Monday, December 16, 2013

Pencarian Penang Street Art 2013 (11 Dec 2013)

Assalamualaikum,

First of all warning! Mind my bahasa rojak okay :-). Now let's continue. Last day in Penang selepas check out kami memulakan pencarian street art di Bandar Georgetown. Hajat yang tertangguh pada hari kedua dek kerana hujan.

I need to record it down here, yelah mana tahu in future nak pi Penang lagi nak penuhkan koleksi gambar street art ni.

Kalau ikut Street Art Map Brochure, kita sepatutnya bermula di Chew Jetty dan berakhir di Jalan Penang Bandar Georgetown or either way. Nota tambahan street art merujuk kepada mural yang dilukis oleh Ernest Zacharevic di dinding bersama props tertentu. Terkini ada juga lukisan mural lain yang dapat kita lihat, it's not from Ernest but from other artist. Contohnya lukisan kucing besar dan Bruce Lee like fighting with a cat. Lukisan kucing ini banyak terdapat di Lebuh Victoria/ Lebuh Gat Armenian dan ini merupakan project 101 Lost Kitten (public funding project for stray animal shelter) . 

Anak Ummi yang hensem tengah berposing..model terpaksa :-)

So if you an art lover you might be enjoying all of it. Disamping street art ini terdapat juga arca besi kartun yang ditempa. Terdapat 24 dari 52 arca kartun yang telah dipasang (ini ikut kata brochure) but when we were there ada 2-3 sculpt baru yg tidak disenaraikan didalam brochure.  



Jangan pijak kami!!!!!
 
Cepatlah gerak korang ni....beratnya....
Ini saja street bergambar yang kami sempat cari..Okay di bawah ini gambar arca-arca besi pula..and somes art here and there.


Merungut Ahmad waktu kami jalan-jalan cari gambar...so kenalah upah ayaq teh ais...coklat bagai..

Di Jalan-jalan dan lorong-lorong Bandar Georgetown memang banyak seni yang menarik. Berjalan kaki atau berbasikal lebih adventure dan menarik.


Setakat ni jelah koleksi kami.. jam pun dah pukul 3pm. Masa untuk balik Rawang.
 Sesiapa yang hendak mencari street art ni kalau tak jumpa maps ker, brochure ker, gps ker janganlah risau...street art ni byk terdapat di Lebuh Armenian, Lebuh Muntri, Lebuh Ah Quee dan beberapa jalan lain. Kalau kita jalan kaki atau berbasikal di antara kedua jalan pasti kita nampak art street ni. Kalau nak cepat pakai GPS, kalau tak berapa nak cepat sedang-sedang boleh download maps yang ini www.tourismpenang.net.my/pdf/street-art-brochure.pdf . (Ini Ummi google yer dah balik Rawang baru jumpa hehe).

Ada juga khidmat sewa basikal di antara jalan-jalan ini tapi Ummi dah lupa jalan mana..maklumlah berjalan dengan anak-anak kecil ni fokus lebih pada anak. Mana tidaknya ada lorong yang kecil satu kereta je bolehlah lalu so bila kereta selisih dgn anak kita yang cuak.

Anyway semoga berjaya kepada yang nak mencari tu..Insya Allah jumpa punya.. Next post adalah Entri 3 hari 2 malam di Penang..

Sunday, December 8, 2013

Pengalaman Bershopping Big Bad Wolf 2013 di MIECC

Assalamualaikum,

Alhamdulillah setelah seminggu bersabar akhirnya kami sekeluarga dapat juga pergi Big Bad Wolf Sales di MIECC, Mines.. sebenarnya kami dah pi MIECC last sunday, balik dari Terry Fox terus ke sana...siap parking semua, tanya punya tanya rupanya belum start lagi... Tapi alhamdulillah yesterday misi shopping buku berjaya walaupun apa yg Ummi cari tak jumpa. Okay kongsi sikit info Big Bad Wolf.. Jualan buku terbesar, dibuka 24 jam sehari bermula dari 6-15 Dec...diskaun buku dari 75%-95% (ini yg paling catchy)  diadakan di MIECC, Mines Seri Kembangan..
 
