Sunday, August 29, 2010

My Raya's Craft...

Assalamualaikum..

Sorry dear friends...

Accidentally press the publish post button without an entry inside it...Haha maaf ye...Sapa2 yg baca tanpa apa2 posting maaf yer..

Okay lama tak berfelting...rindu juga...asik2 pegang kain jer kan...So just wanna share my kids activity..Kami buat mlm tadi 11pm - 1.30am..anak2 ni tak boleh tido and since all the family members were sitting at the table so ummi pun buatkanlah kad raya untuk dikaler oleh anak2..budget kan..ops memang kami tengah berjimat cermat sesangat..so sapa2 datang raya kat rumah minum air kosong jelah tanpa kuih raya ... boleh tak??

Comes together with this kad raya adalah my felt raya ornament @ ketupat felt..




Umair merajuk bila tengok kad Papa yang cantik...cantik ker?? cantiklah kat mata anak2 ummi..So I've promise him that I'll draw a new one for him..like now...now...errr..

Sebenarnya ummi prefer guna CS3 jer buat kad raya but my printer sudah rosak...and all the printing shop nearby pun, rosak printernya so terpaksalah melukis pakai tangan..bolehlah kan dari takder lansung...I've always remember, what my mom thought me when I was a little girl.. Ajar anak2 hantar kad raya pada atuk sebagai tanda ingatan pada atuk2....So ummi mewariskan pada anak2 ummi sekarang..Pakai cara lama yer pos...coz atuk2 depa takder email or fb hehehe..effort lebih sikit hantar pakai pos..

Friday, August 27, 2010

Betul tak?

Assalamualaikum..

Sedang ummi cek news feed di FB ummi tetiba ternampak satu posting yg cikgu ummi share .... So ummi dah dapat ilmu dan ummi nak panjangkan ilmu nih juga dikalangan teman2..sudilah baca yer.. Link asal adalah dari sini....

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Thursday, August 26, 2010

Lama Tak Update Blog

Assalamualaikum...

Boleh tak buat tittle mcm tu ...bolehlah kan...Hari ini sudah 16 Ramadhan...Alhamdulillah tahun nih as at today anak ummi Umair telah berpuasa selama 15 hari...Hari pertama tak tahan, buka dalam kul 4 lebih...Hari kedua hingga berikutnya oklah..Moustoffa pula as at today puasa penuh 16 hari..tapi Moustoffa nih memang suka masukkan benda dalam mulut even dah besar2 nih.. so since dia tak paham konsep puasa sepenuhnya ... so dia masukkan jugalah tah apa2 dlm mulut..kadang mainan...kadang2 kain...kadang2 erk makanan adik dia hahaha...tapi dia tak telan dia kuarkan balik..Walaupun Papa macam ni tapi since dia tak makan dan minum sampai ke petang so ummi consider dia puasa penuhlah...Kadang2 ada juga dia org mengadu lapar ..dahaga minta makan...biasalah kan anak2 baru belajar puasa...tapi macam mana pun dia orang tahan juga sampai waktu buka..

Gambar cilok dari flickr ayah.. ni gambo terbaru. Taken last month waktu balik kg. Gambo kat kilang tahu..waktu nih nak beli air tahu nak bawa balik Rawang..Dua tahun mengidam air tahu Wak Nasir nih waktu ngandungkan Ghazi lagi dan akhirnya dapat juga ... Alhamdulillah.


Apa aktiviti ummi bulan puasa nih yer..emm since I am not taking order so bolehlah buat aktiviti menjahit...buat seluar tido anak2...jahit baju raya sendiri..mcm2 lagilah aktiviti menjahit...since mood M tengah melanda so malas nak amik gambo...nanti dah siap ummi uploadlah yer..

Dalam minggu nih banyak perkara yang berlaku..Isnin lepas, waktu pagi ummi dapat perkhabaran bahawa jiran ummi nazak hendak dibawa pulang ke kampung kerana mengidap kanser paru2. Balik dari ziarah dapat panggilan telefon dari kampung mengatakan adik ipar admitted ICU kerana komplikasi after bersalin...Then dalam kul 10am dapat surat, tittlenya Notice of Delivery of Vacant Possession. Alhamdulillah semua dapat diatasi dan adik ipar juga sudah beransur pulih..So kepada teman2 di FB yg turut mendoakan adik ipar nih, ummi ucapkan terima kasih. Hanya Allah yg dapat membalasnya..

Malam ni nuzul al-quran so ummi nak ingatkan diri ummi dan teman2 ...jom pakat ramai2...kumpul saham banyak2..

Monday, August 9, 2010

Tukar Lagi????

Assalamualaikum...

Hehehehe yer...yer yer...saya tukar lagi blog template saya...yang ini pun mungkin akan ditukar juga kerana saya masih belum jumpa yg betul2 berkenan dihati...

Kali ini amik gambo makanan plak walaupun sebenornya ummi jarang buat entry pasal makanan...Tapi selepas ditukar baru teringat 2 hari lagi nak masuk ramadhan...kang hari-hari dok ngadap blog ummi .... dok berlagu-lagu pulak perut nih...maklumlah bulan puasa nafsu makan lain kan...Tu yang kalo pi bazaar ramadhan beli makanan ker kuih ker sampai berjenis-jenis tapi makannya sikit jer...Hehehe alhamdulillah ummi kuat makan so kalo beli memang make sure makan sampai habis (beli pun sebab memang cuma 1-2 jenis jer) . Sebenarnya pun ummi jarang ke bazaar ramadhan ..

Ah dah cerita pasal bulan ramadhan plak...maaf yer kengkawan terdistract plak..Okaylah saja nak membebel sensorang petang-petang cenggini.. Sebenornya nak suruh kengkawan tengok make over blog ummi nih.. Kalo ada iklan jangan lupa klik yer ^_^ . Terima kasih sebab baca bebelan mengarut ini.

Ramadhan Tiba Lagi...

Assalamualaikum...

Tiba lagi bulan yang mulia. Ummi dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua teman-teman blogger, sahabat-sahabat ummi dan kaum keluarga.. Semoga amalan kita lebih baik dari yang sebelumnya (pesanan untuk diri ummi juga).


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, August 6, 2010

Stripe Pencil Case

Assalamualaikum,

Tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadhan Al Mubarak so dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada teman-teman semua. Semoga puasa dan amalan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Okaylah this time ummi nak share handmade yg ummi buat untuk kak Linda lagi dan selepas ini ummi akan cuti rehat.. Nak concentrate pada persiapan puasa dan raya.