Friday, May 21, 2010

Mini Handcarry Bag & Simple Keychain

Assalamualaikum...

Pagi ni sebelum ummi start upload dan edit gambar ummi gi blog hopping...and ummi pergi ziarah kawan2 blogger yang selalu mengingatkan kita dan tugas kita di bumi Allah ini..antaranya blog surahsirahsarirah . Pada ummi kita manusia ni memang selalu terlupa dan alhamdulillah, memandangkan banyak juga usaha dakwah dilakukan menggunakan media elektronik jadi penyampaian itu lebih menyeluruh. Hari ini antara yang entry menarik perhatian adalah kisah syahid seorang pelajar muda berusia 21 ketika menjalankan usaha dakwah, sila ke sini untuk bacaan lanjut yer.. anak pendang sekeluarga.

Ok teruskan dengan tujuan sebenar entry hari ini. Since blog ini ummi ni blog craft so kenalah cerita pasal craft tapi kadang2 cerita pasal benda lain juga ^_^ . Last week ummi rushing untuk 2 perkara, satu gift untuk anak2 ummi dan satu lagi last minute order from officemate ayah. Alhamdulillah semuanya dapat deliver on time.


Yang di atas ni tempahan from Liza (pelanggan setia) except pencil case tu...It's mine yer, pun saja masukkan. Rasa suka pula tengok beg yang berwarna-warni, sebab biasanya ummi work on canvas jer..tapi canvas nampak vintage (ummi rasalah). Both type of fabric ada kelebihan masing2..Lupa nak bagi tau ummi bought all these fabrics from Diesha yer.

Customer ummi request nak letak nama cikgu dan nama anaknya, so ummi buatkan simple keychain memandangkan masa pun agak terhad..Sebab pada masa ummi sibuk2 ni jugalah, anak2 tengah periksa..kenalah juga bagi perhatian pada pelajaran anak-anak..

From Aisyah in green...

From Aisyah in blue...

And alhamdulillah I am glad because my customer satisfied with my work..Terima kasih daun keladi, nanti bolehlah order lagi yer ^_^.


Ni gift yang ummi buat untuk guru2 sekolah anak2 ummi tapi tak termasuk beg yang kaler hitam flowery tu. Ni order from Liza macam yang ummi cerita di atas, saja inter frame...waktu amik gambar, beg yg flowery ni dah siap so masukkan jelah nak bagi lebih ceria..


Ummi buatkan simple tag using canvas....and stitch nama cikgu di atasnya. Boleh ker panggil tag tak panggil keychain ? ^_^ .

As usual sapa2 yang berkenan boleh email ummi yer amirizah78@yahoo.com.

Thursday, May 13, 2010

Bags....Happy Teacher's Day...

Assalamualaikum...

Cerita pasal mini beg lagi...Ini adalah antara mini handcarry bag yang telah siap dan berjumpa dengan tuan masing-masing..But before we continue, saja jer nak bagi tau whole morning today kerja ummi adalah meng'upload gambar from camera, edit gambar (ni amik masa tau) dan juga cuba feed blog link ke fb (yg ni credit to anasfadilah sebab ummi ikut tutorial yg beliau ajar). Thanks Dila.

Ok...ok...ok...continue balik ngan citer bag...sebenarnya semua beg ni ummi buat ready made as ummi mentioned dalam posting yang lepas..But alhamdulillah ada pula yang berkenan ngan beg with applique felt tu..and since sambutan hari guru di sekolah anaknya pada 24 May so adalah masa nak siapkan lagi 2 beg..

So jom tengok gambar beg..

Ni tambahan kepada my collection hari tu..

Semua yang telah siap..Tempoh untuk menyiapkan beg ni adalah lebih singkat berbanding buat custom made pencil case..Buatnya pun tak serumit buat pencil case that's why harga murah sikit..Introduction price RM13 untuk yg kosong dan yang ada felt RM16 (depends pada design). Beg ini berukuran lebih kurang 5.5 " tinggi x 5" panjang (ukuran bahagian bawah) x 2" lebar. Kain cam biasa nampak kan..kalo dah craftzne malaysia..pusing2 situ jugalah hehehe...anyway ader juga fab lain yang ummi beli yg harga memang berlubang sikit poket...sikit jer yer...tapi belum buat lagi beg...tunggu dulu...

Haha since gambar ni ummi yang captured sendiri so suka-suka hati amik cenggini..My paper tag..Alamak baru perasan takder watermark tapi takperlah...ader nama kedai tu kan..

Alamak yang ni pun lupa nak letak watermark..tapi takperlah sebab nak buka PS3 punyalah lambat maklumlah lappy dah tua...Simple packaging..tujuang ummi ikat riben camtu instead of stapler kerana kalo ikat riben potential customer boleh buka riben and tgk condition beg tu waktu tu juga tanpa mencacatkan packaging...let's say tak suka leh masuk dalam plastik balik, ikat riben tu cecantik dan nampak macam tak pernah dibuka...kalo stapler pastu buka dan stapler balik nanti nampak huduh...cantik ker? Hemm cantiklah di mata ummi...

Daripada banyak2 gambar...ni jelah yang ayah amik...tapi still kena edit coz lighting tak cukup...nanti nak gi menuntut ilmu ngan maya..coz I like all her pictures..tona-tona warna semua menyerlah...Bolehkan Maya nanti ajar saya ^_^?

