Monday, December 2, 2013

Cerita Akhir Tahun 2013 Umair

Assalamualaikum,

Haish...ada perubahan pada blogspot rupanya...ni pasal lama tak updatelah ni sampai ada perubahan pun boleh tak tahu...sign in google under one account emmm..

Sekarang ni dah masuk bulan Dec 2013. Cerita yg nak diberitahu bulan November punya...ish...ish...penangan insta dan fb...update kat sana...sampai malas sgt nak update kat blog...tapi ummi harus abadikan di sini utk kenangan..

 Alhamdulillah tahun depan Umair naik Tahun 4, Moustoffa Tahun 3 dan Ahmad tadika 6 tahun..Tahun ini Umair terpilih untuk menerima hadiah dihari Anugerah Kecermelangan Sekolah untuk satu subjek..Bila dia hulurkan surat jemputan pada Ummi mcm tak percaya pula..maklumlah budak lelaki banyak mainnya dari belajar...Apa-apa pun syukur alhamdulillah..walaupun terima hadiah utk cemerlang subjek saja, moga ini jadi pemangkin kepada dirinya dan contoh pada adik-adik untuk terus berusaha agar lebih berjaya.

Umair, YDP PIBG dan Guru Besar.

Umair, Ummi dan Muaz...Ahmad tukang tangkap gambar...Moustoffa merajuk emmm.






No comments: