Friday, February 9, 2018

Short Break ke Teluk Senangin Lumut Feb 2018






Assalamualaikum,

Catatan kali ni pasal trip sehari semalam kami ke Teluk Senangin Lumut. Ummi tak tau lansung pasal Teluk Senangin ni. Ada sorang kwan fb pi hari Khamis update kat fb. Terus suggest pd suami short break kat sini. Memandangkan kami asyik koje je, sabtu pun koje malam pagi petang siang semua koje sebab bisness online so short break ni amatlah diperlukan. Off semua store kat e-comm waktu cuti ni.

Ok back to cerita TS (Teluk Senangin) panjang pulak nak menaipnya so short form jelah ye. Dari Khamis to try ler membooking. Kat sini every weekend full house. Nak perginya hari Sabtu. Survey kat fb semua chalet ka TS. Yang kawan fb rekomen tu Chalet Pak Ya sebab situ ada mini pool. Try to contact msg semua tak jawab. Try lagi cari number tah kat mana dapatnya pun ummi tak ingat dia jawab. Tapi hampa penuh oii. Hati ni meronta-ronta nak piiii jugak. Sebab dari cuti sekoah yang lepas pun kami pulun kerja tak ke mana.

Maka dah hari Jumaat. Ummi call satu-satu no chalet yang ummi dapat kat FB page. Semua kata penuh. Alamak hampanya. Last sekali call Teluk Senangin Chalet kepunyaan En. Zakaria. Ada kosong tapi hari Ahad. Ahh bolehlah. Book utk 1 hari 1 malam je. Agak-agaklah kan dah lah nak pontengkan anak takan sampai 2 hari kot.

Ok Sabtu kita org settlekan semua kerja suruh anak settle barang sekolah nanti senang. Top up stok bahan mentah utk seminggu then pack barang. Pagi ahad kami bertolak dari Rawang dalam kul 9 sampai dalam kul 12 lebih. Orang semua mmg dah keluar sbb check out kul 12. Check in kul 2pm. Hihi alhamdulillah En. Lutfi yang jaga tepat tu flexi. Dia kemaskan bilik kita org pun masuk rehat.


First time gi Lumut Jakun okey haha



Ikut ke waze


Ni gerbang masuk ke Pantai TS


To be honest for me kat TS ni dapat bilik yang selesa sikit dan ada econ (wajib) pun kira syukur alhamdulillah. Kami pernah camping kat PD petang berangin. Malam ya ampun panas oii. So sebab tu lah econ is wajib. Bilik yang ada ni korang janganlah expectation tinggi nau. Bilik luas 10 " x 10" je lebih kurang. Ada satu katil queen dan tv old skol. Dinding plywood ok. Ada tandas for each bilik but tandas cam rumah orang kampung. Acceptable lagi for me sebab consider bersihlah. Lumut ke hapa ke tu tolak tepilah weii. Yang baru cuma econ hihi. Ah takpalah dapat bilik utk tidur malam tu kan kira cunlah.
Sampai kul 12 so memang time lunch kan. Sapdek dulu

Ini bilik kita orang sewa utk 1 hari 1 malam.

En. Suami tengah pikir umpan apa nak pakai utk cari lauk malam ni hihi.


Letak barang, solat rehat. Boys memasing dah gedik nak terjun laut. Ok en suami pon dah tukar baju katanya nak turun umpan. Yelah kita org kena cari lauk utk dinner. Bahan bahan asas je. Sesambil letak umpan sambil tu bebudak pun mandi. Uiit kita jangan cakaplah. Kami 1 family je yang ada kan...so yeahooo ini tempat aku yang punya...apa lagi tukar baju keceburlah join bebudak.

Utk malam ni cuma dapat sekor ketam. So en. suami nampak nelayan baru balik dia pun pi lah tengok apa yang ada.. Nahh dapatlah udang, ikan fresh. Yea malam ni dia yang masak. Kita dah tolong masak air ngan masak nasi.

Time sampai ni adalah kerja penambakan sedang dijalankan. So bunyi bajak ngeng ngong depan bilik aduhai stresslah pulak. Itu yang cepat tuko baju dalam pukul 3 dah kecebur. Air tgh surut so memang jauh sikitlah kita orang mandi. Air pasang besar so sampailah ke batu tambak tu

View dari depan bilik je

Dia nak teman ummi dia jalan sampai hujung  teluk ni


Tengok bebudak ni. Jumpa air tang ingat donia
Setting pancing.

Sempatlah ummi dgn abg long pi ronda sampai hujung teluk. Macam-macam benda kita orang jumpa terdampar tepi pantai. 

Sampai sini je kita orang berani pergi berdua.

