Sunday, February 6, 2011

Sedihnya melihat rumah AyahBonda..

Assalamualaikum,

Firstly terima kasih banyak-banyak pada kawan ummi yang sudi jadi field reporter ummi..siapa lagi kalau bukan cikgu hirman..

Bila tengok rumah dah tenggelam macam ni, barulah ummi faham perasaan ayahbonda..tahulah ummi perasaan ayahanda bila air mata mengalir di pipi tuanya..tahulah ummi mengapa bonda sakit pada hari pertama dipindahkan ke pusat banjir..ummi sendiri pun hampir mengalirkan air mata bila tengok keadaan kampung dah rumah yang tenggelam..Kalo takder rumah-rumah sure dah kata tempat ni sungai bukan kampung lagi..

Rumah dah tenggelam selama seminggu...dan pasti barang2 dalam rumah memang tidak dapat diselamatkan...struktur rumah pun tak tahu seteguh mana lagi..Semalam bercakap dengan bonda, katanya air masih belum surut..masih lagi ditakat lampu bulat rumah ayahbonda..

video

Dengar kata dari bonda...bantuan ada yang dapat...ada yang tidak..dan ada yang paling menyedihkan bila dikata orang2 kampung kami yang duduk di Pusat Pemindahan di Masjid Lenga tidak termasuk dalam senarai orang yang terlibat dalam banjir semenjak tahun 2006 lagi..mereka ibarat dipinggirkan...kesian...harapan ummi kepada adun kawasan..tolonglah pastikan agar bantuan sampai kepada mangsa..dan tidak berlaku masalah rasuah atau nak makan sendiri, kroni ker dan sebaliknya...kasihanilah mereka yang menjadi mangsa banjir ini..susah sama susah...senang sama senang..jangan pentingkan diri sendiri kerana anda akan ditanya di akhirat nanti..

Ummi juga berdoa semoga air cepat surut so bolehlah mereka meneruskan kehidupan apatah lagi sumbernya bergantung pada pertanian yang juga tenggelam dalam banjir ini..

No comments: