Thursday, November 12, 2015

Sukan Sekolah Umair dan Moustoffa 2015

Assalamualaikum,

7 November lalu, Ummi pergi sekolah Abang Umair dan Abang Moustoffa. Dua-dua menyertai pertandingan perbarisan. Abg Umair mewakili Rumah Kuning (Tun Mahathir) dan Abg Moustoffa Rumah Merah (Tun Hussein Onn). So since Abg Umair pernah tanya maknya kenapa tak pernah tengok dia bersukan setiap tahun, so maknya pun dgn ikhlas hati pergi ke sekolah sebagai tanda sokongan kepada abang berdua tu. Biasanya tak pergi sebab kena bawa adik Muaz.

Adik Muaz ni jenis yang tak boleh sit still. Mau dia join sekali berlari tengah padang. Tapi hari tu Ummi suruh adik ikut ayah pergi majlis nikah sepupunya. So dapatlah ummi spend time dgn big brothers dan berehat menenangkan fikiran. Haha utk surirumah mcm ummi pergi tgk anak sukan pun boleh distressed. Mcm lawak je bunyi but its working for me. Kat padang u boleh jerit bagi sokongan so distressed lah tu kan. 

Tema rumah kuning - Koboi. Nampak tak Abg Umair sebelah pemegang bendera yg angkat peace sign tu.

Waktu ni team dia yg last sekali keluar dari changing room. Katanya cikgu siap sewa kostum. Ummi suruh dia pandang Ummi, tapi malulah pula.

No 2 dari depan yang buat muka tu Abg Moustoffa. Dia pun malu bila nak amik gambar.

Rumah Merah temanya Angry Bird. Tapi Rumah Merah dapat tempat terakhir. Cuba lagi di masa akan datang ya.

Rumah Biru temanya Burung Merak. Saingan utama kepada Rumah Kuning.

Cikgu-cikgu Rumah Kuning pun ambil kesempatan mengabadikan kenangan dlm lensa kamera dengan maskot kuda rumah pasukan.

Diumumkan sebagai Juara Perbarisan Sukan 2015. Berbaloi latihan pagi petang. Tahniah kepada guru yang melatih dan komitmen para peserta yang pastinya menyumbang kpd kejayaan pasukan. Patut pun rumah kuning menang sebab selain dari kostum yang menarik, langkah atur ketika perbarisan juga seragam di samping persembahan formasi tambahan (yg ini mmg kredit betullah sbb rumah lain takda formasi mcm ni).  Selain dari menjuarai pertandingan perbarisan rumah kuning sekali lagi menjadi johan keseluruhan sukan pada tahun ini.


Ummi dah pesan pada abang-abang, next year kalau nak join lagi perbarisan pun boleh selagi tidak terkena dengan tarikh penting peperiksaan. Almaklumlah next year Abg Umair ada exam UPSR. Abg Moustoffa ada exam UPKK.

No comments: