan...So just wanna share my kids activity..Kami buat mlm tadi 11pm - 1.30am..anak2 ni tak boleh tido and since all the family members were sitting at the table so ummi pun buatkanlah kad raya untuk dikaler oleh anak2..budget kan..ops memang kami tengah berjimat cermat sesangat..so sapa2 datang raya kat rumah minum air kosong jelah tanpa kuih raya ... boleh tak??

Comes together with this kad raya adalah my felt raya ornament @ ketupat felt..




Umair merajuk bila tengok kad Papa yang cantik...cantik ker?? cantiklah kat mata anak2 ummi..So I've promise him that I'll draw a new one for him..like now...now...errr..

Sebenarnya ummi prefer guna CS3 jer buat kad raya but my printer sudah rosak...and all the printing shop nearby pun, rosak printernya so terpaksalah melukis pakai tangan..bolehlah kan dari takder lansung...I've always remember, what my mom thought me when I was a little girl.. Ajar anak2 hantar kad raya pada atuk sebagai tanda ingatan pada atuk2....So ummi mewariskan pada anak2 ummi sekarang..Pakai cara lama yer pos...coz atuk2 depa takder email or fb hehehe..effort lebih sikit hantar pakai pos..

Friday, August 27, 2010

Betul tak?

Assalamualaikum..

Sedang ummi cek news feed di FB ummi tetiba ternampak satu posting yg cikgu ummi share .... So ummi dah dapat ilmu dan ummi nak panjangkan ilmu nih juga dikalangan teman2..sudilah baca yer.. Link asal adalah dari sini....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Thursday, August 26, 2010

Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum...

Boleh tak buat tittle mcm tu ...bolehlah kan...Hari ini sudah 16 Ramadhan...Alhamdulillah tahun nih as at today anak ummi Umair telah berpuasa selama 15 hari...Hari pertama tak tahan, buka dalam kul 4 lebih...Hari kedua hingga berikutnya oklah..Moustoffa pula as at today puasa penuh 16 hari..tapi Moustoffa nih memang suka masukkan benda dalam mulut even dah besar2 nih.. so since dia tak paham konsep puasa sepenuhnya ... so dia masukkan jugalah tah apa2 dlm mulut..kadang mainan...kadang2 kain...kadang2 erk makanan adik dia hahaha...tapi dia tak telan dia kuarkan balik..Walaupun Papa macam ni tapi since dia tak makan dan minum sampai ke petang so ummi consider dia puasa penuhlah...Kadang2 ada juga dia org mengadu lapar ..dahaga minta makan...biasalah kan anak2 baru belajar puasa...tapi macam mana pun dia orang tahan juga sampai waktu buka..

Gambar cilok dari flickr ayah.. ni gambo terbaru. Taken last month waktu balik kg. Gambo kat kilang tahu..waktu nih nak beli air tahu nak bawa balik Rawang..Dua tahun mengidam air tahu Wak Nasir nih waktu ngandungkan Ghazi lagi dan akhirnya dapat juga ... Alhamdulillah.


Apa aktiviti ummi bulan puasa nih yer..emm since I am not taking order so bolehlah buat aktiviti menjahit...buat seluar tido anak2...jahit baju raya sendiri..mcm2 lagilah aktiviti menjahit...since mood M tengah melanda so malas nak amik gambo...nanti dah siap ummi uploadlah yer..

Dalam minggu nih banyak perkara yang berlaku..Isnin lepas, waktu pagi ummi dapat perkhabaran bahawa jiran ummi nazak hendak dibawa pulang ke kampung kerana mengidap kanser paru2. Balik dari ziarah dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan adik ipar admitted ICU kerana komplikasi after bersalin...Then dalam kul 10am dapat surat, tittlenya Notice of Delivery of Vacant Possession. Alhamdulillah semua dapat diatasi dan adik ipar juga sudah beransur pulih..So kepada teman2 di FB yg turut mendoakan adik ipar nih, ummi ucapkan terima kasih. Hanya Allah yg dapat membalasnya..

