Thursday, June 30, 2011

Freshly made Bubur Pulut Hitam (Black Glutinous Rice Sweet Porridge)



Assalamualaikum,

Rajin betul nak update blog pagi-pagi ni. So lepas je masak bubur ni ummi tinggalkan kejap house chores and duk ngadap lappy ni. Snap few pictures, edit and now publish it on my blog..

Mengidam nak makan bubur ni since kenduri kahwin sepupu ayah pada awal bulan Jun yang lepas. But waktu tu nampak dalam menu katering saja ada include bubur nih but takder pulak dia served dekat meja katering yang berdekatan meja makan ummi..Then I nampak one of the waiter makan (waktu tu majlis dah nak over pun) ... takan nak seberang lautan semata-mata nak ambil bubur semangkuk...malu U... so apalagi buat sendiri jerlah..boleh makan puas sikit kan..Jangan keanginan udah ler, maklumlah ibu mengandung mudah angin-angin..

Tu yang pepagi ni dah tanak bubur..cadangnya nak buat semalam petang tapi ada hal plak so tak sempat..Tu yang pepagi ni serumah bau pandan hehe..


Semenjak dah nak dekat-dekat bersalin ni macam-macam pulak nak makan ker..sebab nak bulan posa...biasanya ummi ni kalo nak dekat2 bulan posa memang teringin nak makan macam-macam.. tapi taun ni pantang dalam bulan posa..hai jenuh mengganti nanti...


Resepi ummi tanya jer pakcik google..then agak2 sendiri..resepi tu buat basic jer..So jom pekena bubur pulut hitam..or omputih kabor Black Glutinous Rice Sweet Porridge with Santan Topping...betul ker idok yer..hehe betul kot..


Wednesday, June 29, 2011

Sambutan birthday Moustoffa yang serba sederhana

Assalamualaikum,

24 Jun lepas adalah birthday Moustoffa. Anak ummi no 2. Genap umurnya 6 tahun. Ummi cuma masak sikit-sikit beli kek and buat makan-makan sendiri. So far tak pernah lagi buat birthday party untuk anak-anak. Tengoklah kalau ada rezeki lebih dan ada upaya nak jugak buat makan-makan untuk jiran-jiran waktu birthday anak-anak.

Since kat area CH ni tak byk kedai bakeri Islam, yang ummi jumpa cuma satu and kedainya pun tak banyak choices so kek ini jelah yang ummi order. Ingatkan nak order gambar Ben 10 ker Boboi Boy ker..takderlah plak.. Tapi takper tuan badan still suka dapat kek..


Birthday Cake...kena letak nama sumer2 supaya tak gaduh....


Menu ayam goreng berempah, nasi lemak dan sambal sotong..Nasi lemak fevret Papa @ Moustoffa.


Birthday Boy posing laa pulak....


Ahmad dah tak sabar...Dan cuit-cuit aising.

Usia kandungan pun dah masuk 36 minggu...Anak-anak pun dah tumpangkan jiran pergi dan balik sekolah..So buat rakan-rakan blogger yang rajin singgah-singgah sini doakanlah semoga ummi selamat bersalin nanti dan dipermudahkan segalanya..

Friday, June 24, 2011

Siapakah Judas Sebenarnya?

Assalamualaikum sahabat-sahabat blogger sekalian,

Allhamdulillah tiba lagi hari Jumaat yang barokah. Pagi ni ummi dapat email tittlenya 'Siapakah Judas Sebenarnya' . Oleh itu teman-teman sahabat, dalam dunia yang penuh dengan fitnah sekarang berhati-hatilah kita. Marilah kita sama-sama memantau hiburan yang kita berikan pada anak-anak kita, bukan sahaja anak2, malah diri kita sendiri agar kita tidak disesatkan dalam diam dan agar iman dan akidah kita tetap terpelihara.

Ini adalah coretan email yang ummi dapat dan ingin dikongsi dengan readers semua. Wallahualam.
......................................................................................................................................................................




Dalam Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini kerana atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib dan bukannya Nabi Isa.

Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi.

Pada malam selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis.

Tidak beberapa lama kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah" dalam bahasa Ibrani).

Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.

Dalam kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan, namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang yang mengkhianat RasulNya.

Al-Quran ada menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran)

"dan kerana ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka.

Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)




Ha, Tahukan anda bukan sekadar lagu judas jer syirik. Tapi juga lagu alejandro. Lirik lagu alejandro menganggap tuhan aka Allah sebagai penghalang untuk dia bercinta. MasyaAllah. Ingat la kawan-kawan tiada Allah tiada segala percintaan ok. Lady gaga adalah Dajal sebenar yang kita tunggu. Sanggupkan anda membiarkan anak-anak & kaum keluarga hanyut dengan lirik-lirik lagu yang banyak menghina Islam & Allah?? Budak-budak sekarang pandai nyanyi jerk. Tapi maksud lirik mereka tidak paham sama sekali. Pandai yahudi serang kita guna lagu-lagu pulak..


Antara lagu lagu yang syirik : -

Judas - Lady gaga

Born this way - Lady gaga

Alenjandro - Lady gaga

London brige - Fergie ( Mengisahkan pelacur-pelacur di london )