Sunday, July 6, 2014

Crocheted Sling Clutch

Assalamualaikum,

Hampir berbulan-bulan baru Ummi dapat menyiapkan crocheted sling clutch ni. Buat pun masa free time, masa tengah ada mood nak mengait, so no wonder took a lots of time to finish. Ummi suka mengait tapi tangan kanan tak boleh force sangat nanti sakit bahu. Buatlah dengan perlahan-lahan ye.


Crocheted sling clutch ni hasil inspirasi dari easy peasy crochet bag. Boleh jengok sini ya http://laughingpurplegoldfish.blogspot.com/2008/08/easy-peasy-crochet-bag.html. Senang jugalah membuatnya sebab cuma pakai single crochet. Tapi handle tu ummi guna double crochet. Paten asal beg ini sedikit kecil tapi besar kot pada pencipta yang asal sebab beliau menggunakan yarn dan hook yg lebih besar. Tapi ummi cuma ada light weight yarn dah combine 3 pun consider masih nipis. So ummi adjust sikit panjang, lebar dan tinggi beg ikut kesesuaian ummi. Begitu juga dengan handle. Itu yg seronoknya kalau buat sendiri, semua ikut apa yg kita suka. 



Bunga Daisy pula adalah hasil inspirasi dari http://www.repeatcrafterme.com/2014/04/daisy-flower-crochet-pattern.html .  Ada 2 jenis paten yang diberi satu 6 petals dan satu lagi 12 petals. Paten menggunakan kaitan SC, DC, HDC dan TR. So gigihlah cari tutorial untuk DC, HDC dan TR. Bila dah lama tak buat lupa. 3 kali kait. Then Ummi rasa 10 petals paling sesuai dengan besar beg ummi. Derhaka lagi. Percubaan pertama pakai 1 ply yarn saja..Guna paten 6 petals tapi jadi 5 petals saja haha. Emm tak cantik kecil sangat. Percubaan kedua guna paten 12 petals. Bolehlah tapi halus sangat juga then hujung dah start curl. Percubaan ketiga guna double yarn hook besar saiz 3.5mm. Buat 10 petals.  Baru puas hati dan jadilah macam bunga di atas.

Alhamdulillah berpuas hati dengan hasil kaitan ini. Next time bila nak beg baru buat lagi. Ummi jarang beli beg. Kebanyakannya buat sendiri. Semoga kerajinan itu sentiasa ada kalau nak buat beg baru lagi :-) .









4 comments:

lia said...

cantik la beg ni ummi...guna benang apa tu ye?cantik sgt warna dia...best kan pandai buat beg sendiri...tak payah beli beg dah...he2...

Ummi-Izah said...

terima kasih lia..benang ni ummi beli dari cotton house online store di fb..lupa pulak jenis benang tapi kaler benang memang berbelang-belang mcm tu..tapi ummi double 3 utk body base..bila dah jadi baru nampak corak celoreng tu..hehe mmg tak payah beli..cuma antara rajin dgn tidak saja nak buat beg sendiri :-)..anyway thanks sudi singgah dan komen

shas said...

Cantik beg tu. Shas pun pernah beli benang from cotton house store tu.. suka sgt choices yg ada.

shashandmade.blogspot.com
madebyshas.blogspot.com

Ummi-Izah said...

Tq sha