Monday, October 27, 2014

Amigurumi : Pudgy Pencil Try Out and Fishing Story

Assalamualaikum..

Mencuba paten kait  Josephine Wu dari A Morning Cup of Jo. Ummi kait amigurumi comel ni utk birthday anak jiran ummi. 

Semoga Syafiqah suka..acik dah lama tak mengait..tangan acik sakit..mungkin sakit siku tennis..tapi acik tak pi cek kat doktor..cuma baca simptomnya di internet..tapi bila dah start mengait emm datanglah gian tu balik. 

Comei tak saya..anak-anak dah request nak sorang satu..


Dalam beberapa bulan kebelakangan ni pun hobi dah bertukar dpd mengait kepada memancing. Kalau weekend selalulah kami sekeluarga pi mancing ikan puyu ke..haruan ke di parit Jalan Bukit Badong Ijok..kalau nampak sekeluarga naik ezora putih mancing tepi parit Ijok kamilah tu..tapi starting next months onwards for a period of 9 months mungkin tiada atau jarang kot aktiviti memancing ni..husband posting JB..so ummi anak beranak je di Rawang...weekend pun tak sama..Johor off day Friday & Saturday..semoga Allah beri ummi dan husband kekuatan untuk menempuh cabaran baru ni..

Ni gambar fresh..semalam punya cerita..memancing di Kolam Siakap RM3 di Jugra Lama Banting..For records Umair dah ada lesen puyu dan siakap..Moustoffa dah ada lesen puyu, haruan dan siakap..Ahmad pula dah ada lesen puyu dan haruan..adik Muaz pun syiok semalam ayah bagi dis pegang rod alih-alih ada ikan sangkut so adik pun ala-ala dpt lesen siakap juga :-) .. Ummi baru ada lesen puyu je :-p .



 



No comments: