Friday, November 11, 2011

Kisah Umair Bin AbiWaqas Menyembunyikan Dirinya

Assalamualaikum,

Hari ini Ummi nak kongsi cerita sahabat nabi yang bernama Umair Bin Abiwaqas disalin dari buku Himpunan Kitab-Kitab Fadhail. Nama anak sulung ummi, Umair diambil dari kisah sahabat nabi ini. Semoga Allah kurniakan sifat berani dan kecintaannya pada Islam kpd anak Ummi , Umair.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Umair Bin Abiwaqas ialah seorang sahabat yang muda usianya telah memeluk Islam pada masa permulaan Islam lagi. Beliau adalah adik kepada Sa'ad Bin Abiwaqas (r.a.) iaitu seorang Jeneral Islam yang termasyur. Saad (r.a.) telah meriwayatkan :

"Pada masa kami bersedia untuk menuju ke medan pertempuran Badar, daku ternampak Umair (r.a.) telah cuba sedaya upayanya menyembunyikan dirinya."

Ini telah memeranjatkan daku. Daku telah bertanya kepada beliau, "Apakah yang telah berlaku ke atas dirimu wahai Umair (r.a.) dan apakah yang telah menyebabkan dikau bersembunyi seperti ini?" Umair (r.a.) telah menjawab; "Daku takut Baginda Rasullulah (s.a.w) mungkin tidak akan membenarkan daku mengambil bahagian di dalam pertempuran itu berdasarkan usia daku yang semuda ini walaupun daku cukup rindu untuk pergi dan mati syahid di jalan Allah S.W.T."

Keinginan Umair (r.a.) untuk menyertai angkatan perang itu begitu mendalam sekali. Walaubagaimana pun Rasullulah (s.a.w) berjaya mengesannya lalu baginda menegahnya dari menyertai barisan tentera itu. Kegagalannya untuk menyertai peperangan itu begitu menghampakan harapannya lantas beliau menangis. Apabila perihal keinginannya yang amat sangat serta kekeciwaannya itu disampaikan kepada Rasullulah (s.a.w), akhirnya baginda mengizinkannya. Umair (r.a.) berjuang bermati-matian di dalam pertempuran tersebut sehinggalah nyawanya terkorban.

Sa'ad (r.a) iaitu abangnya telah berkata:
"Pedang Umair (r.a.) terlalu besar untuknya, menyebabkan saya terpaksa mengikat beberapa simpulan di pinggangnya supaya ia tidak menyentuh bumi."

Insya Allah..

2 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

semoga kita semua ambil pengajaran daripad kisah ni..
benar sahabat Nabi Saw merupakan qudwah buat kita semua..

Ummi-Izah said...

insya allah