Posing dulu sebelum masuk dewan.

Tgn tukang amik gambar gegel hehe itu sbb tak sharp gambar ni.
 
 
Bersiap dari pukul 5.30am, around 6.30am kami bertolak dari rumah..sampai Bukit Jalil dalam pukul 8am. Lewat sikit sebab kami berpusing cari rumah makcik En. Ayah..then lepas pick up makcik dan anaknya kami pun terus ke MIECC...cari juga food court mcm tak jumpa pula...rupanya food court di bahagian dalam dewan..itupun jumpa bila dah habis ronda satu round and dah 95% pilih buku..pukul 10am baru nak break...takper-takper buku punya pasal.
 
Banyakkan buku! Dan ramai juga orang..alhamdulillah kami pergi pagi..dah masuk tengah hari nak tolak stroller dan bawa kotak pun susah..bila dah ramai pening nak pilih buku apa. Ni 3/4 dewan jer lagi 1/4 pun banyak dan ramai mcm ni.
Sampai jer situ semua berpecah ikut minat masing-masing...Ummi pun terus pergi section kraf, sebab nak cari buku amigurumi...owh hampanya hati. ... sebuah buku ami pun takder..yang ada hanya satu buku crochet...belilah juga walaupun buku tu basic jer..harga murah. Senang nak buat references.





One thing, I've noticed takder buku rujukan yg dijual..ada tapi hanya general knowledge. Kalau specific mcm buku engineering, medical, accountancy dan yg sewaktu dgnnya pun memang takderlah...yg ada general fiction, novel, art/craft, agama, self help, cookery, travel, manga/ young readers dan pictures. 
 
Walaupun buku yg Ummi nak cari tak jumpa tapi yg paling penting buku untuk anak-anak ada. Range harga yg Ummi beli adalah dari RM2.00-RM12.00. Buku anak-anak saiz besar hardcover harga RM12.00 pada Ummi berbaloi sangatlah kalau beli.

Hasil tangkapan semalam..

Nampak tak kat row belakang gambar kartun kiut miut...itu buku ilustrasi kak Emilia Yusof..kami beli dengan harga RM3.00 setiap satu..kalau ikut retail price yg tercetak belakang buku RM16.00. Berbaloi kan.

Happy sgt Umair sebab mostly buku dia..

So sesiapa yg teringin bolehlah pi BBW. Sales ended on 15 Dec 9pm... .tapi rancang dulu perjalanan anda :-) ..

 
 

 
 
 

Monday, December 2, 2013

Cerita Terry Fox 2013

Assalamualaikum,

Yesterday 1 december 2013..we participated in Terry Fox Run again.. Ini kali kedua. First time was last year.. Bertolak dari rumah pukul 7am...sampai Tasik Titiwangsa dalam pukul 7.35-7.40am.. kami main parking je di parking lot staf istana budaya...dah banyak-banyak kereta semua masuk situ, takut pula kalau depan lagi takda parking pula..kami pun bukan selalu ke tasik ni, so mcm ingat2 lupa berapa jauh tempat parking dengan tempat event..

Boleh tahan juga jauhnya kalau menapak..ini dah kira warm up jugalah..sampai di tempat berkumpul..En. Ayah pergi register di booth company dia..Ambil goodies bag..then tunggu sekejap...then start warm up balik then acara pun bermula. Kami pun lari juga but the other way around...sebabnya belum apa-apa lagi En. Ahmad yg kecik ni dah melecet kaki dek kerana perjalanan yg jauh tempat parking kereta dan tempat berkumpul.

Tapi boleh pulak nak balik ke kereta kami mcm salah jalan...end up kiranya kami dah mcm jalan sama dgn participants yg lain...emmm terpaksa pula mendukung Si Ahmad di belakang. Rasa mcm nak tercabut pinggang. Tapi walaupun kami tak dpt lari sama, but to be there early in the morning and from Rawang rasanya dah cukup untuk kami sama-sama menyokong tujuan larian ini dianjurkan.

