Tuesday, June 7, 2016

Bonda Mengidap Kanser Rahim!!!

Assalamualaikum,

Sepatutnya ummi update lebih awal cerita ini, tetapi atas asbab kekangan masa baru hari ini nak update.

Bulan March yang lepas Bonda Ummi admitted hospital. Seminggu sebelum masuk hospital ummi ada belikan pad Hai-O sebab bonda sering mengadu perutnya sakit sedikit dan ada discaj berbau. So memandangkan Bonda tak mahu ke hospital, ummi pun usahakan cara alternatif. Dalam tempoh tu bonda telefon ummi 2-3 kali mengadu pinggang dan perutnya bertambah sakit. Ummi pun consult dgn penjual pad tu. Beliau nasihatkan supaya terus memakai dan tampal pad tu di bahagian pinggang untuk mengurangkan kesakitan. Beliau juga bagi tahu ummi untuk permulaan memang akan rasa sakit sangat mungkin sebab masalah yang dihidapi. Ummi pun suruh bonda buat seperti yang disarankan. Tapi Bonda call katanya tak tahan dengan kesakitan tu. Bukan setakat sakit pinggang, Bonda mula loya dan muntah-muntah. Makan sikit je muntah.

Bonda call Ummi lagi. Ummi nasihatkan Bonda mendapatkan rawatan di Hospital. Tapi ayahanda pula berkeras. So dia hantar Bonda  ke Klinik Kesihatan sahaja dan dapatkan rawatan. Suspect gastrik!!. So masuk air dan cucuk. Lepas masuk air dan cucuk ubat legalah sikit kesakitan Bonda. So bila dah baik sikit Bonda pun pulang ke rumah. Tapi muntah dan loya akan berulang di sebelah malam. Perkara ni berulang selama 3 hari. 29 March tgh malam dpt mesej dari adik kata Bonda dah masuk Zon Kuning Hospital Muar. Malam tu Ummi packing barang dan kami sekeluarga bertolak sebelum subuh. 

Ada 2 saluran terpasang satu di hidung satu beg air kencing. Satu lagi IV Drip sebab tak boleh makan.



Sampai Hospital Ummi terus bergegas ke wad Surgical. Sedih tengok keadaan Bonda yang lemah. 30 March tu kira banyak ujian perubatan yang Bonda kena lalui bagi mengenal pasti punca masalah sebenar. Bonda kena buat endoskopi. Sakit katanya kena telan camera fiber optik. Keputusan yang diperolehi ialah terdapat luka dalam usus Bonda. Kemudian Bonda  menjalani ujian CT Scan. Keputusannya rahim nampak membesar. Rahim yang membesar ini telah menolak/menghimpit usus dan asbab ini saluran usus menjadi sempit. Sebab itu Bonda muntah apabila makan. Bila keputusan CT Scan dah dapat Bonda perlu menjadi ujian Pap Smear dan ambil sampel di bahagian rahim. Mulanya Bonda menolak sebab pengalaman menjalani ujian yang sama 2 tahun lepas amat menyakitkan. Ummi pujuk Bonda. Ummi minta Doktor lakukan secara gently yang boleh. Bonda setuju. Ujian dilakukan dan tiada lagi kesakitan kerana rahim tu dah membesar dan menebal!!

31 March Bonda dipindahkan ke wad Gynae. Suspect kanser rahim berdasarkan ujian-ujian yang telah dilakukan. Daripada keputusan CT Scan juga doktor dapati rahim Bonda dah bocor. Selama 9 hari Ummi dan Bonda berkampung di Hospital dan Bonda diberikan rawatan antibiotik bagi memastikan beliau dalam keadaan stabil.

Pindah ke Wad Gynae.


Pada 7 April Pakar Onkologi dari HSI Johor turun ke Muar. Bonda dirujuk kepada beliau. Pakar menetapkan tarikh pembedahan pada 19 April. Memandangkan keadaan Bonda dah stabil dan sudah dibenarkan makan soft diet so kami memang sangat berharap agar dapat pulang ke rumah. Maklumlah 2 anak-anak  ummi menjalani kehidupan sendiri di Rawang manakala yang 2 lagi yang kecik tu di rumah kampung dengan atok sedaranya.

Lupa nak bagi tahu selama seminggu di hospital Bonda tak dibenarkan makan. Kesian tapi nak buat bagaimana kalau masuk pun dikhuatiri muntah balik sebab saluran usus tu sempit. Sampai satu tahap Bonda kata dia dah tak rasa nak makan...So lepas Dr. Pakar Onkologi periksa dan tetapkan tarikh pembedahan beliau suruh Bonda jalani 2 lagi ujian sebelum pulang. Ujian menentukan tahap albumin. Kalau tak cukup kena duduk lagi hospital untuk 3 hari erkk..Yang kedua ialah ujian scan di bahagian kaki dikhuatiri ada saluran darah yang tersumbat. Kalau tersumbat katanya kami kena pi HKL untuk pasang filter sebelum pembedahan. Allah...kami berdoa agar semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah dua ujian tu berjaya. So bonda dibenarkan pulang sehinggalah tarikh pembedahan.

