Sunday, November 13, 2011

Majlis Ihtifal PASTI Al-Azhar, Bandar Country Homes

Assalamualaikum,

Semalam kami sekeluarga menghadiri Majlis Ihtifal (Konvokesyen) pelajar 6 tahun PASTI Al-Azhar. Kami keluar seawal pukul 8.30 pagi, sedikit terlewat kerana hari hujan dan juga kerana kenderaan perlu diletakkan di luar kawasan rumah, disebabkan ada majlis dikenduri kahwin di depan rumah kami. So exercise sikitlah pagi-pagi tu lagi pun bukannya jauh sangat. Tapi bila hari hujan, ummi hanya risaukan si kecil tu, maklumlah kan kecil lagi takut badan tak tahan kena hujan.

Okay sorry yer, kembali ke jalan yang benar hehe..ingatkan kami ler yang terakhir sampai...rupanya ada juga yang lambat pun keluarga yang ada bayi kecil..mungkin semua nak tunggu hujan reda sikit baru gerak, tapi memandangkan masa pun berjalan, so kena redah jugaklah hujan tu..

Majlis dimulakan agak lewat, mengikut kata pengusaha PASTI, kelewatan disebabkan oleh masalah terlupa ..mengikut kata emcee ada masalah teknikal..yang pasti kami nampak seorang ajk keluar dan kemudian kembali bersama dengan sebuah sound speaker...wallahualam..

Alhamdulillah rasanya nak dekat pukul 9 lebih baru majlis bermula..Aturcara majlis pun nampak macam kelam kabut walaupun katanya semua dah dirancang terlebih dahulu..tapi kita manusia kan...sebaik-baik perancangan adalah dari Allah..dugaan semua tu buat En. Nurhadi yang katanya baru saja take over management PASTI dalam tahun ini...alhamdulillah Muaz tidur tapi anak-anak kecil yang lain semuanya dah start making sounds..

Tahun depan akan diwujudkan Jemaah PIBG so ada parents yang tidak sabar nak join sebab mereka pun rasa masih banyak yang perlu diperbaiki..so ada 2 ways feedback..diharap segala yang baik itu dapat dimanfaatkan kepada anak-anak PASTI..

Okay dah panjang lebar komen ni, mari kita layan gambar pula sekitar konvo,..lebih sedap didengar Ihtifal lah..

Moustoffa dan Zhafran..bakal jiran baru di DM1.


Persembahan Nasyid, Moustoffa main kerincing..Ahamd apalah dok terlanguk cenggitu kat stage tu anak oii..

Moustoffa dapat sijil..



Amanina, anak jira setaman dapat sijil..Tahun depan pi sekolah rendah sesama..

2 comments:

lia said...

sejuk je mata bila tengok anak2 pasti ni...InsyaAllah saya pun nak hantar anak ke Pasti jg tahun depan....

Ummi-Izah said...

alhamdulillah.. :)