Insya Allah kalau tiada aral kami juga akan menyertai mana-mana charity event for the good cause. Selain untuk tujuan yg baik dapat juga mengeratkan hubungan kekeluargaan antara kami dan membentuk nilai-nilai murni pada anak-anak.

My soulmate.. :-)

Ramaikan...all in whites

Hehe tuuu kami di hujung sinun...




Cerita Akhir Tahun 2013 Umair

Assalamualaikum,

Haish...ada perubahan pada blogspot rupanya...ni pasal lama tak updatelah ni sampai ada perubahan pun boleh tak tahu...sign in google under one account emmm..

Sekarang ni dah masuk bulan Dec 2013. Cerita yg nak diberitahu bulan November punya...ish...ish...penangan insta dan fb...update kat sana...sampai malas sgt nak update kat blog...tapi ummi harus abadikan di sini utk kenangan..

 Alhamdulillah tahun depan Umair naik Tahun 4, Moustoffa Tahun 3 dan Ahmad tadika 6 tahun..Tahun ini Umair terpilih untuk menerima hadiah dihari Anugerah Kecermelangan Sekolah untuk satu subjek..Bila dia hulurkan surat jemputan pada Ummi mcm tak percaya pula..maklumlah budak lelaki banyak mainnya dari belajar...Apa-apa pun syukur alhamdulillah..walaupun terima hadiah utk cemerlang subjek saja, moga ini jadi pemangkin kepada dirinya dan contoh pada adik-adik untuk terus berusaha agar lebih berjaya.

Umair, YDP PIBG dan Guru Besar.

Umair, Ummi dan Muaz...Ahmad tukang tangkap gambar...Moustoffa merajuk emmm.






Tuesday, October 22, 2013

New amigurumi try out. Mr. Murasaki's pattern by amigurumei

Assaalamualaikum,

I have been quiet for few months. I did check out few patterns, crocheted some and left unfinished..one of it was minion...emm. ..

 Last week I tried to gain my mood back..and alhamdulillah I finished this cute litte owl..pattern by amigurumei  do check out her website...simple and easy to follow and great for beginner..


New friend to Mr. Murasaki..trying hard to stay awake

Despite of his sleepiness still trying to search a good spot to Zzzzzz

What could be better than this...home sweet home...sleep tight..








http://amigurumei.com/2013/10/09/good-evening-mr-murasaki-free-pattern-included/

Thursday, September 12, 2013

Coretan Memori 3hari 2malam Cherating-Kuala Terengganu-Temerloh 2013

Assalamualaikum,

Emm bersawang lagi blog ni yer..baru nak start kemas-kemas..Bila agaknya nak update entry ke Melaka dan Cameron Highland..??

Takper kita teruskan jelah dgn cerita yg ini...last weekend ummi sekeluarga pergi Cherating..tidur 2 malam di Holiday Villa. Kami ikut Technip Department Trip..Alhamdulillah untung orang yg kerja kat Technip ni tiap-tiap tahun ada trip tapi by department. This year  trip ke Cherating dan Bangkok...En. Suami pilih Cherating sebab tak banyak sgt top up kosnya..

Kami bertolak pagi Jumaat. Plus minus berhenti breakfast...pi toilet..stretching bagai kami tiba di Cherating dalam pukul 12 lebih..Sampai jer dah boleh check in sebab bilik pun dah ready...Masuk jer bilik kami check in di Garden Villa...alamak aii...indah khabar dari nama..tak mcm 5 bintang atau 6 bintang punya hotel..Lebih kurang sama jer dgn De Palma Inn Kuala Selangor yang kami check in last year..Tapi kira De Palma okaylah sepadan dgn bintangnya...anyway bersyukurlah yer company dah cover budget cuma En. Suami kena top up sikit maklumlah anak ramai..

Holiday Villa Cherating.


Check in lepas solat kami terus keluar cari sata...Destinasi pertama Warung Aziz Satar di Kemaman..kalau cari pakai waze sebenarnya warung ni lebih dekat dengan SMK Geliga daripada Masjid Geliga..Nasi semua dah abis...alhamdulillah pagi tadi dah makan nasi lemak so coverlah sikit perut anak-anak..boys memilih pulak tak makan sata...so makanlah sotong dan udang celup...ummi dan ayah nak cuba mee chalong tapi not so tastylah...even sata kat warung ni pun kalau mengikut standard En. Suami so so jer katanya...compared to sata yang kami pernah beli di tepi jalan about 5 years ago..Nak balik bungkus lagi sata 2 cucuk dgn pulut panggang sikit..En. Suami yang kata so so...

