Tuesday, February 24, 2015

Selamat Hari Lahir yg 7 [Ahmad Faiq Ghazi ]

Assalamualaikum,

7 tahun yang lepas pada tarikh ini..pada saat ini, dalam keadaan gelisah dan cemas ayah bawa ummi ke hospital. Tanda darah keluar semenjak malam lagi...sakit datang sekali sekala..selepas subuh sakit datang semakin kerap.

Perjalanan dari Bukit Sentosa ke Hospital Sg.Buloh dirasakan lambat sekali. Namun melintasi R&R Rawang arah Selatan air ketuban ummi pecah..Ummi hampir melahirkan kamu dalam kereta, tetapi kuasa Allah dan takdirnya menentukan kamu akan lahir di hospital juga.

Lahir dengan berat 2.8kg...yang paling ringan di antara abang-abangmu dan adikmu. Kami namakan kamu Ahmad Faiq Ghazi Bin Amirulshakir.... BARAKALLAH FII UMRIK...semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh...memperjuangkan agamamu sesuai dengan namamu Ghazi yang bermaksud pejuang..Kami sayang kamu Ahmad....

Anak-anak semakin membesar...kita semakin tua.