Friday, October 31, 2014

Hello Kitty Crochet Book by Amigurumei Malaysia

Assalamualaikum.,

 Sapa yang tak suka hello kitty kan...watak  Sanrio....susah rasanya nak dapatkan pattern hello kitty..kalau ada pun di internet dlm bentuk diagram..kalau pandai bolehlah bacalah...tapi ummi tak berapa pandai baca diagram..simple diagram utk amineko bolehlah sbb dia bulat...kalo yg oval ni selalu fail...dulu waktu ummi baru-baru nak belajar amigurumi punyalah susah nak cari buku amigurumi ..yang ada pun yang biasa-biasa yang tak berapa cute..Kinokuniya..Borders...Excess semua tak byk collection amigurumi especially ciptaan orang Jepun..now grab this chance..buku crochet Hello Kitty yang comel serta beberapa watak Sanrio yang lain..

Buku ditulis oleh Lee Mei Li  atau dikalangan pengait digelar Amigurumei..even blog Amigurumei pun ada di Craftzone ni..well known internationally..

 Buku crochet Hello Kitty dijual secara ekslusif    di Kinokuniya, Suria KLCC atau boleh juga beli melalui amazon. Tapi dah ada di bookstore baik beli kat bookstore je kan..tak perlu nak tunggu lama lagi.

 Credit goes to Amigurumei's Instagram for all the pictures below..

The book.


Cute amigurumis by Mei

Don't forget to meet Mei on 9 Nov at Kinokuniya

 Sharing is caring.. :-)















Monday, October 27, 2014

Amigurumi : Pudgy Pencil Try Out and Fishing Story

Assalamualaikum..

Mencuba paten kait  Josephine Wu dari A Morning Cup of Jo. Ummi kait amigurumi comel ni utk birthday anak jiran ummi. 

Semoga Syafiqah suka..acik dah lama tak mengait..tangan acik sakit..mungkin sakit siku tennis..tapi acik tak pi cek kat doktor..cuma baca simptomnya di internet..tapi bila dah start mengait emm datanglah gian tu balik. 

Comei tak saya..anak-anak dah request nak sorang satu..


Dalam beberapa bulan kebelakangan ni pun hobi dah bertukar dpd mengait kepada memancing. Kalau weekend selalulah kami sekeluarga pi mancing ikan puyu ke..haruan ke di parit Jalan Bukit Badong Ijok..kalau nampak sekeluarga naik ezora putih mancing tepi parit Ijok kamilah tu..tapi starting next months onwards for a period of 9 months mungkin tiada atau jarang kot aktiviti memancing ni..husband posting JB..so ummi anak beranak je di Rawang...weekend pun tak sama..Johor off day Friday & Saturday..semoga Allah beri ummi dan husband kekuatan untuk menempuh cabaran baru ni..

Ni gambar fresh..semalam punya cerita..memancing di Kolam Siakap RM3 di Jugra Lama Banting..For records Umair dah ada lesen puyu dan siakap..Moustoffa dah ada lesen puyu, haruan dan siakap..Ahmad pula dah ada lesen puyu dan haruan..adik Muaz pun syiok semalam ayah bagi dis pegang rod alih-alih ada ikan sangkut so adik pun ala-ala dpt lesen siakap juga :-) .. Ummi baru ada lesen puyu je :-p .