Tuesday, September 19, 2017

Camping di Kem Sg Pauh Cameron Highlands



Assalamualaikum,

Lamanya tak berblog hihi. Hari ni kemas sawang sikit. Update trip camping ke CH pada 16-18 Sept 2017. Kami pun dah lama tak cuti-cuti asyik kerja je, kadang-kadang weekend pun kerja so cuti ini amatlah diperlukan. Untuk recharge balik inner energy dan relaxing with family. Gateaway bajet yang kita orang mampu.

2 bulan sebelum buat trip, ummi dah survey dan buat homework. Ini biasanya mmg tugas ummi untuk pilih lokasi dan study. So baca dan tanya di group Hacam memang Kem Sg Pauh memanggil -manggil kami. Sebulan sebelum tu ummi dah call person in charge tanya ada lagi kosong tak untuk tapak campsite. Jawapan yang diterima hampa dowh..katanya fully booked sepanjang bulan September. Pergilah tanya lagi kat group Hacam mana lagi campsite best selain kat Sg Pauh, so banyak jugalah suggestion yang diterima. Tapi hati ini nak sangat camping kat CH. So we both decided to terjah saja.

So ummi share kronologi trip camping kali ini sebagai panduan dan rujukan di masa hadapan. Lagi satu boleh juga buat baca-baca memori lama dan kenangan kami sefamili.



Up dulu video air yang mengalir dari Gunung Berembun melalui kawasan perkhemahan.


15 September 2017

Dari pagi bawa ke petang membeli bekalan dan keperluan untuk trip kali ini. Pagi beli bahan makanan. Dah petang tu keluar lagi bila teringat lupa nak beli tali. Ummi beli tali sidai baju kat satu kedai hardware tempat ummi. Panjang 20m RM8.50. Jangan tanya tali berapa pound but tali ni kualiti  juga. Kalau cari kat Decathlon mahal juga tali gini.

Stok makanan sepanjang berada di sana. Yang tak termasuk dalam gambar beras dan peralatan memasak hihi.




Korang yang baru first time nak pergi camping, eloklah buat homework apa supplies yang korang wajib bawa especially kalau ada anak-anak kecil. Ummi anak yang paling kecil (dari segi umur hihi) pun dah umur 6 tahun. Malam barulah terhegeh-hegeh nak packing baju. Bawa baju mmg extra untuk 3h 2m tapi end up macam pakai baju 2 hari je. Sejuk ooo. Airnya pun sejuk ya amat. Nak amik wudhu gigil so bayangkanlah kalau nak mandi. Cicah je air kat kulit meraung oooo ..


Ummi bagi checklist yang kita orang bawa ye tapi korang gilah buat homework lagi:

1. Khemah ikut keperluan berapa ramai yang nak tidur dalam tu. Kita orang ada 6 members. So kami bawa 2 khemah yang satu utkk 4 pax yang satu utk 2 pax. 1 khemah besar ummi kongsi dengan Ayah dan adik. 1 khemah lagi untuk 3 boys tu.

2. Bekalan makanan yang mencukupi. Kami bawa stok bahan kering dari rumah. Tapi pd hari kedua kami keluar ke pekan Tanah Rata cari ayam kat market. Remarks market Tanah Rata kat sebelah lorong masjid. Terkejut yang buka cuma 1 stall jual ayam je dalam tu, jual sayur few dan jualan runcit bahan lain pun cuma ada 2 stall. Tanya orang jual ikan takda ke, katanya kat Ringlet. Mesti ikan mahal kat sini hihi. Harga ayam hari tu RM8.50/kg.

3. Ubatan. Ni penting ya. Bawalah stok ubat PCM, ubat tahan sakit, ubat cirit, charcoal, minyak angin dll yang korang rasa perlu.

4. Bawa tali yang mencukupi. Ini sangat berguna terutamanya bila hari hujan. Korang kena setup canvas atas khemas untuk elakkan khemah korang banjir. Huhu khemah kita orang murah je sebab tu dah pasang canvas pun banjir sikit kat dalam tu haha. Khemah anak-anak mahal sikit so dengan lenanya dorang tidur waktu hujan.

5. Peralatan memasak yang paling asas. Kalau ada gas burner pun bagus. Kuali, periuk, sudip, sudu etc. Kita orang bawa 1 tabung gas je. Tak cukup dowh nak masak untuk 3h 2m tu. So we decided to masak guna kayu api. Gas guna waktu emergency jika kayu basah je.

6. Lampu camping. 

7. Baju sejuk, sleeping bag. Serius sejuk dia waktu malam sampai ke tulang. Bila korang bercakap kuar asap woo.


16 September 2017

Cadang nak bertolak pagi subuh kat RnR, tapi dek kepenatan nak settlekan order customer dulu so jam yang dikunci pukul berapa tah oleh En. Ayah ku tak dengari. Tau-tau bangun dah pukul 6 pagi. So bersiap semua pukul 7 kami gerak. On waze route yang diberi ikut highway Utara-Selatan dan exit di tol Tapah. So bayaran tol dari Rawang-Tapah ialah RM16.20 sehala.

Kami tak stop di mana-mana pun. Berhenti isi minyak di pam minyak berdekatan tempat kami, beli roti dan air dan terus memulakan perjalanan.

Sepanjang perjalanan naik dari Tapah ke Tanah Rata, banyak juga tanah runtuh dan pokok tumbang. Yelah sebab hari sebelumnya cuaca agak teruk di kawasan utara. Tapi alhamdulillah pagi-pagi begini tak banyak kenderaan besar yang ikut jalan Tapah ni. Dah nak sampai tu je ada selisih dengan 2 buah bas. Ya ampun depa ni besar selisih dengan kita rasa mcm lajunya depa ni bawa.

Dalam kereta ni kami berdoalah semoga ada tapak free sebab consider kes terjah je. Almaklumlah dah call PIC, and dorang bagi tahu fully booked khenn. 

Sampai je tapak lebih kurang dalam pukul 10 pagi tengok campsite penuh. Ada perkhemahan Badan Beruniform sekolah menengah. Aaa dah sudah dalam hati cakap takan kena patah balik Rawang. Hampanya. Waktu ummi pergi toilet, Encik Ayah dah jumpa renjer yang jaga tempat ni. Dia kata ada kosong betul sebelah surau baru. Phew muka ada sinyum sambil ucap alhamdulillah.

Signboard Kem Sg Pauh.  Tak jauh pun dari Brinchang sebab ada jalan short cut. Nak tahu korang on jelah waze nanti yerk. Pandai-pandailah cari sendiri.


Boys setup khemah dorang.

Khemah student banyak juga.

Lagi tapak khemah di bahagian atas. Tapi yang ini betul tepi hutan. 

Surau yang baru dibina. Kira selesalah nak beribadat. Toilet ada kat bawah sebelah opis renjer.


Korang kalau nak park kereta, park jauh sikit pun takpa sebab dalam tu sempit sikit. Kalau hujan naya je tayar stuck dalam becak tanah. Ni kita oranglah haha. Lepas angkut barang semua so En. Ayah buka khemah dan anak-anak pun tolong angkut barang. Settle je buka khemah dan setup barang perkara pertama kita orang buat ialah masak..kan makan roti je dari rumah tadi. So nasi putih yang Ummi bawa dari rumah jadi nasi goreng untuk santapan pertama di campsite. Kalau tak nak bawa bawang bagai, beli jelah instant paste.

Menu pertama, nasi goreng cina instant.

Haha En. Ayah dah take over goreng nugget.

Goreng tololah. Nampak tak plastik hitam kat sebelah tu. Itu stok kayu api kita orang. Tutup supaya tak basah bila hujan. Kalau ada anak yang dah besar suruh jelah dorang cari ranting untuk buat kayu api. Kalau dapat kayu yang besar lagi bagus lama sikit api tu tahan. Tapi hati-hatilah ye sebab namanya pun tepi hutan.


Ni bila semua dah makan. Dorang lepak-lepak tepi unggun api kasi warm up. Serius bila dah pukul 4pm ke bawah korang akan rasa sejuk. Lagi pula time kita orang pergi ni musim hujan. Not adviseable pergi camping waktu hujan sebab banyak risikonya seperti pokok tumbang, banjir, landslide dan so on. So kami doa banyak-banyak semoga kami  dilindung Allah dari sebarang musibah.



Kita orang mak pak pilah lepak-lepak bawah pokok kat belakang surau. Saja tinjau kawasan. Campsite ni sebenarnya kaki Gunung Berembun. Nak naik atas kena bayar permit. Kalau tak silap RM10 kata renjer tu.