Malam ni nuzul al-quran so ummi nak ingatkan diri ummi dan teman2 ...jom pakat ramai2...kumpul saham banyak2..

Monday, August 9, 2010

Tukar Lagi????

Assalamualaikum...

Hehehehe yer...yer yer...saya tukar lagi blog template saya...yang ini pun mungkin akan ditukar juga kerana saya masih belum jumpa yg betul2 berkenan dihati...

Kali ini amik gambo makanan plak walaupun sebenornya ummi jarang buat entry pasal makanan...Tapi selepas ditukar baru teringat 2 hari lagi nak masuk ramadhan...kang hari-hari dok ngadap blog ummi .... dok berlagu-lagu pulak perut nih...maklumlah bulan puasa nafsu makan lain kan...Tu yang kalo pi bazaar ramadhan beli makanan ker kuih ker sampai berjenis-jenis tapi makannya sikit jer...Hehehe alhamdulillah ummi kuat makan so kalo beli memang make sure makan sampai habis (beli pun sebab memang cuma 1-2 jenis jer) . Sebenarnya pun ummi jarang ke bazaar ramadhan ..

Ah dah cerita pasal bulan ramadhan plak...maaf yer kengkawan terdistract plak..Okaylah saja nak membebel sensorang petang-petang cenggini.. Sebenornya nak suruh kengkawan tengok make over blog ummi nih.. Kalo ada iklan jangan lupa klik yer ^_^ . Terima kasih sebab baca bebelan mengarut ini.

Ramadhan Tiba Lagi...

Assalamualaikum...

Tiba lagi bulan yang mulia. Ummi dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman blogger, sahabat-sahabat ummi dan kaum keluarga.. Semoga amalan kita lebih baik dari yang sebelumnya (pesanan untuk diri ummi juga).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, August 6, 2010

Stripe Pencil Case

Assalamualaikum,

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadhan Al Mubarak so dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada teman-teman semua. Semoga puasa dan amalan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Okaylah this time ummi nak share handmade yg ummi buat untuk kak Linda lagi dan selepas ini ummi akan cuti rehat.. Nak concentrate pada persiapan puasa dan raya.



Monday, July 26, 2010

My Own Button Badge...

Assalamualaikum...

Hujan rahmat pagi2 nih...Alhamdulillah ummi sudah selamat terima button badge yang ummi tempah from Acu ... Seorang mama yang berbakat and she is doing freelance illustrator and digital portrait painting... So sesiapa yg nak tempah button, header and etc bolehlah visit blog Acu.

Mari tengok hasil kerja Acu dan selepas ini bolehlah ummi exchange button with my other crafter colleagues for marketing purposes..


All this while ummi memang dah ada satu blog just for my handmade and its been updated from time to time..cuma blog cerita ummchak lebih updated from ummchak store.. dan ummchak store belum diwar-warkan lagi ... Anyway boleh refer pada kedua-dua blog ummi if you need to find or get customized handmade just for your loves one..

Tuesday, July 20, 2010

I've Been Reviewed.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...pagi2 pergi ke Craftzone and tup2 nampak gambar Jean Flower Corsage..Rasanya ummi buat Flower Corsage ni bulan yang lepas tapi ummi baru masukkan dalam pool Craftzone Malaysia @ Flickr..and I've been reviewed by Maya at Craftzone...thanks Maya..



Ini sememangnya menaikkan semangat ummi untuk terus berkraf dan mencuba kraf2 baru.....so friends lets crafting...

Friday, July 16, 2010

Cerita Pagi Jumaat..

Assalamualaikum...

Jumaat yang barokah..Hari ini Istiwa matahari atas kaabah pada hari ini..16 Julai pukul 5.28pm. Cek balik kiblat kita dan boleh pergi ke link ini untuk baca full artikel..

http://www.falak-online.net/portalfalak/content/26/5/2010/istiwa-matahari-atas-kaabah-pada-28-mei-2010-516-pm


Selain dari itu ummi nak kongsi cerita yang ummi dapat dari email lagi tentang pertolongan Allah atas hambanya..