Obor-obor mati. Kit aorang jumpa 2 ekor.

Ni nampak macam batu, tapi bukan batu. mata muka takda tak taulah apa kebendenya

Ikan lidah. Kita orang kutip bawa balik buat umpan ketam

Siput apa kebende ni. Masha Allah beso, hidup lagi pulak tu. Pun kita orang bawa balik nak tunjuk kat boys yang lain. Pastu kita orang buang ke laut. Esok pagi tengok eh ada langit terdampar kat situ dah mati.

Ni adik beradik predator. Pun dah mati. Tak bawa balik bio situ je.

Dah habis pusing sampai hujung patah balik mandi main air semua. Ngan husband pun kecebur jugak sekali. Tapi dalam pukul 3pm tu air dah start pasang slow-slow bila dah tinggi sgt hampir ke chalet kita orang suh bebudak naik. Mandi semua lepak-lepak dalam bilik kasi sejuk sikit selepas sesi menghitam muka dan kulit. Balik Rawang masing-masing dah rentung. Haa haa padan muka.

Ini waktu air dah pasang. Boys pun semua dah naik. Abis je dorang tambak air pasang sampailah tempat dorang tambak tadi. Tu abg long tengah jaga pancing

Semua tengah tunggu lauk tak kunjung tiba. Tapi sebelum air pasang air dah gi mancing dalam raga nelayan.


Alhamdulillah dinner kita orang malam pertama. Haruan tasik goreng ngan udang msk sweet sour. Siap taugeh goreng kicap lagi. Thank you abg Umair kemaskan semua bahan masak and pack utk ummi. Udang tu baru naik so tersangatlah manisnya. syukur. Bukan selalu makan udang pon kan.


Ini tempat kita orang masak. Kalau masak macam ni takda caj. Tapi kalau nak bergrill bagai kena bayo RM50.
Di TS, kedai semua buka on weekend dan hari cuti sahaja. So kami memang nak masak takda masalahlah sebab bawa portable stove semua. Tapi kalau jenis yang nak makan kedai memang jauhlah korang kena keluar ke pekan. Takda idea pekan mana dorang pergi. Yang kita org pass by cuma Bandar Manjung je which is jauh juga tu. errr korang surveylah sendiri yerk.


Lepas dinner kemas semua barang simpan dalam bilik. Pengurus chalet info barang berharga simpanlah dalam chalet kalau tidak hilang. Yelah petang tu abg long main bola pastu lupa nak amik. Abis kena kebas orang. Kesian dia. Dahlah beli bola dari duit usaha sendiri. Pengajaran sungguh.

After solat semua kita orang tidurlah. Penat kan. Dalam chalet cuma ada selai je selimut banjir. alhamdulillah anak no 3 bawa toto single dia. Udah berebut toto pulak sebab sejuk. Sleeping beg buat alas tempat tido dorang haa sudah. kita orang mak pak yang kongsi selimut banjir selai pun dah gigil. last off je econ. hihi...

Close up portable stove baru beli kat Lazada waktu online revo 12-12 ari tu. dalam 70 ++ termasuk shipping. Puas sikit pakai stabil compare to stove yang comel lote sebelum ni. Hat ni amik gambo lepas goreng telo utk breakfast pagi. Masak maggi and buat sandwich telo je. Ayo indo cafe siap. Lepas kenyang semua masuk air kecuali drebar.



Baru naik dari laut. Tengah betulkan jaring jala.

Abang nelayan ni dok sebelah chalet je. So nampaklah dia naik turun laut. Dia sampai je pagi tu husband terus gi tanya ketam. Dapatlah 2kg RM50. Katanya air mati tak cantik so hasil tak banyak.  Dapat kotam apa lagi masaklah buat lauk. Goreng sikit. Konon lepas goreng ketam nak masak nasi alahai gas abis. Bawa 2 tabung tak cukup weii sbb kami bawa supply air 1.5L je. Selebihnya kena masak air kat situ. Nak cari kedai runcit pun tak jumpa.   Lebih bawa balik masak proper sikit kat rumah


Siap makan tengok jam nak dekat pukul 12 alamak kelam kabut kemas, cuci semua.  Siap kemas check out dan pulanglah kami ke Rawang ikut jalan Kuala Selangor.

Itu jelah perkongsian short break kat TS. Nak nombor chalet goggle je kat FB. Dorang banyak buat page kat situ. Kat sini cuma ada 2 je hotel 3 bintang. Satu Kamilla and the other Yeob Hotel (boleh book thru agoda).

Ok nanti kita continue dgn cerita tempat lain pulak



1 comment:

ajitha said...

You always provide quality based posts, enjoy reading your work. replica watches india