Warung Aziz Satar Kemaman.

Ummi belasah je hehe.. tu yang siap tapau...budak-budak lepas swim mesti lapar...haa betul tekaan ummi...kat kedai tak makan...kat bilik sampai berebut sebab lapar punya pasal...About 4pm kami gerak ke Santuari Penyu Cherating...Senang jugalah nak cari santuari ni sebab lokasi bersebalahan club med..Masuk santuari ni free tapi bolehlah derma yer...Dalam perjalanan ada member opis En. Suami whatsapp kata tempat ni tutup pukul 5pm...ooo alhamdulillah sempat lagi nih...Dah habis ronda-ronda..berkaki ayam hingga ke tempat hatchery yang memang terletak berdekatan pantai... kami pun suruhlah anak-anak berposing sikit...angin kuat langit pun dah mendung tandanya hari nak hujan..



Teruja tengok penyu comel.


Ada jual cenderahati penyu kecil-kecil kat sini...ingat satu RM2...tanya-tanya emm RM6 sebiji ..emm telan air liur jer...alhamdulillah pergi KT...kat Pasar Payang kecik ker besor...satu RM2...5 RM10...
Waktu nak balik tanyalah juga sis di kaunter tu pasal pelepasan anak penyu...seekor yang hendak dilepaskan bayarannya RM5...tapi...tapi ada tapi yer...minima pelepasan 10 ekor yer hehe.. okay since malam pertama ada Company Dinner so kami tak bolehlah jalan jauh-jauh takut tak termiss pulak..so kami pun balik hotel...anak-anak semua dah gedik-gedik nak swim...dapatlah boys mandi dalam 1 jam sebelum hujan turun...malam pun hujan...

After Dinner kami pun tak pi mana-mana balik bilik lepak-lepak tido...so pagi-pagi kami nak menuju ke Kuala Terengganu...Plan asal kami nak ronda sekitar Kuantan, Teluk Cempedak dan Taman Gelora jer...tapi En. Suami kata kita ke K.Terengganulah best sikit...Kami pun orait je..

Esok pagi lepas breakfast kat hotel..kami pun headed ke KT...tapi on the way tu pasang niat nak cari nasi dagang original Terengganu...singgah kat 2-3 warung takda yang jaul nasi dagang...ada satu warung tu letak banner nasi dagang...kami pun stop by..hampanya pun takdak jual...alhamdulillah sambal nasi lemak makcik tu sedap buat cover sambal tak sedap kat hotel tadi...

Dalam perjalanan rasanya ada few Pantai yang just pass by...then Ummi suggest suruh Ayah stop by di Pantai Teluk Bidara..ada lighthouse di situ tapi jalan masuk ditutup so tengok jerlah dari jauh yer..Pantai-pantai di Terengganu memang cantik dan bersih...ada juga yang bersampah tapi takderlah sampai menjejaskan pemandangan...Ambil gambar kenangan dan teruskan perjalanan lagi..

Pantai Teluk Bidara Terengganu...kat Melaka Pantai Tanjung Bidara ;-)



Pantai Kelulut Terengganu.

Comei adik...En. Suami yang kabor comei...meme comei pun anak dara Terengganu...di Pasar Payang beli kain batik, pelikat dan keychain jaaa..

Seafood tu makan mlm di Warung Awang Ikan Bakar...Celup Tepung tu di Warung Pok Yie Teluk Ketapang...yang bungkus pakai brown paper tu namanya ceklat niseng...beli kat pam minyak...oghe kampung yang buat katanya.
Kali ini berhenti lagi di Pantai Peranginan Kelulut...posing-posing lagi dan teruskan perjalanan..Alhamdulillah nak dekat zohor kami tiba di Pasar Payang Kuala Terengganu..jamu mata...capai kain batik dan pelikat...dan kami pun gerak semula...kali ini menuju ke Seberang Takir cari ikang celup tepung...sotong...lekor..lupalah nama pantai tu...Pantai Teluk Ketapang kot...solat jamak sekali di surau berdekatan dan headed back to Cherating...dalam perjalanan sampai di Duungun dah mula hujan lebat so lambat sedikit perjalanan kami..ummi suggest kami terus dinner sesampai jer di Cherating nanti.