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kenapa Tak Rogol Saya?

Oleh Hilmi Halim

(Embedded image moved to file: pic26052.jpg)

Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai
tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia
berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap
hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan
dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah
dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan
telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.
Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah
perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita
ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa
ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di
bawa ke tempat lain)..

Dia pun tanya perogol itu..

"Why don't you do anything to me on that night even though you know that
I'm alone?"
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya
seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

"No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side. If you
were alone of course you will be my victim."
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki
berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah
kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa
saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin 'Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang
mukmin iaitu DOA..

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di
rejam...

Wednesday, July 14, 2010

Handmade for My Men @ En. Amir...

Assalamualaikum..

Aktiviti craft untuk minggu ini lagi ....I've made something for my dearest again...and I am touch and honored bila beliau sudi pakai my handmade..Bukannya apa maklumlah lelaki, kot2 nanti takut ada orang kata tak macholah pakai benda2 mcm nih..but my husband sudi plak pakai apa yang ummi dah jahitkan..

looking thru my sewing machine..


Closer look...Bahagian depan ummi jahit scrap dari jeans ummi nih..idea dan permintaan my husband juga..


Ya ummi buatkan wallet untuk suami ummi .. Handmade dan specialnya sebab ummi jahit sendiri..Made out of dyed cotton canvas..Idea asalnya lain sikit..then En. Amir kata dia tak nak byk2 lining coz nanti berat..so he suggested buat macam di atas nih..


Yang lining hanya bahagian duit kertas..bahagian kad2..tak lining so ummi just jahit zig zag around it dan jahit velcro supaya card tu selamat duk diam2 kat dlm rumah dia..and my hubby kata kalo benang tu terkeluar pun tak apa nampak cam vintage sket..

Thanks En. Amir for your support and encouragement for me to fulfill my passion.

p/s : Sorry gambar nampak berbeza kaler due to lighting..adjust kat CS3 pun tak boleh .. I am not a pro.. v_v still learning..Kaler wallet nih lebih kepada yg bewarna gelap tu..

Tuesday, July 13, 2010

Fabrics and Felt...

Assalamualaikum...

Alkisah ummi nak share custom made order dari Kak Linda lagi...alhamdulillah thanks to Kak Linda kerana selalu tempah ngan ummi and very supportive..



Ini adalah boxy yang besar yg ditempah oleh kak Linda..Multipurpose..semua boleh masuk..Yang ni sizenya lebih kurang 4.5 in " lebar x 8 in" panjang x 3.5 in" tinggi..


Dan boxy yang besar ini ada poket cute kat belakang, ummi gunakan velcro agar bila Kak Linda masukkan barang2 kat dalam safe and intact..takderlah tercicir..Dan ciri2 tambahan lain yang ummi tambah untuk kemaskan lagi boxy ummi adalah dengan menjahit 2 tempat pegang di kiri dan kanan serta jahit binding sebelah dalam boxy. Main handle pun ummi jahit panjang sikit..

Cabaran menggunakan fabric yang berkaler atau bermotif like this one adalah nak matchingkan kaler..alhamdulillah yang ini lulus QC because Kak Linda suka..kalau tidak alamak!! I really need to find a source or color wheel or sumthing about kaler2 matching...kalo tidak nampak pelik..untuk kain ni pun asalnya ummi guna kaler kuning hitam untuk Cik Bee yang glamer itew..tapi my hubby told me that he could not see it..dah siap2 tampal dah Cik Bee then ummi pun membesarkan mata betul2..yelah tak nampak sangat..mata tertipu bila menggunakan cahaya tambahan..Next time kena tgk di bawah cahaya original..



