Wednesday, June 24, 2015

Selamat Hari Lahir Moustoffa - 24/6/2015 (10 Tahun)

Assalamualaikum,


Hari ni genap 10 tahun umur anak Ummi Moustoffa. Semoga menjadi anak yang soleh yang menyejukkan hati Ummi dan Ayah. Jangan gembeng-gembeng lagi...dah besar heee.

Dari kecil sampailah sekarang.


Ummi ingat lagi waktu nak melahirkan Moustoffa. Keluar tanda darah awal pagi. Kemudian ayah pun hantar Ummi ke Hospital Kuala Kubu Bharu. Tapi ayah tak boleh tunggu sebab tiada sesiapa nak jaga Abang Umair waktu tu. Abang Umair pun baru umur 1 tahun lebih. So since dah keluar tanda ummi pun kenalah tahan kat wad. Dalam pukul 12mlm lebih dah start rasa contraction dah alhamdulillah pukul 1.25am tanggal 24 Jun 2005 lahirlah Moustoffa ke dunia. Tapi ayah cuma dapat tengok esok pagi..so ummilah yg azankan dulu Moustoffa sebelum ayah azankan esok paginya. Moustoffa atau panggilan manja dari ummi Papa adalah seorang anak yg baik..tapi selalu juga buat darah ummi naik hihi. Satu-satunya anak ummi yang fully bf sampai cukup umur dan tak sambung dengan susu formula. Ummi doakan kejayaan anak-anak ummi semua.




No comments: