Wednesday, February 22, 2012

Uji Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum,

Dari hari ke sehari nak makan aiskrim goreng...semenjak mengandungkan Muaz lagi dah teringin nak makan..hari tu waktu first trip to K.Selangor dah dpt rasa kat kedai Ali Maju...emm tak puas sebab rega mahal plus kongsi ngan anak-anak..

So 2 hari lepas Umair (my eldest) cakap ... " Ummi kat depan sekolah ada orang jual aiskrim goreng sedap...." Ummi jawab .." Umair nak ke ? Nanti Ummi buatkan " ..So Ummi pun google resepi aiskrim goreng yg paling simple..

Kulit luar menggunakan roti gardenia..kenapa guna roti gardenia ni ya..roti gardenia ni texture mcm kenyal2 sket so sesuai nak buat apa-apa resepi ala-ala pastry...tapi tak mau menggunakan kulit pastry ...Resepi yang ummi tulis atas pengalaman...tak copy paste dari sumber asal hehe..



Resepi aiskrim goreng :

  1. Roti gardenia ikut suka nak berapa byk..Tapi satu aiskrim goreng guna 2 keping roti sebab kita kena sandwichkan aiskrim tu
  2. Aiskrim - bergantung juga kepada berapa byk nak buat..1 scoop untuk satu aiskrim goreng..ummi takder scoop aiskrim so what I did was using senduk dan bulat2kan antara sudu dan senduk..ikut kreativiti masing-masing ok..
  3. Plastik untuk simpan dalam freezer
  4. Cawan berdiameter 9cm atau apa saja yg sesuai untuk dijadikan acuan - Ummi guna cawan besar ni so sikit jer kulit roti yang perlu dibuang (anyway kulit roti tu boleh recycle buat puding roti mcm yg ummi buat sebelum ni - puding roti .

Cara-cara :

  • Letak sekeping roti di atas permukaan bersih.
  • Scoop aiskrim dan letak atas roti tadi
  • Letak sekeping lagi roti di atas ( tidak perlu ditekan kuat mcm kita buat sandwich) Just put on top dan samakan kedudukan roti di atas dan bawah..roti tu memang akan berada dalam kedudukan terangkat sedikit dek aiskrim tadi.
  • Gunakan cawan atau acuan apa-apa dan letak ditengah-tengah permukaan roti yang ada aiskrim dibawahnya dan tekan cawan tu ke bawah..kemudian buang lebihan kulit roti..angkat cawan perlahan-lahan dan anda akan dapat sebiji roti yang telah bercantum di sekelilingnya dgn filling aiskrim di dalam..dapat bulat cantik jer kalau kulit keliling tu terbuka tekan-tekan dgn jari biar dia terkatup.
  • Masukkan dalam plastik dan simpan dlm freezer utk 3-4 jam atau semalaman
  • Untuk menggoreng pula, panaskan minyak (deep fried) dan masukkan aiskrim yg baru dikeluarkan dari freezer balik-balikkan dan angkat..proses menggoreng ni cepat yer..agak-agak kulit tu dah brownish dah boleh angkat..
nota : aiskrim ni rasanya berbeza dari segi kulit dgn yg dijual direstoran atau frozen food..

Selamat Mencuba..


4 comments:

Inspirasi Sha said...

oh macam sedap je, nak try la gak :)

thanks for sharing

Ummi-Izah said...

sila sila

ank_ayah said...

Salam. Ummi kalau lps da siap tu nk terus goreng bole tk? Atau mmg kena simpan dlm freezer dulu? And ni goreng biasa atau deep fry?

Ummi-Izah said...

salam ank ayah...mmg kena masuk freezer kalo tidak aiskrim tu serap ke kulit roti...aiskrim pulak cair..