Monday, December 16, 2013

Pencarian Penang Street Art 2013 (11 Dec 2013)

Assalamualaikum,

First of all warning! Mind my bahasa rojak okay :-). Now let's continue. Last day in Penang selepas check out kami memulakan pencarian street art di Bandar Georgetown. Hajat yang tertangguh pada hari kedua dek kerana hujan.

I need to record it down here, yelah mana tahu in future nak pi Penang lagi nak penuhkan koleksi gambar street art ni.

Kalau ikut Street Art Map Brochure, kita sepatutnya bermula di Chew Jetty dan berakhir di Jalan Penang Bandar Georgetown or either way. Nota tambahan street art merujuk kepada mural yang dilukis oleh Ernest Zacharevic di dinding bersama props tertentu. Terkini ada juga lukisan mural lain yang dapat kita lihat, it's not from Ernest but from other artist. Contohnya lukisan kucing besar dan Bruce Lee like fighting with a cat. Lukisan kucing ini banyak terdapat di Lebuh Victoria/ Lebuh Gat Armenian dan ini merupakan project 101 Lost Kitten (public funding project for stray animal shelter) . 

Anak Ummi yang hensem tengah berposing..model terpaksa :-)

So if you an art lover you might be enjoying all of it. Disamping street art ini terdapat juga arca besi kartun yang ditempa. Terdapat 24 dari 52 arca kartun yang telah dipasang (ini ikut kata brochure) but when we were there ada 2-3 sculpt baru yg tidak disenaraikan didalam brochure.  



Jangan pijak kami!!!!!
 
Cepatlah gerak korang ni....beratnya....
Ini saja street bergambar yang kami sempat cari..Okay di bawah ini gambar arca-arca besi pula..and somes art here and there.


Merungut Ahmad waktu kami jalan-jalan cari gambar...so kenalah upah ayaq teh ais...coklat bagai..

Di Jalan-jalan dan lorong-lorong Bandar Georgetown memang banyak seni yang menarik. Berjalan kaki atau berbasikal lebih adventure dan menarik.


Setakat ni jelah koleksi kami.. jam pun dah pukul 3pm. Masa untuk balik Rawang.
 Sesiapa yang hendak mencari street art ni kalau tak jumpa maps ker, brochure ker, gps ker janganlah risau...street art ni byk terdapat di Lebuh Armenian, Lebuh Muntri, Lebuh Ah Quee dan beberapa jalan lain. Kalau kita jalan kaki atau berbasikal di antara kedua jalan pasti kita nampak art street ni. Kalau nak cepat pakai GPS, kalau tak berapa nak cepat sedang-sedang boleh download maps yang ini www.tourismpenang.net.my/pdf/street-art-brochure.pdf . (Ini Ummi google yer dah balik Rawang baru jumpa hehe).

Ada juga khidmat sewa basikal di antara jalan-jalan ini tapi Ummi dah lupa jalan mana..maklumlah berjalan dengan anak-anak kecil ni fokus lebih pada anak. Mana tidaknya ada lorong yang kecil satu kereta je bolehlah lalu so bila kereta selisih dgn anak kita yang cuak.

Anyway semoga berjaya kepada yang nak mencari tu..Insya Allah jumpa punya.. Next post adalah Entri 3 hari 2 malam di Penang..

2 comments:

Yati said...

Yati baru pergi hari tu tempat ni. Tapi pergi 9 hb. :)

Ummi-Izah said...

hehe. ..9hb dah ada kat penang tapi belum cari street art..