3 hari berturut selepas pulang ke rumah Bonda perlu pergi ke hospital. Kena jumpa Pakar Fisioterapi dan buat ujian darah. Selepas itu barulah dapat berehat.

Kami 3 beranak pulang ke Rawang dengan menaiki bas pada 8 April.

Kami 3 beranak balik sendiri naik bas. Ayah ambil di TBS. Kesian pula dengan ayah kalau kena ulang alik ambil kami.


16 April Bonda call katanya dah masuk hospital. Memandangkan belum lagi menjalani pembedahan so Bonda berseorangan di hospital. 

Kami sekeluarga bertolak ke hospital pada 19 April pagi. Dalam perjalanan adik mesej kata Bonda dah masuk OT Room. Sepanjang perjalanan tak putus-putus baca bismillah dan sedekah pada Bonda dan Doktor yang melakukan pembedahan. Kami berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Kami sampai nak dekat tengah hari tapi pembedahan masih belum selesai. Dalam pukul 4 baru Bonda ditolak keluar dari Dewan Bedah. Alhamdulillah semuanya selamat. Lega dan bersyukur semuanya selamat. Seminggu juga Bonda tinggal di hospital bagi tujuan pemulihan. 

Rahim dengan sel kanser yang membesar. Saiz seperti orang mengandung 6 bulan. Bahagian atas tu yang bocor.
Bonda 2 hari selepas pembedahan. Ada 4 saluran yang disambungkan ke badan. IV Drip masuk guna mesin sebab kena precise kata doktor. Proses penyembuhan yang baik.

Seminggu selepas keluar dari wad baru Bonda dapat keputusan sebenar tahap kansernya. Bonda di tahap 3A.  Ummi berpesan agar Bonda berpantang makannya, kuatkan semangat dan sentiasa berdoa kepada Allah untuk kesembuhan. Nothing is possible asalkan kekal positif.

Bonda dah tahu yang beliau berkemungkinan mengidap kanser sejak 2 tahun lepas. Tapi waktu tu masih diperingkat awal. Mungkin disebabkan penjelasan yang menakutkan dari Doktor bertugas waktu tu beliau mengubah fikiran disaat akhir.  Selama 2 tahun itulah beliau mengambil vitamin B17, jus belalai gajah dan berpantang makan namun kanser itu tetap membesar.

Catatan ini juga sebagai panduan dan iktibar kepada semua. Kita berusaha Allah yang menentukan segalanya. Tetapi jika puan-puan mengalami perkara yang sama ikutilah saranan dan nasihat doktor sebelum ia merebak. Selepas pembedahan barulah disarankan cara alternatif.

Ummi ada terbaca di facebook mengenai pengambilan daun belalai gajah bagi yang sah mengidap kanser akan menyuburkan lagi sel kanser itu. Mungkin ada benarnya kenyataan ini. Sebab ini yang berlaku pada Bonda Ummi. 

Memandangkan Bonda sudah di buang rahimnya so Ummi nak Bonda amalkan minum air rebusan daun pokok Jarum 7 Bilah. Semoga Bonda Ummi diberi kesihatan yang baik. Aaminn.


Monday, May 16, 2016

DIY : Selamat Hari Guru

Assalamualaikum.

 Kembali bersiaran. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik. Untuk tahun ni ummi buat hadiah DIY untuk guru-guru anak-anak ummi.

Ummi catatkan di blog ini, so next year boleh dijadikan rujukan .

Hadiah di bawah ini ummi  buatkan hiasan bingkai dengan menggunakan bingkai gambar yg dibeli di Ikea. Cari kata-kata ucapan yg menarik di internet cetak  di atas kertas yg sedikit tebal dan masukkan ke dalam bingkai gambar. Sesuai juga untuk dijadikan hiasan dinding.


Hajat dihati nak buat wordings ni sendiri tahun depan. So tengoklah menjadi ke tidak. Orait bila dah siap boleh balut cantik-cantik. Ummi balut guna brown paper dihiasi dengan bunga DIY dari kertas crepe.
. .
Next ummi buatkan kek coklat  kukus dalam balang kaca. Kukus terus dalam balang tu dan bila dah sejuk bolehlah deco mengikut kreativiti masing-masing.



Ini sahaja utk tahun ini.