Lepas lepak turun je bawah tengok boys dah buat benda ni. Haha bersungguh Moustoffa dan adiknya buat. Boys tetap boys mana boleh duduk diam. So sesuai sangatlah bawa boys pi camping  hihi.
Masak nasi guna piyuk je. Huhu korang biasa masak nasi pakai rice cooker kan..so good luck 😉

Menu makan malam. Lepas asar tu dalam pukul 5 lebih kita orang dah start masak untuk dinner. Better kalau nak masak dinner tu buatlah awal. Dah gelap nanti tak berapa nak nampak plak.



Tukang tengok je. 

Masak pakai kayu api, rasa smoky gitew. Tak caya???? Haha korang try dulu baru tahu. 

Dinner dah ready. Apa lagi sapdeklah..
Tempat memasak yang telah di tambah baik haha.




Experience masak guna kayu api. Padahal dah biasa goreng telor kat rumah. Kat sini mcm clumsy jerk haha




Huhu dalam hutan sardin pun sodap.


Waktu kita orang sampai takda orang kat khemah ni. Sekali balik laa kawan adik rupanya. Boleh pulak jumpa kat sini.
                                                   



                                                      

 Campsite sebelah hutan di bahagian atas. Terang jugalah sebab ada lampu.

                                                       
Ni xtvt En. Ayah dan boys. Rebus ke hapa tah.. Ummi dah tak larat plus cuaca sejuk. So kita bertapa dalam khemah je. Lepas solat kita Zzzzzz. Alhamdulillah malam 1, cuaca baik tak hujan. 


17 September 2017

Morning. Pagi bangun awal sebab malam tadi asyik dengar bunyi tapak kaki orang berjalan. Maklumlah dah tengah malam pun ada orang baru sampai buka khemah. So kiranya kalau duduk tepi surau kalau ramai campers korang akan hilang sikitlah privacy tu. Huhu nak buat cam mana. Ini satunya site yang ado dan sesuai utk kami.  Subuh pun ada solat berjemaah sebab ada group budak sekolah ni. Misi pagi ini nak mencari bahan mentah untuk santapan hari ini.


So dalam pukul 7, kami bertiga keluar ke Pekan Tanah Rata keluar cari sarapan dan ayam. 

Serius kalau bangun pagi korang nampak view ni. Apa korang rasa??? Tenangkan..

Di sebalik kecantikkannya kami doa juga dalam hati. Di sekeliliang tapak khemah banyak pokok begini. So pikirlah sendiri hihi.



My eldest son. Besar dah kan.

Nasi lemak beli di Pasar Tani Tanah Rata. sebungkus RM2.00. Kuih sebiji 50 cen. Teh tarik ni Ummi bungkus dari satu kedai tepi jalan masuk ke Market (kedai Melayu) sebungkus RM1 hihi.

Dah siap sarapan apa eik kita orang buat. owh lepak-lepak jap. Borak dengan pakcik campers sebelah kami. Umur 64 tahun masih fit camping berdua dgn wife dia. Semenjak dari muda suka outdoor xtvt. Then En. Ayah pun start le masak untuk lunch. dalam pukul 11 lebih tu.




Video goreng ayam pun nak dimasukkan 😂

Lunch kita orang dalam pukul 12 lebih. Adalah menu ayam masak kicap dengan nasi. Solat lepak-lepak. Cadangnya petang nak buat light hiking kat kaki Gunung ni. Sekali petang hujan daa..




Budak-budak sekolah tu dalam pukul 12 dorang dah siap pack barang dan pulang. Huhu tinggallah kami beberapa kumpulan saja. Kemudian satu demi satu pack khemah dan balik. Makin petang makin terasa sunyi sepi sebab tinggal kami je. Huhu takut juga bila dah sunyi gini. Dalam pukul 6pm, waktu kami tengah masak dinner, nampak ada satu family ni baru sampai. 3 beranak. Phew lega. Ada gak kawan haha. Tapi dia pilih tapak jauh sikitlah. 

Lepas isyak je dah start hujan semula. Kalau hujan ni alamat mmg tak buat apalah. Nak buat unggun api pun tak hidup. So pukul 9 masing-masing masuk khemah melayan bunyi hujan jatuh atas khemah.

Malam kedua ni tidur dalam basah dan kesejukan. Air masuk dalam khemah kami sebab hujan. So tidurlah dalam basah dan sejuk tu.

Tengok budak kat belakang tu hahaha..apa keheinya sonok bebenor.


Unggun api sebelum terpadam bila hujan turun.


Ni sebelum hujan turun. Khemah kita orang. 

18  September 2017

                            
Dia dah standby nak sarapan.


Tapak khemah kosong

View dari atas.


Hai budak berdua ni.

Posing sebelum balik.

ni pun sama pose dulu sekeping dua buat kenangan.