Yang ini Kak Linda nak keychain..My sons aka Umair and Moustoffa told me it look like a cake..Yer ker nak..hah pandangan mata anak2..dan daya imaginasi mereka..Size diameter 3 inci



And for certain amount that Kak Linda paid me..so ummi buatkan this fabric bookmark out of a scrap jean..Dan mencuba easy stitch..waktu ni malas nak pikir2 dan malas nak buka2 tapak jarum..so ummi menggunakan cara b*o*o*h2 ...jahit lerr guna tapak zip..kena angkat dan pusingkan byk kali..and free style sebab tak boleh nak trace atas kain...takder erasable pens kaler cerah dan kapur takut akan mencomotkan kain.. My air tangan pertama now safely with Kak Linda yang ummi tahu akan menjaganya dengan baik..^_^


Belongs to Kak Linda...Thanks again sis..owh ader satu lagi akan diusahakan nanti..Insya Allah..

Friday, July 9, 2010

Sumbangan Quran, telekong, sejadah, tudung, etc

Assalamualaikum...

Pagi ini ummi terima email ini dari seorang sahabat dan ummi juga telah menelefon Ustaz Abdul Razak untuk mengesahkan email ini. Mengikut kata Ustaz Quran dah cukup, tetapi beliau masih memerlukan kain batik, kain pelikat, pakaian kanak-kanak dan lain2 lagi. Sila baca email penuh dibawah..

------------------------------------------------------------------------------------------------



From: Norul Affendy Mohd Sallehudin [mailto:norulaffendy@celcom.com.my]
Sent: Thursday, July 08, 2010 4:06 PM
To: norulaffendy@gmail.com
Subject: FW: Fw: Sumbangan Quran, telekong, sejadah, tudung, etc > Mohon
war2kan dan panjangkan pada rakan2/persatuan


Subject: Mohon bantuan rakan war war kan -Sumbangan Quran, telekong,
sejadah, tudung, etc > Mohon war2 kan dan panjangkan pada rakan2 - dari
ramlisdar

Saya mulakan dengan Bismillah ARRahman ARRahim
Setelah lama mencari2 tempat yang dapat di jadikan pusat pengumpulan
sumbangan yang sesuai.

Aktiviti ini lama di berhentikan kerana ketiadaan tempat untok di jadikan
collection centre.
Alhamdulillah akhir nya kita telah memperolehi tempat untok di jadikan
pusat pengumpulan barang2 berikut:

1. Al Quran
2. Buku kecil Juzzu Amma (surah2 pendek) -perlu dengan banyak
3. Sejadah sembahyang
4. Telekong perempuan - perlu banyak
5. Tudung perempuan - perlu banyak
6. Toys
7. Buku2 ugama
8. Pakaian yang baru dan baik serta maseh molek

Barang2 sumbangan boleh lah di hantar ke Masjid Subang Airport (Airport
Lama). Sebelom hantar sila talipon Ustaz Abdul Razak HP: 0192797558

Mohon maklumkan yang barang2 ini untok di hantar antara nya ke Sabah,
Cambodia dan Acheh atas nama TKO (ramlisdar)

Mohon chek dahulu sebelom menghantar sumbangan pakaian kerana masalaah ada
nya penyumbang yang kerap menghantar pakaian yang tak layak di derma,
saperti seluar burok, kain2 burok , pakaian yang dah koyak dan lusoh. Kalau
nak hantar yang baik dan molek , kami sedia menerima.

Penerimaan sumbangan di terima mulai hari ini sehingga 15hb Oktober 2010


Peringatan tarikh TUTUP ialah: 15hb Oktober 2010


Just in case Ustaz Razak tak ada di Masjid boleh contact isteri pada Ustaz
bernama Puan Salwa HP 0196221072 atau 0196149067

Sebab ustaz ni sebok sokmo.
Bila Ustaz tak ada nanti sila contact isteri nya pula.

HP Ustaz Razak 0192797558
Mohon dapat lah kira nya rakan2 war war kan dan panjang kan pada rakan2
akan permohonan sumbangan ini, sama ada website lain atau email.
Sumbangan ini tidak melibatkan wang tunai.
Agar lebeh ramai dapat turut serta menyumbang barang2 saperti yang terdapat
dalam list di atas

May Allah bless you



Thanks

wassalam

Thursday, July 8, 2010

Small Jersey for My Dearest...

