Tuesday, November 1, 2011

Kek Pisang

Assalamualaikum,

Lama blog tak berupdate so pagi ni curi masa, sambil berebut dgn Ahmad nak pakai lappy. Posting di sini so in future senang ummi nak buat reference. Layan gambar dan resepi..resepi asal dari yani@myresepi..credit to yani..cuma kek ummi ni tak guna 2 bahan..jus lemon dan cream



Dessert after dinner. Ate around 10pm sebab semalam my husband dah start OT. Freshly baked and dimakan panas-panas...sedap abis satu tray tak cukup nak bagi jiran-jiran rasa..Puas hati bila anak-anak kata sedap..Topnya garing dan tepi-tepi garing sedap..


Resepinya :

Bahan-bahan ( 20 cm )

  • 2 biji pisang (ummi pakai pisang awak, size kecik sikit dari pisang yani ni so ummi guna 3 biji)
  • 140g butter
  • 120g gula
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar fresh cream(ummi tak guna)
  • 1 sudu besar jus lemon (ummi tak guna)
  • 200g tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang
  2. Asingkan putih dan kuning telur
  3. Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
  4. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi.
  5. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
  6. Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
  7. Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit. (Ummi bakar pd suhu 180 degree selama 20 minit dan loyang pun ummi sapu ngan butter)
  9. ** 2 biji pisang yang saya guna tu seperti dalam gambar di sebelah
    Pisang
Note : Sorry yer yani bukan saja-saja nak ubah resepi tapi bahannya takder waktu nak buat.. ^_~

No comments: