Sunday, April 6, 2014

Selamat Hari Lahir Umair - 10 Tahun

Assalamualaikum,

Lama tak update blog..

Hari ini genap usia anak sulung Ummi iaitu Umair 10 Tahun. Ummi, Ayah dan adik-adik doakan Umair semoga menjadi anak yg soleh berjaya dunia dan akhirat. Perbaiki akhlak hiasi peribadi. Semoga menjadi contoh terbaik buat adik-adik. Paling penting jaga solat.


Ummi tempah kek dengan jiran setaman..Tema JDT sebab Umair peminat JDT..dialah satu-satunya anak ummi yg lahir di Johor..Terkejut dia dan speechless bila tgk kek deco mcm ni :-).



Ummi dan ayah bawa anak-anak ke taman untuk raikan harijadi abang sambil main layang-layang, tapi angin takda nak naikkan layang-layang so kami gantikan dengan bubbles :-)