Morning. Bangun pagi solat. Dalam pukul 7 pagi En. Ayah dah prepare breakfast. Lepas breakfast kita orang pun kemas-kemas barang bersihkan sampah semua. Satu je nak pesan. KORANG KALAU PERGI CAMPING KAT SINI BAWALAH PLASTIK SAMPAH YANG BESAR TU DAN MAKE SURE KORANG BUANG SAMPAH PROPERLY. Lepas je group camping dan group orang piknik balik bertimbun sampah kita orang nampak. Alahai masyarakat. Yang mana buang pamper anak letak je kat tepi sink padahal ada tong sampah kat luar toilet. Yang mana buang polisterin bersepah. Memang macam sampahlah korang yang buat macam ni.  Nanti kalau dorang sub pada orang lain dan naikkan harga korang jangan merungut pulak. Lagi satu kalau dah sampah bertimbun lepas korang blah tak ker nanti tikus datang. Memanglah dorang akan bersihkan, tapi keesokkan paginya. Tinggallah sampah tu bersepah semalaman. Habis tercemar pemandangan kita orang.

Siap packing so kita turun ikut Simpang Pulai. Memandangkan malam tadi hujan so takut jugalah kot-kot banyak tanah runtuh. Tapi kalau ikut Simpang Pulai jarak dan masa perjalanan bertambah. Tol pun dari Simpang Pulai - Rawang caj tol RM21.60. Nak tau caj ke tempat korang silalah cek di website Plus Malaysia.


Sekian catatan panjang lebar untuk trip camping kali ini. Gateaway bajet 5-6 star bawah pokok hihi. Tidur dalam khemah, makan masak sendiri. Balik jangan lupa bersihkan khemah dan peralatan korang. Banyak kerja sebenarnya berkhemah ni.. before -  during - after . tapi pasti korang puas. 

No tel utk pertanyaan & tempahan :
05-4911384 Nombor pejabat (sila sabar, adakala takde org jawab, ikut nasib)

Ummi nak kongsi kat blog pun pikir 2-3x takut bila makin ramai yang tahu makin ramai yang datang. Tapi benda baik nak share kat korang yang bajet ciput macam kita orang tapi nak juga gateaway. Ingat kalau nak camping sini, sama-samalah jaga kebersihan. Toilet, surau dan tapak khemah. walaupun korang kata korang bayar tapak tu tapi kita sama-sama jagalah. Barulah tempat ni bersih.




Thursday, May 4, 2017

Camping Di Pantai Sri Purnama Port Dickson



Assalamualaikum,

Lama betul tak update blog. Hari ini ummi update pasal perkhemahan semalam kami Di Pantai Sri Purnama PD.

Kami pergi 2 minggu lepas ketika cuti 3 hari sempena Pertabalan Yang Di Pertuan Agong. Memandangkan Moustoffa ada kelas tuisyen ulangan pada hari Sabtu, so kami terpaksalah tunggu dia habis kelas. Lepas zohor kami bertolak dan sampai di sana lebih kurang nak dekat Asar. Maklumlah musim cuti kereta mesti banyak atas highway. Banyak je tapi tak jem pon. Kat PD pun tak jem so kira oklah.


Pandai dah selpie. Dah besar katakan.

Gaya yang paling popular. Apa yg depa suka sangat tak tawlah.



Upload gambar dulu na. Maklumlah dah lama tak update blog so agak kekok nak bercerita. Oklah masuk je area PD kami terus on waze. So dibawanya sampailah ke Pantai Sri Purnama. Pantai ni dekat je dengan rumah terbalik dan rumah hantu PD. tapi rumah ini semua bertentangan dengan lokasi pantai.

Sampai je hem semua dah teruja. Yang kecik-kecik of cozlah teruja sebab nak main air nak main pasir. Kami ni mak pak kena cool down kan dulu anak-anak. Maklumlah dekat tempat tu terpampang no telefon untuk tapak perkhemahan. So ummi call En. Zaini Salah seorang yang listed dalam no tu. Katanya suh tanya org yang dok kat kanopi biru sebelah kedai makan. The only kedai makan yang ada situ . En. Ayah pulak pi usha tapak khemah. jumpalah port cantik kat tebing. Baca kat blog lain kata ada masa air pasang boleh cecah tebing. Punyalah haru tak buat homework pasal air pasang. Bukannya waktu tu air pasang besar pun adoiyaii..Takut benoo

