Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Assalamualaikum kawan2 blogger dan teman2 yg lain,

Ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha, semoga kita semua dapat mengambil ikhtibar dari kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Begitu juga dengan ummi setelah melansungkan perkahwinan banyak pengorbanan yg dilakukan untuk kebaikan. Semoga Allah mendatangkan rasa ikhlas yang sebenar-benar ikhlas dengan pengorbanan ummi.

Kengkawan ummi nak tanya pendapat sedikit, kalau sudi atau ada experience sharelah yer..Ummi telah ditawarkan pekerjaaan 8-5 di office (sekarang ni ummi bisnes handmade kecil@ jer) dgn gaji yg ummi bakal dapat insya allah memberi sedikit keselesaan kepada keluarga, biasanya keperluan keluarga menjadi keutamaan tapi dgn gaji ini bukan sahaja keluarga malah keperluan diri sendiri pun dapat ditunaikan..Itu dari segi gaji...

Tapi yg runsingnya bila anak yg dilahirkan sebelum ini yang membesar sepenuhnya depan mata,kini perlu ditinggalkan dgn pengasuh..risau bagaiman nak pantau pelajaran anak2, sosialnya, perkembangan anak2 di sekolah, solatnya...macam mana agaknya ibu2 yg bekerja melakukan semua ini ya.. Tolong sapa2 boleh bagi pendapat..

Mana satu yg perlu dipilih..pekerjaan dan keselesaan seperti zaman bujang dulu atau harta saya dunia akhirat...bagaimana nak pilih kedua2nya...

3 comments:

Umma-ali said...

Salam izah,
InsyaAllah solat istikhoroh dulu, bru bwt keputusan...
hadith mfhum lbhkrg, siapa yg solat istikhoroh tidak akan kecewa.
Bg akak lebih baik duk rumah, byk kelebihannya...
Antaranya, rezqi yg dibawa suami kpd isteri yg duk di rumah, insyaAllah suci dan halal, wpun kmungkinan ada yg subhah atau tak halal tapi disebabkan keberkatan isteri duk rumah, Allah halalkan.
berbanding isteri yg bekerja, sama dgn org lelaki/suami, rezqi lum tentu halal 100% sebab kemungkinan bercampur dgn maksiat di luar, umpamanya bekerja dgn majikan dan rakan sekerja yg bkn mahram, tentunya ada dosa2 mata, suara dll...kita ni manusia bkn robot, jadi lbh baik duk rumahlah, lagipun ulamak kata bila isteri keluar rumah utk bekerja, keberkatan akan jadi separuh! apa yg penting ialah keberkatan, bkn wang yg banyak tapi tak berkat...
Wallahualam.
laporan dr rakan2 suami yg isteri bekerja, alasan utk bantu suami mmg tak berapa nak jadik, sbb bl dah ada duit, org pompuan lagi byk benda yg nak dibelinya...mmg tak merasa nak tlg ringankan beban...tambah ada....
itu pndapat akak utk izah...
tak semestinya benar, cm benar pada saya lah insyaAllah...
terserah...jgn ada yg terasa plk...

Ummi-Izah said...

as'kum kak zah terima kasih kerana sudi bagi pendapat... di satu bahagian saya (nafsu) saya ingin bekerja balik tapi di satu bahagian lain (saya takut dgn maksiat yg akak sebut2 kan tu)..nafsu tu timbul bila ada perbandingan2 dibuat antara saya dan org lain (dari segi kemampuan kewangan) ..tapi saya nak dapatkan redha Allah..kami dah buat solat istikharah tu tapi yg dapat petunjuk suami saya bukan saya..mungkin solat saya tak sempurna sebab tu Allah belum perkenankan..insya Allah kami akan muzakarah lagi..terima kasih kak..

la_abwa said...

salam,

Izinkan sy mencelah kongsi pendapat.Bg sy bila seorg wanita dh bkawin, tempat yg paling mulia ialah disisi suami dan keluarga. Sy wanita bkerjaya ttp hny untuk sara hidup shj. Kalau pk pangkat, ramai kata sy paling bodo tinggalkan jwtn.

ya mmg bodo bila org lain bhempas pulas nk dptkan kerja apalagi jwtn yg mantap,tiba2 kita bhenti. Bagi sy cukuplah, reqki tak perlu bnyk ttp cukup.

buatlah kira2, dlm kira2 masukkan juga kos rehat dan kos ibadah. Bila x kerja insyaAlah solat dhuha tak ponteng. masa kerja selalu solat dguha harus ditgl krn attend public, meeting dll cengkadak.

Hdup ni sebenarnya sngkat. bila dua org anak sedara sy mnggal serentak tahun lps, btambah syukur sy krn tggalkan kerjaya dan dpt 'cover' ibadah2 sunat yg dulu ttgl.

Masa kerja kununnya kerja tu ibadah hakikatnya bnyk lagho lbh2 lg kalau tmpat kerja tak mesra ibadah, bnyk meeting atau jumpa plnggan.

Sekian, sekadar pandangan. Rezki dr Allah, insyaAllah ada jln klr jka niat kita untuk ibadah.