Wan Fatimah tempat kami singgah beli satar..Jalan Kuala Terengganu-Kuantan....satar sedap memang tak boleh banding dgn satar Aziz Kemaman plus RM4 secucuk.. Singgah juga beli Air Nira dengan makcik yang atas ni En. Suami nak cuba rasa...sebotol yang sejuk RM3.

Banyaknya gerbang di Terengganu...ni sebahagian yang masuk dlm camera...
Okay En. Suami nak makan di Warung Awang Ikan Bakar..ummi just highlight kat En. Suami ada review tak best makan di situ..tapi En. Suami still nak cuba juga..dah terlepas sanggup pusing balik tu...alhamdulillah pusingannya tidak sia-sia...menunggu pun about 1/2 hour...dan makan pun sedap..lepas makan since langit pun dah cerah cantik banyak bintang...Ummi suggest lagi apa kata kita pi tengok kelip-kelip guna service Hafiz...kalau di Cherating ni orang tahulah Hafiz yang paling expert pasal kelip-kelip..

Tengok fireflies....plus bonus dpt tengok light reflection sea plankton dan jelly fish.

Bayaran seorang dewasa RM20 dan kanak-kanak RM10...mahal okey..kata staffnya...next week naik RM5  seorang sebab faktor kenaikan harga minyak..tunggu dalam 1/2 jam sebab boat previous trip belum balik lagi..unloaded then reloaded passenger..then 5 bot bergerak bersama-sama menyusuri sungai cherating..waktu menunggu tu as usual Muaz memang tak boleh duduk diam..asyik terloya. Ummi ingatkan angin ker apa budak ni...ker mabuk naik bot...bukalah cangkuk seluar supaya tak ketat sgt...dlm hati terpikir emm kalaulah tengah-tengah sungai nantu dia melompat-lompat buat bising mcm mana...dahlah bot tu kecik jer...En. Suami naik pun dah bergoyang bot...pikir juga dahlah tak reti berenang...pakai long skirt jer pulak tu...tapi alhamdulillah Ummi tak cancel perjalanan Ummi dan Muaz. Kalau tidak rugi...Dia terloya sebab safety jacket tu mcm stuck kat leher dia..Alhamdulillah jugak dapat control Muaz sepanjang perjalanan menyusuri sungai...

Subhanallah pemandangan memang cantik...mcm tgk lampu kelap-kelip yang orang pasang pulak...cumanya pengalaman ini tidak dapat dirakam menggunakan kamera biasa...hehe itu yang kena rasai sendiri pengalaman tu....biasanya Hafiz boleh panggil kelip-kelip tu datang kepada kami tapi disebabkan air pasang...katanya banyak plankton dan jelly fish so banyak cahaya di permukaan air...kelip-kelip keliru...hehe...tapi kami ni kira dapat bonus jugak kot...dapat tengok light reflection (tak surelah apa terma sebenar fenomena ni)...kalau tiada pergerakan pada permukaan air kami cuma nampak air yang gelap saja...tapi bila dikocak kami nampak kebiru-biruan pd permukaan air...paling cantik bila tgk bawah bot yang bergerak dan air yang terpercik di permukaan...mcm tgk bintang berkerlipan...bezanya kami merenung di air bukan di langit...Tamat aktiviti pada hari kedua..

Tengok sunrise and main pasir sikit-sikit...

Kami dah janji dengan anak-anak hari ke 3 hari main air sebelum check out...pagi lepas subuh kami terus ke pantai depan villa...tengok sunrise tapi tak berapa nampak dari lokasi villa...then strolling along the beach...terus breakfast...

