Saturday, October 30, 2010

Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI)

Assalamualaikum,

Sessi persekolahan hampir berakhir cuma tinggal beberapa minggu jer lagi..Ummi juga bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada anak-anak ummi kerana berjaya dalam periksa dan berjaya meningkatkan prestasi pembelajaran..Umair mid term exam dapat no 9, final dapat no 5 dan Moustoffa midterm exam dapat no 7, final dapat no 4. Alhamdulillah.

Ada kawan ummi yang tanya ok tak hantar anak-anak ke PASTI. Actually ummi dah pun menjawab pertanyaannya di FB but this time ummi nak kongsi di blog. Tahun lepas ummi cuba cari info PASTI dan feedback2 dari parents but tak jumpa kat online, ker ummi yang tak pandai search (^_^) so hopefully dengan entry ini dapat membantu parents (yg tgh survey like me did last year) untuk memilih yang terbaik buat anak-anak mereka.

Ummi hantar Umair ke 3 tadika berbeza because Umair started schooling at the age of 4. So takut juga dia bosan buat dan belajar benda yang sama itu yg ummi decided hantar dia sekolah lain-lain setiap tahun. So far PASTI is the best school dan bukan ummi sahaja yang beri komen begini...ramai lagi parents i.e my friends...my auntie semua satisfied dengan PASTI.

For information PAS mempunyai satu Jabatan Pendidikan (I'm not sure apa terma sebenarnya untuk bahagian pendidikan ini). Jabatan inilah yang merangka silibus pelajaran, reviewing, memantau guru-guru dan aktiviti berkaitan serta, mengeluarkan soalan peperiksaan dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengan PASTI.

Bukunya sama satu Malaysia.. kalau soalan periksa pula dikeluarkan oleh PAS Negeri. Lebih kurang macam sistem pembelajaran sekolah rendah. Pembelajaran 5 tahun dan silibus 5 tahun dan 6 tahun juga berbeza. Kalau 5 tahun memang diajar perkara-perkara asas sahaja, 6 tahun pula dah belajar advance sikit. So Umair adalah tertinggal sikit because dalam text book dah tak cover lagi subjek 5 tahun tapi ada keluar 1-2 soalan dalam workbook. Tapi dah namanya pun basic so Insya Allah anak-anak umur 6 tahun boleh pick up easily. So kesimpulannya belajar di PASTI ini 5 ngan 6 tahun takderlah belajar benda sama dan buku sama..it's continuous learning dengan pengukuhan pembelajaran.

Alhamdulillah belajar di PASTI juga anak-anak sudah tahu dan boleh mengamalkan asas-asas fardhu ain. Perkara inilah yang paling penting kerana sebagai ibu bapa kita bukan sahaja mahu anak-anak kita tahun 3m tapi kita juga mahu melengkapkan anak-anak kita dengan ilmu-ilmu fardhu ain. Melentur buluh biar dari rebungnya. Takanlah dah besar baru nak ajar anak solat sedangkan umur 7 tahun kita dah sepatutnya menyuruh anak-anak kita solat dan 10 tahun boleh dirotan jika meninggalkan solat. Ini tanggungjawab ibubapa dalam memberi pendidikan agama pada anak-anak, kena tanya kat sana kalau tak buat..Ummi dan ayah tak mampu nak mengajar kesemuanya, sebab itulah kami cari guru untuk ajarkan.

Okaylah selain daripada bab belajar, anak-anak kat PASTI pun terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum antara sekolah. Kalau menang akan mewakili daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. So ini kali pertama ummi dapat baca Buletin PASTI dan ummi juga ucapkan tahniah kepada PASTI Selangor kerana berjaya di Pesta Sukan PASTI Malaysia, hehe sebenarnya dah over tapi nak congrats juga .

Buletin PASTI. Ada cikgu Umair dalam gambar ni from PASTI Ummi Sham Hulu Selangor.

Bab yuran pulak reasonable. Ummi cuma bayar RM75 sebulan dan pendaftaran RM350 seorang. Tapi ini bergantung pada lokasi dan management setiap tadika itu sendiri. Ada juga yuran PASTI serendah RM45 sebab lokasinya diwakaf oleh penderma. Kadang-kadang ada orang infaq makanan so management akan rendahkan sikit yuran bulanan. So depends.

So far overall PASTI memang tadika yang bagus. Kejayaan tadika juga bergantung kepada management dan guru serta kita ibubapa dan pelajar. Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi ummi sebagai seorang ibu yang menghantar anak-anaknya ke PASTI. Apa-apa pun ke mana sahaja kita nak hantar anak kita pastikan subjek, method dan gurunya bagus dan bukan main campur jer like rojak. Kalau mampu ajar sendiri takyahlah cari sekolah yg ada ajar asas-asas fardhu ain tapi kalau rasa-rasa tak mampu carilah yang terbaik untuk harta kita dunia dan akhirat.

No comments: