Thursday, February 24, 2011

Selamat Hari Lahir Cayang Ummi..

Assalamualaikum,

Hari ni hari lahir Ghazi. Lahirnya hanya seberat 2.8kg, lebih ringan dari abang-abangnya. Dan nyaris2 bersalin dalam kereta. Ummi dan ayah berdoa agar Ahmad Faiq Ghazi menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan Rasul dan menjadi manusia yang berguna. Amin. Sayangnya gambar Ahmad sedari kecil hingga kini cuma tinggal beberapa keping jer sebab yang lain2 dah hilang bila external disk rosak ari tu..tak sempat burn kat cd..

Ahmad

Ahmad Faiq Ghazi from ayah's album.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum,

Esok adalah hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammad S.A.W. Dan hari ini sambutan valentine. Ingatan ummi toksahlah duk sibuk sambut valentine sebab kalo tahu cerita sebenar pun dah tahu valentine tu apa kan..

Marilah kita sama-sama berselawat ke atas nabi dan semoga kita menjadi hamba yang paling dekat dgnnya di akhirat nanti..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, February 6, 2011

Sedihnya melihat rumah AyahBonda..

Assalamualaikum,

Firstly terima kasih banyak-banyak pada kawan ummi yang sudi jadi field reporter ummi..siapa lagi kalau bukan cikgu hirman..

Bila tengok rumah dah tenggelam macam ni, barulah ummi faham perasaan ayahbonda..tahulah ummi perasaan ayahanda bila air mata mengalir di pipi tuanya..tahulah ummi mengapa bonda sakit pada hari pertama dipindahkan ke pusat banjir..ummi sendiri pun hampir mengalirkan air mata bila tengok keadaan kampung dah rumah yang tenggelam..Kalo takder rumah-rumah sure dah kata tempat ni sungai bukan kampung lagi..

Rumah dah tenggelam selama seminggu...dan pasti barang2 dalam rumah memang tidak dapat diselamatkan...struktur rumah pun tak tahu seteguh mana lagi..Semalam bercakap dengan bonda, katanya air masih belum surut..masih lagi ditakat lampu bulat rumah ayahbonda..


Dengar kata dari bonda...bantuan ada yang dapat...ada yang tidak..dan ada yang paling menyedihkan bila dikata orang2 kampung kami yang duduk di Pusat Pemindahan di Masjid Lenga tidak termasuk dalam senarai orang yang terlibat dalam banjir semenjak tahun 2006 lagi..mereka ibarat dipinggirkan...kesian...harapan ummi kepada adun kawasan..tolonglah pastikan agar bantuan sampai kepada mangsa..dan tidak berlaku masalah rasuah atau nak makan sendiri, kroni ker dan sebaliknya...kasihanilah mereka yang menjadi mangsa banjir ini..susah sama susah...senang sama senang..jangan pentingkan diri sendiri kerana anda akan ditanya di akhirat nanti..

Ummi juga berdoa semoga air cepat surut so bolehlah mereka meneruskan kehidupan apatah lagi sumbernya bergantung pada pertanian yang juga tenggelam dalam banjir ini..

Today is Sunday...



Assalamualaikum,

Arghh...esok anak2 akan mula bersekolah....start baliklah rutin harian ummi, amik dan antar anak sekolah...

Minggu ni banyak betul berita buruk untuk keluarga ummi. Dugaan dari Allah tapi tidak secara lansung atau terus kepada family ummi..

Rumah ayahbonda dilanda banjir..malah mereka masih lagi di pusat pemindahan..dan 2 hari lepas pula satu-satunya pakcik lelaki sebelah mak En. Ayah ditimpa musibah...Jatuh dari pokok dan mengalami retak tulang belakang dan tulang tengkorak..walaupun Allah menduga keluarga tapi Allah juga Maha Penyayang. Dengan kuasanya keretakan itu tidak mengenai saraf tunjang yang boleh mengakibatkan kelumpuhan dan keretakan tengkorak sebanyak 2mm juga tidak membawa kesan yang buruk...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi..

French Toasted Garlic Bread with Half Boiled Egg.

So disebabkan banyak dugaan walaupun tidak secara lansung, so this morning to freshen up our day.. buatlah breakfast ni..nak bagi diri ni energy dan positive mind so I am prepared for tomorrow..Actually me and ayah prepared this together-gather hehe..Alhamdulillah cuti ni ayah banyak membantu ummi yang memang tengah mood swing..Terima kasih En. Ayah..Believe it or not he is preparing our lunch now..terima kasih daun keladi...nanti boleh tolong lagi yer..


Thursday, February 3, 2011

Owh tidak...Banjir datang lagi..

Assalamualaikum,

Sedih sangat2...rumah parents ummi dah tenggelam dalam banjir yang sedang melanda Negeri Johor sekarang..parents yang duduk di Kg. Sungai Berani Lenga (sepanjang Sungai Muar) so paham2 jer lah kalau dah tepi sungai lagilah teruk keadaannya..

Dulu tahun 2006 waktu banjir besar kat Johor pun rumah dah kena bah...tahun ni 2011 pun kena bah lagi...satu ujian yang maha berat utk parents ummi..

Ummi dan keluarga pindah ke kawasan tu pada tahun 1990, waktu tu ummi darjah 6 tapi alhamdulillah sepanjang membesar disitu tak pernah pulak kena banjir...tu pun sekali jer meranduk air kat jambatan yang menghubungkan kami dengan pekan..tapi air tak sampai dalam rumah...cuma air pasang besar sampai kena naik sampan pi sekolah..Dan waktu pindah ke kampung ni pun mengikut cerita penduduk asal asal di situ bah paling besar pun pada tahun 70-an..so selepas ayah membina rumah bawah (mostly ramai yg buat rumah tinggi waktu ni)...ramai pulak yang modified rumah..meaning buat rumah bawah juga..

Sekarang disebabkan cuaca global yang tidak menentu mungkin agaknya tempat ni akan selalu dilanda banjir..apa nak buat yer...

ni gambar rumah parents ummi..gambar diambil 2 hari lepas..katanya air makin tinggi so tak tahulah dah paras mana sekarang..berdoa janganlah tinggi lagi biarlah air tu surut cepat..


Dengan keadaan air yang tinggi macam ni ... tak usah bayangkanlah kerugian harta benda dan tanaman..



Ni pulak keadaan jalan ke arah Pekan Lenga..terputus hubungan...ni kira kawasan tinggi..kampung ummi nun kat bawah sana tepi sungai...sedih...sedih..

Note : Credit to Cikgu Hirman kawan ummi untuk gambar pekan ni..sebab dia yg amik gambar kat situ..