Waktu kami sampai petang tu ada 2 buah bas. Terdetik dalam hati, janganlah campsite penuh..takan nak tido tepi pantai atas pasir. Takut air pasang habis hanyut kemas. Rupanya budak-budak sekolah tu dah nak balik haaa legaa hihi. So Ummi pun jumpa kakak yang jaga situ. Dia caj kami satu kepala RM6. Adik yang tadika dia caj RM4. Kami  sekeluarga ada 6 orang. Untuk penggunaan toilet dan basuh bekas makan yang kita masak sendiri dia caj RM6. So all in RM40 selama berkhemah di situ. Sebab dah bayar pakej berapa kali nak guna toilet pun tak kisah. Kalau tak kena bayar asing. Nak basuh pinggan mangkuk pun kat tepi wakaf sebab dia kata tak nak minyak-minyak semua kotorkan toilet. So kira oklah. Toilet dan campsite semua bersih. Surau pun ada. Telekung ada satu je. Peak hours mcm subuh ke maghrib ke long queue plak nanti so better bawa sendirilah yer.


Khemah Ummi, Ayah dan Adik
Sempat lagi beli kerusi ni kat Jusco pagi sebelum bertolak.
Settle je bab khemah, pasang semua lepas solat Asar kami mak pak pun apa lagi start le memasak. Kalau dah main air tu sure lapar kan. Sebelum boys buka mulut kita siap sedialah.


Khemah anak-anak dan khemah kami. Nampak tangga tepi tu. Naik tangga tu  untuk pergi toilet dan surau.

Ummi dan Ayah posing juga.

Ni semua barang baru rasmi hihi.
Khemah semua dah pasang, solat Asar dulu barulah ready utk main masak-masak. Boys dah salin baju main air dah. Taulah bebudak ni kalau dah main air mesti laparkan. So siap-siaplah kita.

Alhamdulillah anak-anak dah besar. Maklumlah saiz mak ayah ni comel sangat. Tak larat kami nak ulang alik ke kereta angkut dan ambil barang. So depalah jadi runner hihi.

Dah nak maghrib. Masih main lagi pasir. Kalau atok abah kau taw abis dijeritnya anak oiii!!!

Subhanallah.

Ni haa abg sulong peminat tegar ni..orang sampai kat pantai main air..dia pi main bola haha

Makan time. adik lapar.  Makcik yang jaga camping site ni kata kalau waktu air pasang besar tempat kami setup khemah ni pun boleh tenggelam. Tapi time kami ni air kat depan tu je. Dalam 300m dari campsite.

Cari ketam.
Acara mengetam waktu malam. Memang acara yang popular kat PD ni rasanya. Dapatlah yang kecik-kecik. Ummi suruh boys lepaskan. Next time bawa proper tools.  Si Moustoffa siap kena kepit lagi jarinya haha.



Boys sampai ke pukul 2-3am tak tido. Dok merayap dalam gelap kat pantai tu cari ketam. Air pasang dalam pukul 1am dengan ayah join sekali. Yang paling best camping ni kita boleh dengolah air tu datang waktu air pasang. Apa ayat ni adeh..kira bolehlah yerk.

Macam biasa yang jadi jam loceng waktu Suboh ummilah. Dapatlah tido 2-3 jam. Panas satu, banyak nyamuk satu haha maklumlah orang baru pes taim camping. Dah subuh tu tengok refleksi kat awan bila matahari naik pun nampak cantik. Pagi tulah baru ummi rendam kaki kat air masin.

Boys berendam kejap pastu kita orang kemas-kemas sebab motif utama datang PD nak hiking kat Bukit Batu Putih. Sampai je situ dah gerimis.

Kena bayar juga. Singgit kalau tak silap untuk org dewasa.

Kali kedua hiking. Merungut kaki sakit tu pasti. Tapi ni muka serius sangat sebab sampai je kat atas disambut dengan bunyi guruh dan kilat. tu kat laut sebelah tu air dah berpusing sikit. Lagilah dia takut. Katanya nanti takut diterbangkan angin macam dalam cerita Wizard of Oz plak.

Hem yang ini bukannya penat sangat pun. Saje je wat drama.

Rumah  Api Tanjung Tuan. Ditutup kepada orang awam.

Posing pantas sebab adik takut dgn guruh dan kilat
Ni buat family yang suka camping ini ada camping hacks. Berguna gak ni terutamanya bab lampu dgn tempat tido toddler. Klik link untuk video yer. Camping Hacks

Turun je hiking kami terus balik Rawang. Sekian haha.