Last but not least saya nak wish semua pengajar tak kira cikgu tadika ker, sekolah ker, kolej ker U ker...Selamat Hari Guru..Oh insya allah saya nak buat 3 beg lagi untuk guru-guru sekolah anak saya sebab Umair pun dah decide nak bagi apa untuk cikgu kesayangannya..Insya Allah yer nak..That's all for now...Kepada pelawat yang baru singgah blog saya...errr ader ker..Selamat datang...jangan serik ke mari lagi...nak tgk handmade produk saya just search label under handmade product...

Saturday, May 8, 2010

Selamat Hari Ibu Buat Bondaku dan Bonda Mertua.

Assalamualaikum...

Esok Hari Ibu dan dikesempatan ini ummi nak mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Bonda ummi Puan Maznah Bte Talib, kepada ibu saudara ummi Cik Rokiah Bte Talib dan juga kepada Bonda Mertua Puan Seniwati Bte Haji Buang.

Ini adalah ucapan terbuka buat bonda tercinta...

Kepada bonda ummi, terima kasih kerana melahirkan ummi, membelai, menjaga, mendidik dan menyayangi ummi sepanjang hayat ummi. Pengorbananmu tidak akan ummi lupakan sampai bila-bila dan ummi tahu pergorbanan yang bonda lakukan adalah amat besar sekali. Walaupun bonda hanya mempunyai seorang anak perempuan tapi bonda sanggup menahan hati merelakan anak yang seorang ini mengikut suami...walaupun kadang2 ummi tahu bonda sebak kalau masa yang dihabiskan bersama bonda terlalu sedikit. Tapi ummi tahu bonda redha dan alhamdulillah ummi rasa bonda telah berjaya mendidik ummi menjadi seorang isteri yang patuh pada suami.

Bonda dan cucu2nya...

Ummi juga tidak akan melupakan pengorbanan bonda menjenguk dan menjaga ummi dikala ummi sakit, walaupun diri bonda tidak sekuat waktu muda dulu...Terima kasih untuk segalanya bonda. Dan buat ibu saudara ummi, bonda Rokiah jasamu menjagaku ketika kecil hingga besar, hanya Allah yang mampu membalasnya kerana pengorbanan yang besar tidak akan dapat dibalas dengan wang ringgit.

Akhir sekali buat bonda mertua, terima kasih kerana sudi menerima diri ini menjadi anakmu, Insya Allah segala tunjuk ajar dan nasihat akan digunakan sebaik2nya..Ucapan terima kasih juga kerana melahirkan suamiku, menjaga dan mendidiknya.

Bonda mertua dan ayah mertua.

Beg yang ummi jahit utk dihadiahkan kepada bonda2 ummi..

Friday, May 7, 2010

Mini Handcarry Bag and Accident Update...

Assalamualaikum...

Ini adalah antara projek Hari Ibu dan Hari Guru yang ummi tengah working on sekarang...Before this ummi guna coton canvas so kainnya sedikit keras dan beg boleh stand sendiri... tapi bila menggunakan heavy cotton (maybe medium heavy) so kenalah pakai interfacing supaya nampak sket bentuk beg tu...ni pun cabaran juga..so survey punya survey punyalah gumbira bila ada satu kedai nih jual interfacing yg tak berapa keras tapi boleh memberi bentuk kepada beg..

Beg ini berukuran lebih kurang 5.5 " tinggi x 5" panjang (ukuan bahagian bawah) x 2" lebar...Yang kosong ummi jual dengan harga RM13 dan yg ada felt applique dengan harga RM16..





Selain dari nak update pasal beg, ummi juga nak share apa yang berlaku pada 2 hari lepas. Ummi telah ditimpa kemalangan..kereta ummi telah dilanggar dari belakang....ketika dalam perjalanan pulang dari menghantar anak2 sekolah dan menuju ke kedai...Sekarang kereta dalam bengkel, 2 weeks lagi baru keluar...kadang2 kita berhati2 tapi orang lain pula yang menyebabkan musibah.. Pastu orang yang langgar kereta ummi ni, kalau lepas langgar minta maaf takper but this person lepas langgar boleh accused ummi lagi as if ummi plak yang langgar dia...Anyway dia dah kena saman dah pun...Tapi alhamdulillah ummi dan Ghazi selamat dan tidak cedera...Yang cedera hanyalah keberanian ummi...Ya Allah baru jer breach fear hari tu ni dah phobia balik...Gambar kereta ada dalam hp ayah tapi tak boleh nak upload pulak coz bluetooth hilang..nantilah insya allah akan datang...siapalah yang nak tengokkan...

Saturday, May 1, 2010

Mencari Bilik Untuk Disewa Di Puchong

Assalamualaikum kengkawan..

Hari ini ummi nak minta tolong, maybe ader dikalangan crafter yang ada info bilik untuk disewa..berdekatan dengan alamat ini

Taman Perindustrian OUG,
Batu 6, Off Jalan Puchong,
58200 Kuala Lumpur.

Adik ipar ummi akan start menjalani latihan praktikal mulai bulan June selama 16 minggu. So maybe ada yang nak menyewakan bilik or ada rakan yang sedang mencari penyewa boleh hubungi ummi di alamat email amirizah78@yahoo.com atau berurusan terus dengan adik ipar ummi nadiah nadiahrahamat@yahoo.com atau no hp 017-7887905. Thanks in advance...


Gambar ikhsan dari pakcik google..