Wednesday, February 22, 2012

Uji Resepi Aiskrim Goreng

Assalamualaikum,

Dari hari ke sehari nak makan aiskrim goreng...semenjak mengandungkan Muaz lagi dah teringin nak makan..hari tu waktu first trip to K.Selangor dah dpt rasa kat kedai Ali Maju...emm tak puas sebab rega mahal plus kongsi ngan anak-anak..

So 2 hari lepas Umair (my eldest) cakap ... " Ummi kat depan sekolah ada orang jual aiskrim goreng sedap...." Ummi jawab .." Umair nak ke ? Nanti Ummi buatkan " ..So Ummi pun google resepi aiskrim goreng yg paling simple..

Kulit luar menggunakan roti gardenia..kenapa guna roti gardenia ni ya..roti gardenia ni texture mcm kenyal2 sket so sesuai nak buat apa-apa resepi ala-ala pastry...tapi tak mau menggunakan kulit pastry ...Resepi yang ummi tulis atas pengalaman...tak copy paste dari sumber asal hehe..



Resepi aiskrim goreng :

  1. Roti gardenia ikut suka nak berapa byk..Tapi satu aiskrim goreng guna 2 keping roti sebab kita kena sandwichkan aiskrim tu
  2. Aiskrim - bergantung juga kepada berapa byk nak buat..1 scoop untuk satu aiskrim goreng..ummi takder scoop aiskrim so what I did was using senduk dan bulat2kan antara sudu dan senduk..ikut kreativiti masing-masing ok..
  3. Plastik untuk simpan dalam freezer
  4. Cawan berdiameter 9cm atau apa saja yg sesuai untuk dijadikan acuan - Ummi guna cawan besar ni so sikit jer kulit roti yang perlu dibuang (anyway kulit roti tu boleh recycle buat puding roti mcm yg ummi buat sebelum ni - puding roti .

Cara-cara :

  • Letak sekeping roti di atas permukaan bersih.
  • Scoop aiskrim dan letak atas roti tadi
  • Letak sekeping lagi roti di atas ( tidak perlu ditekan kuat mcm kita buat sandwich) Just put on top dan samakan kedudukan roti di atas dan bawah..roti tu memang akan berada dalam kedudukan terangkat sedikit dek aiskrim tadi.
  • Gunakan cawan atau acuan apa-apa dan letak ditengah-tengah permukaan roti yang ada aiskrim dibawahnya dan tekan cawan tu ke bawah..kemudian buang lebihan kulit roti..angkat cawan perlahan-lahan dan anda akan dapat sebiji roti yang telah bercantum di sekelilingnya dgn filling aiskrim di dalam..dapat bulat cantik jer kalau kulit keliling tu terbuka tekan-tekan dgn jari biar dia terkatup.
  • Masukkan dalam plastik dan simpan dlm freezer utk 3-4 jam atau semalaman
  • Untuk menggoreng pula, panaskan minyak (deep fried) dan masukkan aiskrim yg baru dikeluarkan dari freezer balik-balikkan dan angkat..proses menggoreng ni cepat yer..agak-agak kulit tu dah brownish dah boleh angkat..
nota : aiskrim ni rasanya berbeza dari segi kulit dgn yg dijual direstoran atau frozen food..

Selamat Mencuba..


Thursday, February 16, 2012

Bila Moustoffa ditumbuk!!!

Assalamualaikum,

Mencuri masa untuk meninggalkan entry di diary online untuk kenangan di masa hadapan...

Minggu lepas hari Jumaat balik dari sekolah Muostoffa mengadu yang dia ditumbuk kawannya..mula2 ummi cuak juga, almaklumlah Moustoffa ni jenis yg aktif..mana tahu dia yang provoke budak tu...entah2 dia yang kacau ker..usik ker budak tu sampai budak tu tumbuk dia...then soalan demi soalan ummi ajukan...sampai satu ketika dia mulai menangis..mungkin dek kerana umminya yang meragui ceritanya....ummi mula menaruh kepercayaan bila dia suruh ummi pi Balai Polis buat report pasal budak nih..

Ummi kongsikan cerita ini dengan ayahnya pada malam itu..tapi emmm en. ayah macam biasa jer...almaklumlah dia dulu2 pun nakal juga...tapi  ummi berpendapat perkara ni tidak boleh dipandang remeh..boleh berlaku pada Moustoffa ..boleh jugalah berlaku pada pelajar lain..segarang-garang ummi ni ..tak sanggup nak tengok anak diperlakukan sesuka hati oleh sesiapa kecuali dia betul-betul bersalah..itu pun kena consult ummi dulu..yelah ummi yang mengandungkan ...ummi yang menjaga...ummi yang menyusukan ..ummi yang menyuapkan makan...pakaikan baju...tidak ada campur tangan orang luar dalam mendidik anak-anak...semua dibesarkan didepan mata....maaf yer teremo pulak..

Okay balik pada cerita Papa aka Moustoffa..alhamdulillah hari Sabtu tu ada sekolah ganti...so ummi pun pi ler sekolah ingatkan nak jumpa HEM..tapi HEM cuti..guru penyelia petang pun cuti...yang ada guru besar... since guru besar tengah lunch break...so usaha jugaklah ummi menunggu nak dekat 1/2 jam...bila dpt jumpa guru besar pun kongsilah cerita Moustoffa kepada guru besar..isilah borang aduan..then guru besar akan notified ummi via  phone hasil dari perkembangan siasatan..kalo boleh tak nak terus jumpa guru besar..maklumlah HOD kan..biarlah sub yg settlekan dulu .....lepas jumpa, guru besar bagi green light...apa2 masalah boleh jumpa direct dgn dia...dia lagi suka...ummi pun suka juga senang

Isnin lepas guru besar called, and confirmed budak tu yang bersalah...dan dah diberi warning...macam yang ummi beritahu guru besar...bukan nak jatuhkan hukuman pada budak tu...tapi nak menegur..agar dia tahu perbuatannya salah..agar dia tidak mengulangi kesalahannya...ummi rasa pada peringkat ini lebih baik diberitahu kepada parents budak tu agar pendidikan seterusnya dilakukan secara berterusan di rumah..


 Mata kiri yg bengkak sikit lepas kena tumbuk..alhamdulillah tak serius sangat..tapi sakitlah jugak..kan Paa..sampai nangiskan..

Emmm...ingatkan dah settle rupa-rupanya budak ni satu kelas kafa dgn Moustoffa...semalam dia siap ugut nak bagi tahu abang dia....dialog budak itu " kalo aku bagi tahu abang aku, pecah kepala ko"... hai lah anak kesian ummi dengan budak ni...suasana pembesaran mcm manalah agaknya yang dia lalui..dia tumbuk Moustoffa pun ari tu siap kepit kepala lagi...pengaruh apalah yg anak ini terima sehingga dia berkelakuan begini di usia 7 tahun..biasa tgk dlm tv jer...bila terjumpa betul-betul anak yang ada masalah begini jadi macam satu rasa...inilah realiti dunia yang patut jadi sempadan dan ingatan dlm membesarkan anak-anak...moga Allah bantu kita semua.