After breakfast apalagi ceburrrr time dalam pool..then kami pi sat ke pantai main pasir ...main ombak...tak puas main...En. Suami sudah panggil balik..

Kami check out pukul 12pm...then gerak menuju ke Kuantan...pusing sat kat Kuantan then terus headed to Temerloh...nak rasa Ikan Patin Tempoyak yang disebut-sebut orang...mmg sedap ikan patinnya...tak hanyir..gerai ni di Terminal Bas Lama Temerloh.. berdepan sungai ...gerai hujung sekali...satu lagi yang sedap pucuk ubi gulai tempoyak campur kerdas...hehe...lepas makan ...solat kat masjid.. kami gerak balik ke Rawang..


Patin Tempoyak Temerloh.
Alhamdulillah...alhamdulillah...syukur diberi kesempatan ke negeri orang..bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengalaman....


Satu famili...

Wednesday, July 10, 2013

Front Post Double Crochet (FPDC) & Back Post Double Crochet (BPDC)

Assalamualaikum,

 Salam 1 ramadhan. Hari ini Ummi nak share tutorial FPDC dan BPDC. I have been browsing through google and found few. Unfortunately it is not as easy as I thought.. But tutorial made by Sara from My Merry Messy Life is the easiest and I can simply understood the instructions. 

All the pictures and words copied from My Merry Messy Life  none are mine. All the credits should goes to her and thanks Sara. I am compiling it here for my easy reference so I don't have to waste time browsing and keep forgeting which the easiest link to follow :-).

Front Post Double Crochet


Some of the pictures have been cropped and words not allign due to apps I've used.


 Back Post Double Crochet



Enough for me to follow :-). If you feel lost than you should refer to youtube tutorial (^_^)v.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadan 1434H/2013

Salam ramadan dari kami sekeluarga.



 Ummi Izah







Monday, July 1, 2013

Amigurumi : Elephant and Ironman

Assalamualaikum,

Lama betul ummi tak update blog yer. Rajinnya hanya mengupdate fb..kenapa malas yer...hemmm malas nak duduk depan pc..ni pon tak pakai pc..edit2 gambar semua pakai android apps. .. tak dpt letak watermark sebab gambar oversize pulak walaupun dah resize hemm...hopefully takder yg copy my pictures without my consent yer...

Okay tahun ni rasanya mmg craft concentration hanya pada crochet atau kait jarum satu..dan lebih menumpu kepada amigurumi...

So ini yg terbaru ummi buat...elephant ni amigurumi double crochet pertama yg buat..credit goes to Jam made . Project ni started before teacher's day...then I had to stop sebab nak buat crochet frame...semua dah settle barulah sambung balik projek terbengkalai...

Muaz mmg suka elephant tapi bila bawa pergi zoo tengok live takut...Muaz tak boleh sebut elephant, dia sebut elleboo...so ummi namakan ami ni Mr. Elleboo...

Mr. Elleboo...biggest amigurumi so far I've made..isn't he cute?

As a mother, you will satisfied if you could give something to your children made by yourself..don't you?


Next is my little ironman. This one made special as Moustoffa birthday's gift.. 8 tahun dah anak ummi ni.. orait pattern from Little Yarn Friend  . Sepanjang ummi buat amigurumi, rasanya ami yg kecik2 ni, walaupun tempoh buat tak selama yg besar tapi cabarannya waktu assemble..sebab dia kecik, jari kita besar alahai...tensi juga kekadang...anyway alhamdulillah semua dpt diatasi..

Little ironman...Moustoffa gambar tengah..Ahmad gambar kanan pegang-pegang jerlah.

Jangan main-main ada car collection juga tau sama macam Tony :-)




Tuesday, May 14, 2013

Crochet Frame Teacher's Day.

Assalamualaikum,

Nak dijadikan cerita Ummi buat crochet frame ni utk ready made sale...Then hari Isnin, Umair bg tahu celebration at school hari  Khamis ni...bajet baik ingatkan byk masa lagi sebab 2 tahun sebelum ni, sekolah akan buat sambutan seminggu atau dua minggu selepas 16 Mei 2012. Tambah panik bila jumpa ustazah KAFA, dia bagi tahu sekolah KAFA buat sambutan hari Jumaat.

