Wednesday, January 13, 2010

Isu Penggunaan Nama Allah

Assalamualaikum readers...

Topik kat atas nih adalah satu topik yang sensitif pada umat Islam dan ummi yang serba dhaif dlm hal agama pun tak berani nak komen. Cuma hari ini ummi nak berkongsi satu email yang ummi dapat dengan readers kerana di blog nih readers nyer lebih ramai berbanding forward ngan email so bacalah, renungkanlah dan fikirkanlah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

My dear friends, please read….

Sunday, January 10, 2010
Ketika saya di Shenzhen kala ini, saya sibuk dengan urusan pengebumian Allahyarham Pak Cik saya, Haji Wahid bin Haji Omar.
Beberapa kali saya dihubungi untuk diminta untuk mengulas mengenai isu penggunaan nama Allah bagi orang bukan Islam.
Saya sudah baca bererapa pendapat. Di Malaysiakini, saya membaca mengenai komen Dr. Asri yang memperlecehkan kenyataan Dato’ Haron Din.
Kesempatan ini saya ingin menulis, sama seperti tulisan saya yang lalu, bukan dari kacamata Islam dan bukan juga dari kacamata orang politik. Tapi reality yang berlaku.
Saya pernah memasuki gereja. Saya pernah memberikan sedikit tazkirah di dalam gereja. Bukan kepada orang Islam tetapi kepada pesakit HIV yang duduk di dalam gereja pertengahan tahun 2009.
Mereka adalah goang yang terlantar sakit dan tidak ada orang Islam yang mengambil dan menjaga mereka.
Para ustaz lebih selesa berforum di atas pentas membicarakan soal kasih sayang dari turun menterjemahkan kasih sayang di dalam tindakan.
Di dalam gereja itu, ada menggunakan perkataan Allah.
Beberapa orang telah meninggal dan ada yang pernah diurus oleh pihak gereja.
Agak-agak kita, ketika orang nazak sakit, katakan datang seorang paderi dan berkata:-
“tak apa, Allah akan memberkati kamu, anaknya Isa juga akan memberkati kamu sebab Allah berfirman bahawa ikutlah anak aku Isa dan kamu akan selamat”
Agak-agak, keliru tak?
Jika ada anak kita nanti sakit di hospital, datang orang dengan baju yang kemas dan berkata:-
Jangan risau, kita doa pada Allah agar Allah menyembuhkan adik, asalkan kita berdoa juga pada anaknya Isa.
Agak-agak, keliru tak?
Kalau ada mangsa banjir yang orang Islam lambat datang, tiba-tiba ada orang datang membawa bantuan:-
“Tak apa, tak payah berterima kasih, ini semua dari Allah, Allah dan anaknya menggerakkan saya dan kawan-kawan untuk datang memberi bantuan di sini”.
Agak-agak, keliru tak?
Alangkan belum dibenarkan secara rasmi pun, mereka telah menggunakannya. Bayangkan kalau kebenaran diberi secara rasmi.
Para ustaz dan Dr serta agamawan berteori banyak. Mereka boleh memukau kita dengan ayat-ayat al-Quran dan hujah-hujah memperlecehkan antara satu sama lain.
Dengan izin Allah, saya berkecimpung terus dengan masyarakat. Dan kebimbangan saya bukan teori. Ia adalah perkara yang benar-benar berlaku.
Ingatlah, membenarkan menggunakan perkataan Allah bukan perkara yang boleh nak dicuba-cuba. Ia bukanlah Try and Error. Ia soal masa depan anak kita.
Ada orang berkata:-
Buat apa takut, Islamkan kuat
Saya tidak takut cuma bimbang, kerana realiti suasana sekeliling tidak membantu kita meningkatkan penghayatan Islam.
Kalau slot TV sudah banyak berbicara pasal Islam, slot radio telah banyak, majalah-majalah Islam telah banyak, kala itu barulah kita boleh berbicara dalam bahasa “untuk berdakwah”
Kala ini, kita masih dalam fasa berusaha mempertahankan Islam yang ada bersungguh-sungguh. Orang kita sendiri tak membantu kita, nak harapkan orang lain? Nak harapkan orang sokong kita hanya dengan sekadar dengan membenarkan penggunakaan nama Allah, atau kita atau anak-anak kita akan semakin keliru dan keliru.
Agamawan teori hanya nanti akan berkata,
“Ah, tak apa, kalau ijtihad kita salah pun, kita dapat satu pahala, kalau betul, kita dapat dua pahala”
Tapi kalau salah itu kesannya lebih teruk untuk anak bangsa, adakah sekadar berkata “tak apa” kala itu.
Ketika saya menemuduga anak-anak yang ingin masuk ke dalam sekolah MASSA (Maahad Sains al-Quran al-Amin) ada di kalangan ibu ayah yang begitu yakin dengan kefahaman agama anak mereka.
“Ustaz, terimalah anak saya, anak saya bagus dalam ujian KAFA”
Ketika saya bertanyakan bilangan rukun Islam dan rukun Iman, masih ada lagi yang tertukar. Jika masuk ke syurga itu diukur dengan ujian KAFA, sudah tentu anak dia ni tak akan masuk kerana rukun iman dan Islam pun tertukar bilangannya.
Ini yang benar-benar saya hadapi. Kalau itu pun dah keliru, nak harapkan dia tak akan keliru dengan tulisan yang akan digunakan oleh kristian nanti.
“Allah akan memasukkan kita semua ke dalam syurga jika kita meyakini anaknya Isa”
Agak-agak, keliru tak?
Saya secara peribadi tidak bersetuju melainkan jika setelah suasana sekeliling menjadikan anak-anak kita terjaga akidah, syariat dan akhlak mereka. Jika masih belum, maka ia akan berbahaya untuk generasi Islam akan datang. Semoga Islam terus terpelihara, amin…
“Sekilas Itu Realiti, Realiti Itu Kehidupan”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
10 Januari 09 jam 10.30 malam

(Di atas adalah nama penulis email ini).

4 comments:

Umma-ali said...

Salam,yes I'm worried too... Everybody's worried...Anak2 kita blum kuat pegangan Islam...Apa perlu kita buat?Hidupkan suasana iman dan amal dalam rumah, tarbiyah anak ikut sunnah, jadikan rumah tempat ibadat bg wanita, masjid tempat solat bg lelaki... setiap hari cakap kebesaran Allah, dgr percakapan iman, lihat kehebatan ciptaan Allah, fikir
akan kebesaran Allah...
QUL HUWALLAHU AHAD,
ALLAHUSSOMAD,LAMYALID WALAM YUULAD, WALAM YAKULLAHU KUFUAN AHAD.

Ummi-Izah said...

To kak zah terima kasih atas peringatan ini...tulah kalo kita mak ayah tak kuat pegangan mcm mana kita nak pegang anak2 kita kan..pastu kalo cakap tak serupa bikin pun sama juga...insya allah ingatan utk diri saya dan semua sahabat

Ibtisamfarah said...

Ummi Izah, thanks for sharing the article..meremang tini rasa..bkn apa, dugaan zaman kita da macam ni..apatah lagi zaman anak-anak kita? Allahu Akbar..may His guidance always be with us.. insyaAllah..

Ummi-Izah said...

tulah..takut sgt...dan saya juga dapat satu email bergambar penggunaan nama Allah di church di kaw. Malaysia Timur...