Assalamualaikum...

Update ringkas. Ahad lepas sempat menyiapkan satu small jersey untuk ayah..ummi buat right away after team pilihannya menang..now hehehe dah kalah tak dapat masuk final...tapi bukan sorakan ejekan yer..apa2 pun macam kata petikan seorang teman di wall FB beliau ..German tetap dihati...cuba lagi German dimasa akan datang...Ummi bukan minat sangat ngan bola just tengok bila dah masuk semi final tu pun kerana ayah yang follow match World Cup nih tapi idok ler sampai dia tak tido pagi.. ^_^

Ada rupa ker ngan baju Si Klose tu...haha katalah ada...asal ada ropa sikit2 pun jadik ler... Memang kecik pun but this is not a keychain ker..hp charm ker..this is...a.....




yer baju untuk pendrive baru ayah..8GB cuma rega RM48 beli kat Low Yatt...haha murah berbanding ngan beli kat area Rawang nih..4GB dah RM40 lebih...sapa nak tolong belikan boleh...just bayar upah tukang beli yg kena redah jem ngan bayor duit parking moto dia waktu nun matahari kat atas kepala...hehehe kenapalah ummi mengarut yang bukan2 malam nih...



Speselnye baju kecik nih adalah pendrive tak perlu dicabut dari baju...just tolak baju ke atas hah dah nampak dan boleh cucuk ke port lappy or desktop..dan baju ini akan sentiasa tersarung dibadan PD sampailah ia tidak digunakan lagi...telah direka cewahh mcm hebat sgt plak..forgive me yaa friend..memang telah direka supaya baju nih tak terlucut dari pendrive tu .... thanks to my husband for the ideas..

Sunday, June 27, 2010

Bz'day Moustoffa, Sports Day and Kakcik.

Assalamualaikum..

Gambar sekitar harijadi Moustoffa..Kek dengan edible image upin dan ipin dan nasi ayam goreng ala KFC..Atas image tu ummi letak 2 nama Umair dan Moustoffa..Saja letak dua nama as Upin dan Ipin macam sinonim dengan 2 beradik nih..Mereka bukan kembar beza setahun tapi sangat rapat merekalah rakan ketawa, rakan main, rakan gaduh semuanyalah...So next year Umair akan melangkah ke darjah satu dan Moustoffa still lagi di tadika..so akan berpisah sementaralah 2 beradik ini..

Maaf yer kadang2 kerana kerajinan yang amat mengupdate status di FB membuatkan ummi kekontangan idea pula nak mengarang entry2 di blog kesayangan ini..So layan picture jerlah..


Semalam ummi sekeluarga ke UNITEN Bangi...Owhhh...tidak menghantar sesiapa2 untuk register course tapi pergi ke sana sebab menemankan ayah ke Sports Day companynya..Kami tiba dalam pukul 10 lebih dan berada di sana sampailah pukul 12 lebih..then berangkat balik...singgah Bukit Jalil drop amik sis-in-law and cousin-in-law..then merewang kat Times Square..

Audience tak ramai sebab dah berbagi-bagi tempat..

Ada acara bola..Team orange tengah warm up.

Ada acara balapan. Yeah team orange team ayah..

Ada telematch..
Ada swiming..kami sampai kat pool ni tengok dah takder competition lagi..abiss daaa..


Lastly kami duk ler kat stadium badminton nih..sebab kat luar panas sgt..ni pon match dah habis..yang ada orang tgh main badminton suka-suka jer..

Aksi si bongsu..boleh pulak dia baring2 atas simen..

Last but not least..Selamat hari Jadi Kakcik..eh sama harijadi ngan Maya 25 June..

Gambar semua tak edit so sorry kalo quality bad yer..malas nak mengedit gambar hatta nak letak watermark pun maleh..Gambar bz'day tu ikhsan editing oleh ayah...ummi maleh doh nak ngadap CS3.