So no choice terpaksa mendahulukan apa yg dah siap utk guru-guru anak-anak tersayang. Crochet pun amik masa juga. Melainkan kalau org tu tak buat kerja lain.. Ummi ni beranak empat paham jelah.

Crochet frame ni inspired from Lola Nova..but I've changed the flower edge pattern...ummi ni jenis tak suka buat benda sama few times...cepat bosan and suka try
and error...walaupun still lagi dlm kategori beginner :-). Rasanya ada 3-4 changes from the original pattern yg ummi buat.

So enjoy the pictures...and to all teachers out there especially cikgu-cikgu, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah to my boys Umair dan Moustoffa from Sk Tmn Desa 2 dan KAFA Al-Furqan BCH... we wish Selamat Hari Guru.. Terima kasih atas jasamu dlm mendidik anak-anak kami.

Biru turquoise tu percubaan pertama then follow by red apple. Then start boring dah :-)

Setakat mlm ni...cuba menyiapkan lagi 5. .wish me luck.
 Boleh juga dijadikan home decor (frame only) sapa nak tempah you may email me. Price is reasonable depending on the flower edge pattern.









Wednesday, May 1, 2013

Pemenang GA Anniversary ke 4 Blog Cerita Ummchak

Assalamualaikum,

Tahniah buat pemenang dan silalah contact ummi utk address and etc yer...thank you again to all bloggers yang sudi join, jangan sedih-sedih.... and insya allah ada rezeki kita buat GA lagi...


Ummi minta Ahmad anak bertuah ni yang buat cabutan...



Pemenang pertama blogger no 18...siapa dia yer? sila scroll bawah dan check...

1. http://arunahakirah.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
2. http://xeerazara.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
3. http://akucintakantuhanku.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
4. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
5. http://syaza-applemints.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
6. http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
7. http://www.nurdzafirah.my/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
8. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
9. http://waniwisy.blogspot.com/2013/04/19-cerita-ummchak-giveaway.html
10. http://misssimple30.blogspot.com/2013/04/blog-annivesary-and-giveaway-dr-ummi.html
11. http://sikechekmessy.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
12. http://www.syuhadasalleh.my/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
13. http://dunianuranisamar.blogspot.com/2013/04/cerita-ummchak-giveaway.html
14. http://ohthrillers.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
15. http://blogmenang.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
16. http://nufina91.blogspot.com/2013/04/cerita-ummchak-giveaway.html
17. http://lalazarryn.blogspot.com/2013/04/cerita-ummchak-giveaway.html
18. http://ilovecontestandgiveaway.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
19. http://mininominomi.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
20. http://www.cikfie.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
21. http://theberyylicious.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
22. http://miszfarahanis.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
23. http://cikarinasukataip.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
24. http://muylovelymelody.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway-by.html
25. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-dan-giveaway.html
26. http://fafazukri.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
27. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
28. http://nurdayanasofeamohamad.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
29. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
30. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
31. http://lurvecekelat.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
31. http://vipdreamland.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
32. http://alia-manis.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
33. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
34. http://belladsecret.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
35. http://izad-mohd.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
36. http://1blogbacklinks.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
37. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html

Tahniah sekali lagi...and selalulah jenguk-jenguk sini lagi... :-)

Tuesday, April 30, 2013

Senarai Nama Bloggers Yg Join GA Anniversary ke 4 Cerita Ummchak


Assalamualaikum,

Ini adalah senarai penyertaan bloggers yg sudi join GA Ummi :

1. http://arunahakirah.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
2. http://xeerazara.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
3. http://akucintakantuhanku.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
4. http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
5. http://syaza-applemints.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
6. http://budakpendekberblogging.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
7. http://www.nurdzafirah.my/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
8. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
9. http://waniwisy.blogspot.com/2013/04/19-cerita-ummchak-giveaway.html
10. http://misssimple30.blogspot.com/2013/04/blog-annivesary-and-giveaway-dr-ummi.html
11. http://sikechekmessy.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
12. http://www.syuhadasalleh.my/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
13. http://dunianuranisamar.blogspot.com/2013/04/cerita-ummchak-giveaway.html
14. http://ohthrillers.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
15. http://blogmenang.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
16. http://nufina91.blogspot.com/2013/04/cerita-ummchak-giveaway.html
17. http://lalazarryn.blogspot.com/2013/04/cerita-ummchak-giveaway.html
18. http://ilovecontestandgiveaway.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
19. http://mininominomi.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
20. http://www.cikfie.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
21. http://theberyylicious.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
22. http://miszfarahanis.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
23. http://cikarinasukataip.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
24. http://muylovelymelody.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway-by.html
25. http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-dan-giveaway.html
26. http://fafazukri.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
27. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
28. http://nurdayanasofeamohamad.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
29. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
30. http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
31. http://lurvecekelat.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
31. http://vipdreamland.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
32. http://alia-manis.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
33. http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
34. http://belladsecret.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
35. http://izad-mohd.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
36. http://1blogbacklinks.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html
37. http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/04/blog-anniversary-and-giveaway.html


Insya allah tidak ada yg tertinggal yer...and insya allah kalau tidak aral esok kita cabut undi.. :-)

Saturday, April 27, 2013

Tamat sudah GA dan cerita ulars...

Assalamualaikum,

Semalam adalah tarikh tutup penyertaan giveaway anniversary blog ummchak... Alhamdullilah penyertaan menggalakkan. Ummi akan umumkan pemenang GA dalam tempoh seminggu ni ya...so diharap semua dpt bersabar..

Ummi ingatkan nak compile semua nama blogger hari tapi disebabkan oleh makhluk Allah yg datang tanpa diundang ke rumah Ummi, plus penat sbb hari ini anak-anak sekolah ganti so terpaksalah ditangguhkan dulu ya..

Ni dia 2 makhluk tu...tak perasan ada 2 ekor...elok ja amik gambar amik video..dia berbelit baru nampak 2...so moral of the story jgn terus tgk di lensa kamera...tgk ngan mata betul2 ...pastikan betul-betul selamat barulah nak amik gambar bagai...alhamdulillah takder perkara buruk yg berlaku....sempat jugak ummi sembur ridsect...tu yg dia turun meluru ke arah ummi...then patah balik then...ke arah ummi semula dan terus ke laman menuju longkang...ni kali ke 2... baru semalam jiran setaman call bomba sebab ular tedung dewasa...tapi tak dpt tangkap lari masuk longkang.
Yelah rumah tepi hutan semak...so mmg ada ularlah kan...satu lagi sebab makanannya ada...perlu atau tidak ummi buang semua pokok-pokok hiasan plus pokok pisang...yelah tempat katak suka duduk...tgk yg ni pun tgh makan katak...





Cerita yg dewasa pulak...emm 2 bulan lepas ditinggalkan kulitnya...



Monday, April 8, 2013

Blog Anniversary and Giveaway

Assalamualaikum,

Diam tak diam bulan April  ini genap 4 tahun blog Cerita Ummchak...blog tempat Ummi berkongsi pasal anak-anak, pasal keluarga, cerita jalan-jalan, kadang-kadang resepi pun ada dan yang terutamanya hobi Ummi yang berkaitan dengan kraf..

Bermula dengan membuat custom made pencil case...beg and keychains and latest is amigurumi...

So far Ummi tak pernah buat giveaway, tapi laa ni rasa mcm nak buat giveaway...itu pun kalo ada penyertaanlah yer..

Hadiahnya haa ni Cik Kitty Ballerina yang dah siap pun...




Cara Penyertaan :

1. Save as gambar di bawah tolong jgn link yer (tengkiu) dan post ke entry blog anda..
2. Jadi follower di blog Ummi dan instagram Ummi (ummchak)
3. Komenkan penyertaan anda serta link entry di ruangan komen di bawah dan juga insta username anda just utk verification.



Simple as it is..


# Info tambahan pemenang akan dipilih secara rawak dan senarai penyertaan akan ummi keluarkan selepas tarikh tutup penyertaan.


Tarikh tutup adalah pada 26 April 2013.